BAB 6

Romance Completed 22414

“Dani…” Panggil Dato’ Ariffin perlahan. Anak bujangnya itu sedang duduk termenung di balkoni rumah. Dah pukul 3 pagi. Apa yang dia buat malam-malam buta macam ni?

Dani menoleh. Kemudian dia tersenyum hambar.

“Dani buat apa kat sini? Kenapa tak tidur lagi?”

Satu keluhan dilepaskan. Kemudian dia menunduk. “Macam mana Dani nak tidur, pa? Otak Dani serabut sangat! Airis langsung tak nak jawab call Dani..” keluhnya perlahan. Angin malam yang bertiup lembut langsung tak mampu menenangkannya. Dia tahu Airis pasti terlalu membencinya sekarang.

Dato’ Ariffin tersenyum kelat. Dah agak dah. Ini mesti kes tadi yang buat dia tak boleh tidur. Baru dia tahu rupa-rupanya anaknya itu dah lama dilamun cinta dengan anak gadis sahabatnya itu. Tapi apa boleh buat? Dah tak ada jodoh kut?

“Dani cuba beri dia masa sikit. Dia terkejut tu..” nasihat Dato’ Ariffin. Bahu Dani ditepuk-tepuk perlahan.

“Macam mana kalau dia langsung tak nak beri Dani peluang, papa? Dani perlu jelaskan semuanya pada dia!”

“Hati orang perempuan ni mudah sejuk kalau kena cara Dani pujuk dia. Buat masa ni Dani sabar sikit. Dia tengah marah, memanglah dia tak nak dengar apa-apa penjelasan dari Dani. Sabarlah..”

Anak bujangnya itu mengangguk lemah. Setuju dengan kata-katanya.

“Papa masuk tidur dulu. Dani pun tidurlah. Jangan langsung tak tidur. Nanti kesihatan terganggu pulak,”

Dani tersengih kelat. “Okey, papa. Jangan risau, kejap lagi Dani tidur..” ujarnya perlahan. Dato’ Ariffin mengangguk dan berlalu dari situ, membiarkan Dani terus hanyut melayan perasaannya saat ini.

Wajahnya diraup perlahan. Teringat dia pada cupcakes yang sudah pastinya dibuat khas untuknya. Airis memang kreatif. Sejak dulu hingga sekarang, itulah kelebihan yang ada pada diri gadis itu. Terharu dia melihat cupcakes yang comel-comel itu dihias dengan pelbagai corak dan warna. Dani buntu. Macam mana agaknya dia nak pujuk Airis? Nak mesej Sam pun, mesti Sam dah lena dibuai mimpi saat ini. Dani mengeluh lagi.

“Airis.. Maafkan abang! Maafkan abang..!” bisiknya perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience