BAB 10

Other Completed 7202

Bak singa mengaum yang mengejutkan kawan singanya yang sedang tidur, Deruman enjin kenderaan cukup membuatkan Rayyan yang sedang duduk di ruang tamu itu terkejut beruk. Disangkakan sahabatnya, lantas dia bangun dan melangkah ke pintu. Niatnya untuk membuka pintu terbantut apabila mendengar suara perempuan. Sahlah bukan sahabatnya. Takkan sahabatnya sudah bertukar jantina. Mustahil. Amir Rayyan menjengah dari dalam rumah melihat keadaan di luar. Beberapa orang gadis sedang berdiri di hadapan pagar menunggu pagar tersebut dibuka. Raut wajah gadis-gadis itu tidak jelas kelihatan. Setelah pagar dibuka, diperhati setiap raut wajah berikut.

“ Budak Sarawak tu? Eh, sejak bila diorang dah berbaik ni?” soalnya sendiri. Digaru kepala yang tidak gatal itu. Matanya masih fokus melihat ke arah kumpulan gadis berikut. Sebuah senyuman tersungging di bibir. Perubahan besar. Tanpa menunggu, telefon bimbit yang sedang dicas dicapai. Nombor Lutfi Hadi didail.

“ Assalamualaikum Di. Jumpa tempat biasa.” Tanpa menunggu balasan lelaki itu, Amir Rayyan terus mematikan talian. Kunci kereta dicapai.

“ Hai Encik Amir !” Amir Rayyan yang baru membuka pintu kereta berpaling.” Hai. Buat apa tu? Selalu datang rumah saya. Sejak bila bestfriend dengan mereka? Oh dah tak gaduh ke? Alhamdulillah.”

“ Tak. Dulu kami tak kenal. Kalau awal-awal kami tahu kami satu team, tak adanya kami nak gaduh. Now, kami kawan baik. Kan korang.” Amir Rayyan mengangguk faham. Diperhati wajah ‘ adik-adik ‘ nya yang turut berada di situ. Tiada senyuman yang terukir. ‘ Aik, takkan dengan budak sarawak tu dah baik tapi dengan aku tak nak baik. Aisyh apa-apa ajelah. Baik aku jumpa Hadi. ‘ ujarnya pada diri sendiri. Perjalanan dari rumahnya menuju ke restoran yang dijanjikan olehnya tadi memakan masa hampir 15 minit. Tu pun sebab jalan lengang. Kalau tak mahu makan masa 30 minit baru sampai. Kereta diparkir di dalam kotak parkir yang tersedia. Tatkala kaki melangkah masuk, matanya melilau mencari kelibat sahabat baiknya. Dilihatnya lelaki yang dicari sedang melayan dua orang budak perempuan. Sudah pasti adik lelaki itu.

“ Assalamualaikum Di. Lama tunggu?”

“ Waalaikumussalam. Tak adalah. Baru jugak. Waktu kau call aku memang ada kat area sini jalan-jalan dengan adik aku ni. Apa hal? Macam urgent je.” Lutfi Hadi yang sedang menyuap adik bongsunya makan mengerling sekilas ke arah Amir Rayyan.

“ Tadi budak Sarawak tu datang. Tapi bukan datang rumah aku.”

“ Lah, habis tu dia pergi rumah siapa?”

“ Rumah jiran sebelah.”

“ Eh kejap. Maksud kau dia datang rumah ‘adik-adik’ kau tu?” Amir Rayyan mengangguk kecil.

“ That’s mean budak-budak tu dah okay?” Sekali lagi kepalanya diangguk.

“ So apa nak jumpa aku pulak?” Lutfi Hadi menyoal bingung.

“ Masalahnya, kenapa diorang tak okay dengan aku lagi. Masing-masing tayang muka toya je tadi. Eh sakit pulak hati aku ni kan.” jelas Amir Rayyan lantas menyedut minumannya yang baru sahaja sampai. Penjelasannya itu membuatkan Lutfi Hadi tergelak besar. Sehingga berair mata lelaki itu.

“ Abang, apa ni gelak macam hantu. Orang nak makanlah.” adiknya, Syaqhirah menegur sikap abangnya itu sebelum meneruskan suapan yang tergendala.

“ Abang Ira memang, kalau suruh dia dengan pontianak ketawa, korang takkan cam mana satu abang korang. Serupa je.” selamba Amir Rayyan menambah. Dijeling Lutfi Hadi yang masih lagi ketawa walaupun sudah ditegur adiknya tadi.

“ Eh, patutlah. Nasib tak tinggal serumah. Kalau tak tiap-tiap malam mengilai.” Kini giliran Amir Rayyan yang tergelak. Geli hati mendengar kata-kata yang lahir dari mulut adik sahabatnya itu.

“ Apa Ira cakap? Abang tak belanja dah lepas ni.”

“ Hah? Eh tak, abang Amir yang cakap macam tu tadi. Ira ikut je.” Syaqhirah menjawab sambil tersengih.

“ Habis kalau dia suruh terjun kolam Ira ikut jugak?”

“ Hmm tak. Alah abang, relekslah. Gurau je.”

“ Dah. Makan tu. Jangan nak menyampuk hal orang tua.” tegas Lutfi Hadi. Sengaja berbuat demikian untuk menakutkan adiknya itu.

“ Yalah. Isyh garang betul. Kan Ina kan.” Syaqhinah yang sedang mengunyah makanan di dalam mulutnya hanya menayangkan muka comel. Mata gadis kecil itu terkebil-kebil tidak memahami apa yang dibualkan.

“ Rugi kan ada abang garang. Tengok abang Amir, cool je. Meh jadi adik abang nak.” ujar Amir Rayyan. Lelaki itu masih tidak serik mengusik sahabatnya.

“ Kau jangan Mir. Adik aku makan nasi, kau makan pinggan kejap lagi. Nak ke?” ugut Lutfi Hadi. Matanya mencerlung tajam ke arah sahabatnya yang hanya menayang wajah tidak bersalahnya.

“ Hei, copy paste ayat aku eah?”

“ Ada aku kisah. Tarak heran.”

“ Huh siot kau eah. Wei, back to our topic. Macam mana ni, sedih wei. Diorang buat aku macam tunggul je kan.”

“ Haha. Padan dengan kau. Tu kau selesai sendiri. Malas aku nak fikirkan.” Lutfi Hadi yang baru selesai menyuap adik bongsunya makan terus bangun untuk membasuh tangannya.

“ Apa punya kawanlah. Membantu pun tak nak. Choih betul.” Amir Rayyan membebel sendiri lalu menyedut kembali minumannya yang masih berbaki. Keluhan kecil terlepas dari mulutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience