BAB 5

Romance Completed 22414

“Abang pergi tak lama.. Airis tunggu abang. Tau?!” Dani tersenyum manis. Sejak tadi matanya langsung tak pandang tempat lain. Ini malam terakhir dia di Malaysia, jadi dia nak renung wajah comel Airis saja. Lepas ni dah tak boleh buat macam ni dah. Kena tunggu 4 tahun lagi barulah dia boleh berada di sisi Airis sentiasa.

Gadis di sebelahnya menunduk. Cuba menyorokkan wajah sayunya. Matanya berkaca. Malau kalau abang nampak aku nangis! Abang, perlu ke pergi London? Belajar kat Malaysia sudahlah! Sobbb!!

“Look at me, Airis.. Look at me. Lepas ni abang dah tak boleh tengok mata coklat cair Airis tu lagi..” luah Dani perlahan. Sebenarnya itulah yang tarikan Airis yang tinggi asetnya. Sepasang mata bewarna coklat cair. Cukup indah ciptaan Allah.

Airis tersenyum kelat. Ya Allah, kuatkanlah aku! Jeritnya dalam hati. Cuba menahan air mata yang bakal tumpah bila-bila masa saja.

Kenangan 4 tahun lalu menerjah di ingatan. Airis menekup wajahnya dengan kedua-dua belah tangan. Sejak tadi dia menangis tak henti-henti. Sakit hatinya setiap kali terkenangkan apa yang berlaku sebentar tadi. Abang curang! Abang penipu!!! Abang khianat kepercayaan Airis pada abang!

Telefon bimbit Airis berbunyi. Tapi Airis malas mahu menjawab panggilan itu memandangkan yang menelefonnya adalah Dani. Sungguh, dia sudah tak mahu ada kaitan dengan lelaki itu. Hatinya kini benar-benar terluka. Sampai hati abang. 4 tahun Airis tunggu abang, tapi ini yang abang balas? Butang merah ditekan kasar sebaik saja dia mencapai telefon bimbitnya.

“Airis benci abang!!!!!!” jeritnya dalam esak tangis yang tiada henti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience