BAB 9

Romance Completed 22414

“So, sekarang ni Airis kerja ke belajar?” soal Sofea spontan. Airis yang duduk di tempat duduk belakang tersentak. Sejak tadi dia sibuk melayan perasaan. Hanya Sofea saja yang sibuk bercerita itu ini dengan Dani.

“Err, belajar lagi tapi tengah sem break. Lagi satu sem je tinggal.. Lepas tu habislah,” jawab Airis perlahan.

“Oh ye ke? Dah nak grad lah ni. Goodluck! Airis ambil kos apa?”

Aduyai! Peramah gila tunang abang ni! Eloklah tu, abang pun bukannya jenis pendiam. Mesti dia ada geng nak berceloteh macam-macam bila dah kahwin nanti. Tengoklah macam tadi, semua Kak Sofea cerita. Cerita pasal beg duit dia tercicir yang jadi topik utama. Heroinnya aku. Lepas tu abang puji aku. Eleh! Buat-buat pujilah konon! Menyampah!

“Airis ambil TESL..”

“Wow! Jadi cikgulah nanti ya?”

“Insya-Allah, ingat lepas ni nak sambung master. Boleh jadi pensyarah terus..”

“Airis memang budak genius! Nampak aje nakal tapi genius!” Dani mencelah. Tersentak Airis mendengarkan kata-kata itu. Puji ikhlas ke ada makna tu? Airis sekadar tertawa kecil. Ketawa yang dibuat-buat! Sempat lagi dia kata aku nakal. Siapa yang nakal sekarang ni? Airis ke abang? Huh!

Perlahan-lahan Dani membrekkan kereta. Traffic light merah! Lambatnya! Bila nak sampai ni? Aku dah malas nak duduk dalam ni lama-lama. Sakit hati tengok kemesraan dia orang berdua. Kak Sofea ni manja sangat orangnya. Tengok gaya dia bercakap pun boleh tahu. Airis melemparkan pandangan ke luar kereta sambil tangannya berpeluk tubuh. KL ni kalau tak jammed bukan KL namanya! Sedang asyik mengelamun, tiba-tiba terasa dirinya seperti diperhatikan. Sah! Tak syak lagi! Dani sedang merenungnya melalui cermin pandang belakang! Kak Sofea! Tunang akak ni memang gatal! Cepat-cepat Airis melarikan matanya ke tempat lain. Tak sanggup rasanya nak bertentang mata dengan lelaki itu.

“Dani!! Your favourite song!!!” Sofea menguatkan radio yang sejak tadi dipasang dalam volume perlahan.

Berikan cintamu juga sayangmu

Percaya padaku ku kan menjagamu

Hingga akhir waktu menjemputku

Ku berikan cintaku juga sayangku

Percaya padaku ku kan menjagamu

Hingga akhir waktu menjemputku

Ohh!! Lagu kesukaan abang rupanya! Agak-agaknya apa yang buat dia suka sangat dengan lagu ni ye? Soal Airis dalam hati. Nafas Airis terasa sesak saat ini! Sesak dek kerana Dani Mikail yang sejak tadi asyik merenungnya melalui cermin pandang belakang. Tak berkelip! Airis resah. Terus dia buat-buat tengok handphone.

“You! Dah hijau tu. Geraklah cepat! Berangan je dari tadi!” Bahu Dani ditepuk kuat. Tersentak lelaki itu dibuatnya. Pantas dia memecut keretanya. Kemudian dia tertawa kecil. Sofea membebel sakan!

Seboleh-bolehnya Airis cuba tahan ketawa. Kelakar! Nasib baik tak kena hon! Tu lah! Berangan lagi! Entah apa yang dia fikir, lepas tu sibuk nak renung orang macam nak telan orang! Report kat tunang dia baru tahu!

Alhamdulillah! Selamat sampai sudah! Cepat-cepat Airis buka pintu dan keluar. “Err, thanks korang..” ucap Airis spontan. Senyuman diukir semanis mungkin. Dani menoleh dan turut tersenyum. Kemudian dia mengangguk.

“Goodluck for your final year,” balas Dani pula.

Airis mengangguk perlahan. Mulutnya terkunci rapat.

“Okey, Airis sayang! See you later. Nanti kita hang out sama-sama okey? Bye!” Sofea bertutur lembut sebaik dia menurunkan cermin tingkap.

Airis angguk lagi. Perlahan-lahan kereta Dani berlalu dari situ sehingga hilang dari pandangannya. Airis mengeluh. Biarlah dia orang, Airis. Rasanya dia orang dah cukup bahagia. Jangan buat apa-apa yang boleh memisahkan dua hati tu. Nekadnya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience