BAB 8

Other Completed 7202

DALAM STAF yang lain sibuk dengan kerja masing-masing, namun ianya berbeza dengan Yuhanis Farahana. Gadis itu sekadar duduk sambil bermain dengan gajet miliknya seakan tiada kerja mahu dibuat.

“ Wei Hanis, kau tak ada kerja ke? Releks je dari tadi. Kalau bos nampak naya kau.” Izzati Aqila yang berdiri hampir dengan meja gadis itu menegur.

“ Sekejaplah. Kau ni, aku manusia bukan robot. Takkan sepanjang masa asyik nak hadap kerja je. Balik-balik tengok komputer kertas komputer kertas. Macam tak ada benda lain nak tengok. Bos pun satu, asal kerja susah pass kat aku. Banyak hensem muka dia.” Yuhanis Farahana menjawab selamba. Sempat dikutuk bosnya yang satu itu. Mata masih lagi fokus pada gajetnya. Izzati Aqila yang mendengar menggeleng kecil.” Lantak kaulah. Malas aku nak nasihat orang kepala batu macam kau. Kalau bos tahu padan muka kau.”

“ Alah bos tu, sikit-sikit kerja. Dia tak fikir staf stress ke apa ke.” Yuhanis Farahana kembali membebel. Izzati Aqila yang sedang membincangkan hal kerja bersama staf yang lain mendiamkan diri. Sia-sia kalau dinasihat, belum pasti akan dilayan.

“ Zati !! Berita panas !!” secara tiba-tiba Yuhanis Farahana menjerit.

“ Wei, kau gila eah? Kalau bos dengar kau jerit, mahu bernanah telinga kena leter. Kau dah sedia nak kena pecat ke?”

“ Kau ni, asyik-asyik bos. Nyampah pulak aku dengar. Lantaklah nak kena pecat. Cari kerja kat semenanjung, hah dekat dengan EM celup.” balas gadis itu.” Kau nak tahu tak berita panas apa? Tak nak sudah. Nanti jangan tanya aku.”

“ Apa dia?” dengan rasa malas Izzati Aqila bertanya. Ikut hati dia tidak mahu ambil tahu, lagi-lagi mereka dalam waktu kerja. Dia tak nak makan gaji buta. Dia mahu rezeki yang halal.

“ EM post something kat group fb.”

“ Post apa?” Yuhanis Farahana sempat mencebik mendengar soalan berikut.” Nak jugak tahu.” sindirnya selamba.

“ EM, of course aku nak tahu. Kau ni pun. Cer jangan bengap sangat.”

“ EM nak buat picnic. Hujung minggu depan.”

“ Serius?” Izzati Aqila menyoal bagai tidak percaya.

“ Dah tu kau ingat aku tipu? Betullah. Nak pergi ke?”

“ Taklah. Kadang-kadang aku nak percaya apa kau cakap, aku kena fikir 1001 kali. Haha !” Izzati Aqila ketawa kecil. Jari diangkat menunjukkan lambang peace. Yuhanis Farahana menghadiahkan jelingan kepada sahabatnya itu. Mahu diliku kepala gadis bertudung itu.” Nak pergi tak? EM suruh confirmkan kalau pergi. Takut tak cukup makanan.”

“ Ikut kaulah nak pergi ke tak. Aku on aje.”

“ Eleh, bila aku ajak pergi KL nak jumpa EM celup, banyak cekadak kau eah. Tapi bila aku ajak sebab ada event EM, bukan main laju kau jawab.”

“ Well. EM lain. EM celup tu lain. EM aku punya. EM celup kau punya. Ada faham?”

“ Banyaklah kau. Perasan tahap gaban.” Sedang mereka berbual, tanpa disedar bos besar sudah berada hampir dengan mereka.

“ Ehem, puas bersembang?” Izzati Aqila memejam mata mendengar suara yang menegur. Manakala Yuhanis Farahana berani menoleh memandang si empunya suara.

“ Hai bos. Sihat?” gadis itu menyapa tanpa rasa bersalah.

“ Tak ada kerja nak buat? Bersembang je dari tadi. Hanis, dah berapa kali saya cakap kat office buat cara kerja. Bukan mengular. Faham?!“

“ Faham bos. Tapi yang saya tak faham, asal bos suka marah? Bos memang sentiasa period ke tu yang hormon tak stabil. Relekslah bos. Bukan sepanjang masa saya bersembang.” selamba gadis itu menjawab. Siap tersengih lagi. Izzati Aqila yang melihat mula kecut perut. Apatah lagi apabila mendengar kata-kata yang lahir dari mulut sahabatnya. Silap hari bulan dua-dua kena campak keluar dari pejabat itu.

“ Awak dah sedia dipecat ke Yuhanis Farahana? Sekarang siapa bos kat sini? Kalau saya tak marah, staf takkan takut. Nak-nak staf kepala batu macam awak ni. Cakap 1000 kali pun belum tentu dia dengar. Ada faham?”

“ Amboi bos, perli saya nampak.”

“ Siapa makan cili, dia terasa pedasnya.”

“ Maaf bos. Saya tak makan cili.”

“ Dah. Buat kerja. Saya potong gaji nanti. Hah Zati, sejak bila awak seangkatan dengan Hanis ni? Dah terpengaruh dengan dia ke? Nak mengular pulak?” Izzati Aqila menelan liur apabila soalan bosnya mula diajukan kepadanya.” Err. Saya memang tengah buat kerja. Tapi lepas tu Hanis ajak borak.” Ambil kau Hanis. Nama kau yang naik. Jawapan selamat. Haha.

“ Woi, apa nama aku pulak ni.” Yuhanis Farahana memarahi rakannya. Tak pasal namanya yang disebut.

“ Dah. Buat kerja. Saya nampak korang mengular lagi, siap eah. Buat kerja !” Setelah lelaki itu pergi, Yuhanis Farahana mengajuk setiap percakapannya.” Tak boleh tengok orang senang. Mentang bos. Kalau aku jadi bos tak adanya nak garang macam tu. Eh not minelah. Nanti cepat tua. Meroyan !” gadis itu membebel sendiri.

“ Hanis, aku sambung kerjalah. Apa-apa habaq kat aku eah pasal picnic tu.” Izzati Aqila sempat menitipkan pesanan sebelum menyambung kembali kerjanya yang tertunda. Yuhanis Farahana mengangguk kecil. Matanya memerhati setiap langkah sahabatnya yang berlalu pergi dari situ. Sementara di Kuala Lumpur,,

“ Guys !!! Hot !!!”

“ Kau kenapa? Meroyan?” Izyan menegur apabila melihat sahabatnya, Nanie yang menjerit bagai orang gila.

“ Taklah. Apa kes aku nak meroyan pulak ni.” Nanie menafikan. Mulutnya sedikit memuncung.” Eh, ada tengok status terbaru EM kat group?” Soalnya menukar topik.

“ Status apa? Tak sempatlah. Ada cerita ke?” Adila yang sedang berhadapan dengan komputer ribanya menyoal. Kepalanya diangkat buat beberapa ketika.

“ Cerita apa wei?” Giliran Ismi menyoal.

“ Hujung minggu depan, ada picnic. Untuk The Mimpi.” Nanie menerangkan.

“ Serius?”

“ Yalah. Aku baru baca status terbaru EM. Nak pergi tak? Nanti aku confirmkan. Sebab EM nak tahu bilangan yang pergi.” jelas Nanie.

“ Wei, bukan next week kita minggu exam ke? Nak kena revision lagi.” Ismi mengingatkan.

“ Haah. Karang picnic ke mana, revision ke mana. Result ke laut. Naya je tau.” Izyan yang sedang membelek buku rujukan menyokong kata-kata Ismi.

“ Wei, picnic tu pagi. Takkan sampai petang. Petang kan boleh revision. Apalah korang ni.” Nanie membidas.

“ Betul ! Macamlah balik picnic tak boleh revision.” Adila yang tadinya sibuk mencari bahan rujukan menggunakan komputer ribanya mula berubah angin. Komputer riba dihadapannya ditutup. Gadis itu terus mencapai gajetnya.

“ Nak tak? Aku confirmkan dengan EM.”

“ Hmm. Lantak kaulah. Aku ikut je.”

“ Okay. Eh, Tiara Yana mana? Tak nampak pun.”

“ Budak dua orang tu? Buat tahi mata kat atas.” Adila menjawab selamba. Nanie mengangguk faham. Dicapai gajetnya yang diletak atas meja itu. Ismi dan Izyan meneruskan aktiviti mereka. Begitu juga Adila dan Nanie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience