BAB 5

Other Completed 7202

AMIR RAYYAN yang memerhati daripada jauh itu menepuk dahinya. Kemudian matanya berkalih memandang sahabatnya, Lutfi Hadi yang turut berada di situ.

“ Asal kau tengok aku macam tu?” dengan raut wajah tidak bersalah Lutfi Hadi bertanya sambil menjongketkan keningnya.

“ Kau tanya aku? Kau nampak apa yang berlaku tadi?” geram Amir Rayyan menyoal. Itulah akibat mengikut rancangan sahabatnya itu yang kononnya mampu memulihkan keadaan tetapi sebaliknya yang berlaku. Keadaan semakin teruk. Lutfi Hadi menjongketkan bahunya sebagai jawapan.” Mana aku tahu nak jadi macam ni. Aku rancang je.” ujarnya sempoi. Amir Rayyan menggaru kepalanya. Pening memikirkan apa yang terjadi. Kalau boleh dia mahu hubungan di antara dia dan jirannya baik. Tetapi ternyata rancangan mereka tidak membuahkan hasil. Malah semakin merumitkan keadaan.

“ Dahlah, aku nak balik. Pening ikut idea kau yang terlebih bernas tu. Apa pun tak jadi.” Amir Rayyan terus berlalu meninggalkan sahabatnya sendirian. Lelaki itu mengatur langkah menuju ke keretanya.

“ Wei, tiket ni macam mana?” Lutfi Hadi terpaksa melaung kerana langkah sahabatnya itu kian jauh. Walaupun ada pandangan orang sekeliling yang sedang memandang ke arahnya, namun tidak dihiraukan.

“ Kau ajak tong sampah tu teman kau. Aku nak balik.” Lutfi Hadi tercengang untuk beberapa saat sebelum melepaskan keluhan kecil.” Haih, bazir duit je beli tiket ni. Selamat dikebumikan ke dalam tong sampah ya tiket.” direnyukkan tiket yang dipegang lantas dibuang ke dalam tong sampah berhampiran. Dengan wajah hampa lelaki itu menapak meninggalkan bangunan bertingkat itu. Musnah harapannya ingin menonton filem kegemarannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience