BAB 3

Other Completed 7202

“ GUYS !!!!” SUARA lantang Nanie yang menjerit bagai orang diserang sawan itu membuatkan kami yang berada di ruang tamu itu berkerut dahi. Masing-masing menjongket bahu.

“ Kau asal? Kena sawan ke?”

“ Wei korang tak tahu ke?”

“ Tahu apa?”

“ Okay kawan kita sorang dah gila. Ismi sila call hospital bahagia. Cakap ada orang gila sesat kat sini.” aku mencelah. Tidak semena kepalaku ditunjal. Adoi. Ting tong otak macam ni.

“ Tak ada sesiapa tengok peti surat ke tadi?” Kepala pantas digelengkan.” Ada apa dalam tu?” Adila menyoal.

“ Ada suratlah wei. Apa kau tanya ni.” Tiara mencelah.

“ Kau jangan Tiara. Aku sumbat piring ni dalam mulut kau nanti.” Adila mengugut sambil mengangkat piring yang berada di hadapannya itu. Tiara langsung tidak mengendahkan ugutan itu malah mulutnya bergerak mengajuk percakapan rakannya itu.

“ Dah Nanie, straight to the point. Ada apa ni?” Ismi pula menyoal. Matanya memandang tepat ke arah Nanie. Izyan turut mengangguk setuju.

“ Wei, tadi aku bukak peti surat tu. Aku beleklah surat dalam tu. Then aku terjumpa satu surat yang pelik. Bila aku bukak dalamnya ada tiket wayang !!!” girang suara Nanie menjelaskan. Krik krik. Aku dan rakan lain hanya mampu tercengang. Kami berpandangan sesama sendiri.

“ Kau betul ke tak ni?” Izyan bertanya meminta kepastian.

“ Betullah. Aku serius ni. Ni suratnya.” Nanie menghulurkan sepucuk sampul surat. Ismi menyambutnya. Dikeluarkan segala isi yang berada di dalam sampul itu.

“ Siapa bagi ni? Setahu aku kita tak ada sertai apa-apa peraduan. Macam mana boleh dapat tiket ni? Banyak pulak tu. Bukan untuk kita berenam je. Lebih kot.” jelas Ismi bingung.

“ Alah anggap je tu rezeki. Kita nak tengok wayang setahun sekali je. Mana tak duit asyik beli buku je. Ni rezeki lah. Kau ni pun. Tak baik tolak rezeki.” Nanie menjawab selamba. Sejurus itu tanganku laju bergerak mencubit lengan gadis itu. Selamba je bercakap.

“ Kau ni kan, kau tak fikir ke entah ni perangkap ke apa. Entah ada yang nak culik kita so dia guna perangkap macam ni. Kau tahu?” aku merengus geram. Ikutkan hati mahu sahaja ku tambah cubitan pada lengannya. Biar lunyai.

“ Entah kau ni. Cer fikir sikit. Main terjah je. Karang kena culik naya je kita. Kau nak tanggung?” Tiara pula menyampuk. Gilirannya mencubit lengan gadis itu.

“ Adui dahlah. Sakit woi kena cubit. Alah apa susah kita bawaklah Sya dengan Shazreen sekali. Kan ada backup. Ke korang nak bawak good brother korang tu?” Nanie mengajukan soalan sambil mengangkat keningnya. Perkataan ‘ good brother ‘ yang terselit di dalam ayatnya membuatkan kami menayangkan muka poyo masing-masing kecuali Ismi dan Izyan.

“ Ada berapa tiket woi?” Adila mengambil sampul yang dipegang Ismi. Isi di dalamnya dikeluarkan lantas dikira bilangan tiket wayang yang terdapat di dalamnya.

“ Lapan? Hah cukuplah kita berenam lepas tu ajak Sya dengan Shazreen.

“ cadang Adila.

“ See Dila pun setuju dengan aku. Korang pun otak cetek. Nama belajar tinggi. Wei kalau orang nak culik kita tak adanya dia suruh kita pergi pawagam. Kat situ dah sahlah ramai orang. Mana boleh dia nak culik kita. Lagipun kita semua dah besar. Macam tak logiklah apa yang korang fikir tu.”

“ Lantaklah. Dah aku nak buat novel. Pandai-pandai bagitahu Sya dengan Shazreen. Eh jap, tiket pukul berapa wei?” aku menghentikan langkah di anak tangga yang pertama.

“ Pukul lima ni. Ada masa dua jam lagi.” jelas Adila.

“ Okay. Aku naik ataslah. Kalau aku tertidur kejut tau.” sempatku berpesan sebelum meneruskan perjalanan menuju ke tingkat atas.

“ Tiara, call Sya.” Adila memberi arahan kepada rakannya.

“ Aku nak tengok tv lah. Kau lah call.” selamba Tiara menjawab sambil matanya kekal fokus pada skrin televisyen yang sedang menayangkan drama Filipina.

“ Eee kau ni. Sekejap pun tak boleh. Kedekut.” Adila menampar lengan Tiara namun tiada reaksi yang diberikan. Ismi dan Izyan sudah menghilang ke dalam bilik. Menyiapkan kerja barangkali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience