BAB 4

Other Completed 7202

KELIHATAN berpusu-pusu manusia yang memasuki ke dalam bangunan bertingkat itu. Mungkin ada yang ingin membeli belah dan mungkin juga ada yang ingin melakukan aktiviti lain seperti karaoke ataupun menonton filem. Yuhanis Farahana, Izzati Aqila dan Amy Liana duduk menunggu di bangku kayu yang terletak di dalam bangunan tersebut sementara menunggu filem yang ingin ditonton mereka itu ditayangkan.

“ Wei, lama lagi ke nak mula? Aku tak tahan ni.” soal Yuhanis Farahana. Dahinya sedikit berkerut sambil memandang kawasan sekeliling.

“ Kau dah kenapa macam orang nak beranak aku tengok. Kena sawan ke apa?”

“ Banyak kau punya sawan. Aku nak ter’wee-wee’ lah woi.” jelas Yuhanis Farahana. Sempat lagi tangannya menampar lengan Izzati Aqila.

“ Nak wee-wee pergilah jamban ngek. Yang kau terjoget kat sini buat apa. Dah macam orang nak menari tarian India aku tengok.” seloroh Izzati Aqila tanpa perasaan. Mulutnya masih mengunyah pop corn yang dibeli bersama tiket tadi.

“ Jamban kat mana wei?”

“ Aik, tak tahu. Kesiannya kau. Aku pun tak tahu wei. Kita bukan selalu datang sini. Ni datang pun sebab kau mengada nak jumpa EM celup tu. Konon tengok wayang. Tak boleh blah. Macam kat Sarawak tak ada je.”

“ Kau jangan bebel boleh tak. Aku lepuk nanti naya je tau. Tandas kat mana wei?” gadis itu mengulangi soalan yang sama.

“ Aku tak tahulah. Kak, tandas kat mana?” Izzati Aqila mengajukan soalan kepada Amy Liana yang sedari tadi khusyuk bersama gajet di tangan.

“ Akak tak tahulah. Carilah papan tanda yang menunjuk ke arah tandas.

“ jelas Amy Liana. Matanya masih tidak beralih daripada memandang gajet miliknya. Siap tersengih lagi. Sah ada masalah mental.

“ Entah kau. Cari papan tanda.”

“ Masalahnya papan tanda pun tak nampak batang hidung dia. Zati tolong aku wei. Karang aku ter’ wee-wee ‘ kat sini naya je tau.”

“ Kau wee-wee kat sini aku terus tak ingat kau kawan aku wei. Aku lari dulu.”

“ Siot kau eah.” Yuhanis Farahana menghadiahkan jelingan kepada Izzati Aqila yang duduk di sebelahnya. Gadis itu kembali duduk di tempat asalnya. Dek kerana tidak tahu lokasi tandas maka terpaksalah dia menahan niatnya itu. Air miliknya disedut perlahan. Dahlah nak wee-wee tak kesampaian hajat, minum air pulak. Memang sah nak bocor kat tengah ruang bangunan itu.

“ Aik, Hanis kata nak pergi tandas? Kenapa masih ada kat sini?” Amy Liana yang baru menyimpan gajetnya di dalam beg tangan menyoal. Hairan. Dikatanya ingin ke tandas tetapi apabila dia menoleh ke sisi gadis itu masih di situ.

“ Tak tahu tandas kat mana.” Yuhanis Farahana menjawab perlahan. Keadaannya masih seperti tadi. Tak senang duduk. Sekejap berdiri, sekejap duduk. Amy Liana menggelengkan kepalanya. Kasihan melihat Yuhanis Farahana yang kelihatan seperti cacing kepanasan.” Jomlah akak bawak pergi tandas. Nanti bocor kat sini naya je. Buat malu.” ujarnya lantas bangun. Gadis itu jalan dahulu sebagai penunjuk arah. Manakala Yuhanis Farahana dan Izzati Aqila sekadar mengekori dari belakang. Dan kadang kala terdengar suara mereka bertelagah. Entah apa yang digaduhkan. Setibanya di pintu masuk tandas, tanpa menunggu lama Yuhanis Farahana terus masuk ke dalamnya. Amy Liana dan Izzati Aqila hanya menunggu di luar tandas. Beberapa minit kemudian muncul kelibat gadis itu dengan muka ceria.

“ Sebelum masuk tandas dah gila, keluar tandas pun nak gila jugak ke wei?” sengaja Izzati Aqila menyindir.

“ Kau diam !” tegas Yuhanis Farahana. Air yang diarahkan kepada Izzati Aqila untuk pegang ketika hendak masuk ke tandas tadi diambil kembali. Matanya menjeling tajam ke arah sahabatnya itu. Mereka bertiga menapak kembali ke tempat asal tadi. Namun sesuatu berlaku ketika dalam perjalanan.

“ Opocot nenek kau !” Yuhanis Farahana melatah apabila tubuhnya berlanggar dengan seseorang. Habis tumpah minuman yang dipegang. Dan apabila kepalanya diangkat untuk melihat si empunya badan yang dilanggar, matanya terpaku.

“ Kau lagi? Aih kecik sangat ke bumi ni sampai asyik nak jumpa korang je.”

“ Eh dah langgar orang nak bebel pulak dia. Bukan nak mintak maaf ke apa.”

“ Hello, saya lagi tua dari awak semua so buat apa saya nak mintak maaf? Padan mukalah kan.” Yuhanis Farahana mencebikkan bibirnya. Tangannya bersilang sambil matanya memandang ke arah lain. Meluat melihat raut wajah gadis di hadapannya ketika itu.

“ Ada lagi rupanya perempuan yang lupa nak bayar insurans mulut eah?” salah seorang daripada kumpulan gadis itu bersuara. Yuhanis Farahana yang mendengar mula panas telinga.” What? Lupa bayar insurans? Habis korang ingat korang bayar insurans ke? Mulut mengalahkan longkang.” Izzati Aqila dan Amy Liana cuba menenangkan keadaan. Rata-rata pengunjung yang lalu memandang sinis ke arah mereka.

“ Hanis dahlah. Jom.” Izzati Aqila menarik tangan sahabatnya agar pergi jauh dari situ namun tidak dihiraukan. Yuhanis Farahana menarik tangannya kembali. Sungguh keras kepala macam batu.

“ Sedar sikit yang korang ni budak lagi. So jaga tutur kata jangan nak biadap sangat. Tak sedar diri.”

“ Hanis, dahlah. Jom kita pergi. Wayang nak start ni. Jomlah.” giliran Amy Liana mengambil tugas. Lengan Yuhanis Farahana ditarik agar mengikutnya.

“ Akak ni kenapa? Kami tak habis lagi.” Yuhanis Farahana merungut keras. Matanya masih terfokus pada susuk tubuh sekumpulan pelajar yang dilanggarnya tadi.

“ Hanis, kawal diri. Sedar kita kat mana sekarang ni. Malulah kalau orang lain tengok. Hanis tak malu ke hah?” Amy Liana menjawab tegas. Dia memandang tepat ke wajah gadis yang lebih muda berbandingnya itu. Yuhanis Farahana menghela nafas geram. Hilang terus moodnya ketika itu. Kalau ikut hatinya yang marah mahu sahaja disiat mulut gadis yang mengutuknya tadi. Sementara di sudut lain, kelihatan sekumpulan remaja sedang berkumpul sambil berborak.

“ Eh, aku nyirap gila dengan minah tu. Bajet sangat. Dia ingat dia dah bagus ke apa.” ujar Tiara selamba. Kepalanya menoleh ke belakang melihat kumpulan tadi.

“ Entah. Mentang lagi tua, nak tunjuk kuasa sangat. Dahlah pendek, nak berlagak. Sekali aku tolak masuk parit terus tak keluar.” Nanie yang turut berada di situ menyambut kata-kata Tiara tadi. Mahu sahaja dicabai mulut gadis yang memarahi mereka tadi. Mulut lupa bayar insurans.

“ Siapa tu wei yang marah tadi?” soal Syasya Nadia kerana sungguh gadis itu tidak mengetahui apa-apa. Malah dia bingung dengan apa yang terjadi tadi.

“ Minah sesat. Tak malu.” giliran Adila mencelah. Dimasukkan beberapa biji pop corn ke dalam mulutnya sebagai cara untuk melepaskan geram.

“ Asal korang gaduh?” Shazreen Ahmad yang turut berada di situ menyoal. Masing-masing tidak memberi sebarang jawapan. Sibuk dengan hal sendiri. Malas mahu bercerita tentang apa yang terjadi. Biarlah semua itu menjadi rahsia mereka. Nanti dicerita makin heboh pulak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience