BAB 6

Other Completed 7202

JAM BERGANTI JAM, HARI BERGANTI HARI, SIANG BERGANTI MALAM. Namun masih tiada apa-apa perubahan. Perhubungan di antara penghuni dua rumah berjiran itu masih lagi dingin seakan tidak berjumpa titik pengakhiran.

“ Assalamualaikum !!! Hoi orang rumah, kami dah sampai ni !!!” tanpa segan silu Aisya Haneem menjerit di hadapan rumah sewa rakan sekampusnya itu.

“ Wei, korang bertapa ke dalam rumah? Panas ni wei, takkan nak suruh kami berjemur kat sini?” giliran Nabila Afiqah mengambil alih tugas menjerit itu.

“ Ya ya. Tak payah jerit. Buat malu kaum wanita je korang ni.” kelihatan Tiara sedang menyarung selipar pada kaki dan mengatur langkah ke pintu pagar sambil memegang anak kunci. Anak kunci dimasuk ke dalam lubang pada mangga. Pintu pagar dibuka luas.” Hah dipelawa masuk. Tadi menjerit macam nak roboh rumah ni. Kalau roboh aku saman korang tau.” gadis itu bertutur selamba.” Eh nanti, tak boleh masuk sebab rumah ni dah macam reban kambing beranak. Nanti korang masuk makin bertambah kerebanannya. So you guys just stay here. Makan angin kat luar ni. Nak temberang tak agak. Panas apa, redup je aku tengok.” sambungnya.

“ Kau ni merosakkan bahasa. Kambing duduk dalam kandang bukan reban. Tu untuk ayam ngek.” Nabila Afiqah mencelah.

“ Entah kau. Macam orang tak belajar BM je kat sekolah.” Tanpa menghiraukan kata-kata Nabila Afiqah dan Erra Natasha, gadis itu terus berlalu masuk. Seketika kemudian kelihatan beberapa orang gadis lain turut keluar.

“ Eh, Sya tak datang ke? Shazreen mana?” soalku sebaik melabuh punggung di atas bangku kayu bersebelah dengan Alia Fajrina.

“ Entah. Lambat kot. Kami datang naik kereta lain. Sya mungkin dengan mamat tu agaknya.” Alia Fajrina membalas.

“ Hei, makan ni. Ni je kami mampu masak untuk korang. Ambil tenaga before mula game. Karang ada yang pengsan satu kerja nak kena bawak pi hospital. Makan makan.” Adila mempelawa lantas dia membantu menuangkan minuman sejuk ke dalam gelas masing-masing. Turut dibantu oleh Nanie.

“ Kalau tak sedap korang salahkan Ismi, Izyan dengan Yana. Sebab mereka yang masak. Kami jadi juri je. Haha !” jelas Nanie sambil tergelak jahat.

“ Siot nah kau Nie. Kalau tak sedap salah kau jugak sebab kau yang dok mengganggu kami masak tadi.” bidas Ismi tidak berpuas hati. Jarinya pantas mencubit lengan Nanie membuatkan gadis itu mengaduh kesakitan. Poyo. Berlakon je tu. Bukan cubit kuat mana pun.

“ Dah jangan gaduh. Biar juri terhormat Aisya Haneem yang merasa samada sedap atau tidak.” sejurus itu tangannya mencapai sebiji kuih ketayap dan dimasukkan ke dalam mulut. Dikunyah perlahan.” Wow, sedapnya. Pandai korang buat.” tanpa diduga gadis itu memuji. Pujian itu membuatkan Nanie membuat wajah cemberut. Ismi dan Izyan mengangkat keningnya ketika saling beradu pandang dengan Nanie pada waktu itu.

“ Eleh, kereklah korang ni.” omelnya sambil menjeling. Jeles ler tu. Haha.

“ Jeles cakap jeles wei. Nampak tak berbakatnya kami dalam bidang masakan. Layak jadi chef tau. Lagipun dah sah makanan kami sedap sebab yang komen ni memang pengkritik terhebat aku pernah jumpa. Kan Neem?” ujarku sinis berpandangan dengan Aisya Haneem.

“ Betul betul. Tapi part pengkritik terhebat tu slow sikit. Jatuh saham aku.”

“ Dahlah Nie, kau nak berbidas dengan budak tiga orang ni bab masakan, dah konfem kau yang kalah. Kau tau dorang memang terer memasak. Kat rumah ni pun siapa yang masak breakfast lunch dinner kita kalau bukan dorang. Buang jelah impian kau tu.” Adila yang sejak tadi hanya mendengar perbualan itu turut menyampuk. Makin menjadi-jadi mimik muka Nanie apabila tiada yang membelanya.

“ Dahlah, pasal makanan pun nak gaduh ke. Tak apa Nie, esok-esok kami masak biar tak sedap. So kau boleh kritik makanan tu nanti. Hee” jelas Ismi seraya menayangkan sengihan. Izyan mengangguk kecil. Tanpa diduga Nanie membalasnya dengan cubitan halus pada lengan Ismi yang sedikit berisi itu membuatkan gadis itu ketawa kecil.

“ Dahlah. Bila nak start ni?” Izyan bertanya.

“ Racket korang mana? Jangan cakap korang tak bawak racket. Aku ketuk kepala tu satu-satu.” Tiara memberi arahan keras.

“ Adalah kat dalam kereta. Siapa nak mula dulu?” Erra Natasha menyoal.

“ Aku !” laju sahaja aku menawarkan diri.

“ Aku jugak ! Beregu !” Adila turut menyatakan hasrat yang sama.

“ Aku team dengan Haneem.” balas Nabila Afiqah. Gadis itu bingkas bangun dan melangkah ke arah kereta untuk mengambil racketnya.

“ Okay deal. Aku jadi pengadil.”

“ Kau reti ke wei jadi pengadil?” Adila menyoal ragu-ragu dengan kenyataan Alia Fajrina.

“ Retilah. Ingat aku ni ngek sangat ke.” bidas gadis itu sambil menjeling tajam.

“ Okay releks. Apa marah-marah. Tak cool. Kan Tiara kan.” Tiara yang sedang leka dengan telefon bimbitnya sedikit tersentak.” Betul betul betul.” jawabnya mengikut gaya Ipin dalam kartun Upin dan Ipin.

“ Poyolah kau !” Adila menolak kasar tubuh gadis itu membuatkan Tiara hampir sahaja terjatuh dari pangkin yang menjadi tempat duduk mereka semua.

“ Dah, jom. Adila, kau buat betul-betul. Kalah aku lepuk muka kau nanti.” pesanku kepada Adila yang tampak begitu bersahaja. Macam terer je. Walhal setiap kali bermain asyik kalah je. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Sekejap ke depan, sekejap ke belakang. Dan adakala bulu tangkis itu tersasar ke tempat lain dek kerana tolakan angin. Bunyi deruman kenderaan yang berhenti di hadapan rumah jiran sebelah membuat permainan terhenti. Masing-masing terlongo.

“ Aku rasa macam pernah nampak kereta ni sebelum ni. Tapi kat mana eah?” ujar Adila separa berbisik.

“ Siapa tu wei?” Aisya Haneem mengajukan soalan. Soalannya hanya dijawab dengan jongket pada bahu.

“ Hok aloh, minah kerek ni lagi.” omelku selamba sambil membuat muka jengkel setelah melihat si pemilik kereta.

“ Siapa wei?”

“ Ni? Kau tanya dia sendiri. Malaslah nak ambil kisah pasal dia. Buang masa. Jomlah sambung.” Sedang kami bermain badminton, tiba-tiba kedengaran satu suara.

“ Zati, nanti kalau kita balik Sarawak kita pergi main badminton nak? Kat court yang mahal tu. Baru high class. Setakat main kat anjung rumah, low class sangatkan. Kita tak mainlah macam ni. Euww so low.

“ Aku yang tidak mampu menahan sabar terus menghempas racket ditangan ke atas tanah. Panas je telinga ni mendengar ayat tu.

“ Tiara ! Nanti kita balik London kita sewa court yang beribu tu ya. Setakat court dalam negara ni, tak mainlah. Tak ada class langsung.” jeritku lantang. Sengaja berbuat demikian untuk membalas.

“ Eh, aku tak cakap dengan kaulah perempuan. Perasan habis.”

“ Cik ingat saya cakap dengan cik? Tak dengar ke saya sebut nama siapa tadi?” soalku kembali. Adila di sebelah cuba menenangkan aku manakala Aisya Haneem dan Nabila Afiqah sekadar tercengang.

“ Huh, minah psiko. Assalamualaikum Encik Amir !! Kami dah sampai ni !!”

“ Huh, menjerit macam lelaki. Tak sedar diri tu perempuan gamaknya.” omelku selamba. Panas hati masih belum reda. Kisah di shopping mall beberapa minggu lepas masih berbara, tambah lagi dengan kisah baru. Bertambah darjah kepanasan di hati.

“ Dahlah Yana. Kau jangan buat hal wei. Backup minah tu dahlah ex brother kita. Nanti tak pasal Mr. Arrogant ceramahkan kita.” nasihat Adila kepadaku.

“ Asal wei? Siapa dia tu tetiba cari pasal?” Nabila Afiqah bertanya. Soalannya tidak berjawab. Aku dan Adila hanya memandang ke arah lelaki yang baru sahaja keluar dari rumah sebelah. Siapa lagi kalau bukan Mr. Arrogant.

“ Encik Amir, jom main badminton. Tapi bukan main macam orang tu. Tak ada duit gamaknya main depan rumah je.”

“ Hei kau kalau tak cari pasal tak boleh ke hah?” tiba-tiba kedengaran suara Nanie yang sedang duduk di atas pangkin. Gadis itu mula bangun.

“ Entah. Dari tadi asyik nak cari pasal. Kami tak cari gaduh pun.” Tiara mencelah.

“ Eh terasa ke? Aku tak mention nama korang pun.”

“ Buanglah gedik kau tu. Nyirap je aku tengok.” balas Nanie. Aku hanya diam membisu. Kini giliran Nanie dan Tiara yang naik angin. Sesiapa pun akan naik angin bila jumpa dan bercakap dengan perempuan seperti itu.

“ Siapa suruh tengok? Aku tak suruh.”

“ Hei kau berambus jelah. Datang sini menyakitkan hati je.” Tiara bersuara.

“ Aku bukan nak jumpa korang. Suka hati aku nak datang mana-mana yang aku suka. Ada menyusahkan korang ke?”

“ Ada ! Menyemakkan mata telinga kami semua. Ada faham? Ke kau memang tak reti nak faham?” aku pula pantas mencelah.

“ Tak ingin aku nak faham. Bla bla bla.”

“ Hei stop it !! Korang ni kenapa?! Tak malu ke gaduh macam ni?! Yana, Tiara, Nanie, stop it !” Tersentak kami apabila Mr. Arrogant bersuara. Namun gadis yang mencari gaduh tadi kelihatan tersenyum sinis. Gembira barangkali apabila kami dimarah.

“ Siapa yang mula dulu? Perempuan tu yang mula dulu. Mr. Arrogant nak backup dorang sangat kenapa?” jelas Adila. Kali pertama dia bersuara sejak mulanya pertengkaran tadi.

“ Saya tak backup sesiapa. Tapi korang tak malu ke gaduh macam tu?”

“ Tak payah nak kalis. Mr. Arrogant backup dorang kan. Okay fine. Muka kami memang jahat kan. From now and forever, kita dah tak ada apa-apa. No more adik, no more abang. Mr. Arrogant dah ada adik baru kan? Tahniah. Saya benci Mr. Arrogant. Dan kau perempuan, aku benci kau. Sebab kau hidup kami huru-hara !” Adila menjerkah keras melepaskan amarahnya. Racket yang berada di tangan dihempas kuat ke tanah. Satu persatu di antara kami masuk ke dalam rumah. Hilang terus mood ingin meneruskan permainan tadi. Rakan yang tidak mengerti apa-apa turut mengikut jejak langkah kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience