BAB 1

Other Completed 7202

Cuaca petang itu sungguh cantik. Suasana redup ditemani tiupan angina bertiup mesra. Nun di kejauhan burung-burung beterbangan menari riang dan bebas di angkasa manakala pokok-pokok berdansa bagai mengikut rentak irama angin.

Sungguh nyaman. Sudah menjadi rutin, seperti hari-hari yang sebelumnya, aku dan lima orang rakanku duduk menghirup udara segar pada petang itu. Segar ke? Pokok yang ada pun boleh kira berapa batang, mana nak datangnya segar.

“ Wei, laparlah.” kedengaran suara seseorang merengek. Siapa lagi kalau bukan Tiara, hantu makanan.

“ Kau ni tak agak, tengahari tadi dahlah makan banyak lepas tu ni lapar lagi. Badan keding jugak. Kau ni guna perut atau tong dram?” Adila membebel.

“ Dah lapar nak buat macam mana. Yana, jom masak.” Aku mula membuat muka mendengar pinta Tiara.” Masak? Nantilah. Sabar sikit.”

“ Okaylah. Aku sabar ni.”

“ Sabar tak boleh cakaplah wei.” Nanie menjawab sambil tergelak. Tiara laju mencubit lengan sahabatnya itu. Geram diketawakan.

“ Korang, dah lama kita tak tegur Mr. Arrogant kan?” tiba-tiba sahaja Ismi bersuara.

“ Aah. Aku rasa dah seminggu kot kita tak tegur dia.” balas Izyan menyokong kata-kata Ismi tadi.

“ Biarlah dia. Tak ada masa aku nak tegur.” ujar Adila sambil mencebik bibir.

“ Tapi sampai bila?” Ismi menyoal lagi.

“ Tengoklah sampai bila. Kau dah kenapa tetiba tanya pasal tu. Malaslah nak bual pasal mamat tu.” Tiara merengus geram. Batu yang berada dalam genggaman dibaling ke tanah.

“ Taklah. Tak baikkan kita buat dia macam tu. Selama ni dia banyak bantu kita kat sini. Dia yang..”

“ Kita tak baik? Habis dia mungkir janji tu baik sangat ke?” belum sempat Izyan menghabiskan ayatnya kedengaran suara Nanie menyampuk.

“ Tulah pasal. Lagipun dia dah ada kawan baru so tak perlukan kita lagi. Eh kalaulah dengan mungkir janji tu boleh tergolong dalam kalangan orang baik, aku pun nak jugak buat macam tu.” jelasku selamba.

“ Aku tak cakap macam tu. Takkanlah disebabkan satu kesalahan yang dia buat, korang nak menghukum dia macam tu? Korang tak ingat kebaikan yang dia buat kat kita? Dia anggap kita ni macam adik dia. Dia jaga kita kat sini. He’s a good brother you know? Korang just nampak kesalahan dia yang satu tu.”

“ Maaf Ismi. Kami tak sebaik kau nak lupa semua tu. Untuk apa kita baik dengan dia sedangkan dia tak pedulikan kita langsung. Dia dah ada ‘ adik ‘ baru. Dia dah buang kitalah.” bidas Nanie.

“ Kau pun nampakkan yang dia langsung tak kisah dah pasal kita semua. Ada ke dia nak tanya khabar lagi. Tak ada kan.”

“ Masalahnya tiap kali dia nak tegur kita korang dah berambus masuk dalam macam mana dia nak tanya khabar. Kau ni pun bengonglah.” tempelak Izyan menjawab kata-kata yang diungkapkan oleh Tiara.

“ Whatever. Yang pasti dia tak perlukan kita lagi. Ada faham?” Adila mengeluh kecil.

“ Dahlah. Kita skip je topik ni. Nanti tak pasal kita pulak yang gaduh sesama sendiri. Aku malaslah nak fikir hal ni.” ujarku.

Tiara, Adila dan Nanie menyokong cadangan berikut. Ismi dan Izyan berpandangan sesama sendiri sebelum masing-masing mengalah. Keadaan menjadi sunyi buat seketika.

Dan ketika itulah kelihatan sebuah kereta masuk ke dalam pekarangan rumah Mr. Arrogant. Siapa lagi kalau bukan Mr. Arrogant.

Baru sahaja lelaki itu melangkah keluar dari kereta, aku, Tiara, Nanie dan Adila sudah mengangkat punggung dan melangkah masuk meninggalkan Ismi dan Izyan di luar.

“ Mereka marah lagi ke?” Ismi hanya tersenyum menjawab pertanyaan tersebut.” Kami tak tahu nak pujuk macam mana. Malah kami yang kena marah.”

“ Tak apalah. Biar reda dulu. Tak payah pujuk lagi. Nanti tak pasal korang pulak yang gaduh.”

“ Sorry tau.”

“ Its okay. Take time. Hmm saya masuk dulu. Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam.” Ismi dan Izyan menjawab serentak. Setelah kelibat Mr. Arrogant hilang dari pandangan, mereka turut menapak masuk ke dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience