BAB 11

Romance Completed 22414

Airis duduk di kerusi yang disediakan di luar wad. Fikirannya benar-benar runsing. Macam nak tercabut jantungnya melihatkan keadaan Dani yang terlantar lemah di situ. Doktor kata Dani terpaksa ditahan di wad untuk beberapa hari ni sebab doktor kata Dani kena demam denggi. Ya Allah, pulihkanlah Dani Mikail dengan segera. Aku rela tanggung kesakitan itu asalkan abang sihat seperti sedia kala!

“Airis..” panggil Sofea. Dia juga duduk di sebelah Airis.

Airis menoleh. Air mata mengalir di pipinya. Wajah Sofea juga tampak sugul. Dua-dua risaukan Dani. Sofea kata semalam Abang Dani demam secara mengejut, lepas tu pengsan dekat rumah. Sampai sekarang Dani masih tak sedarkan dirinya.

“Akak sabar ya? Insya-Allah abang tak apa-apa..” Airis menenangkan Sofea. Padahal hatinya sendiri resah tak terkata.

Tangan Airis diraih Sofea. Kemudian gadis itu merenungnya lembut. “Airis, ada benda yang Airis perlu tahu..”

“Apa dia, akak?” Airis menyoal dengan penuh rasa debaran di hati. Bunyi macam serius je!

“Hmm.. Sebenarnya dah lama akak nak beritahu ni pada Airis, tapi asyik tak berkesempatan. Sibuk sangat dengan kerja. Pasal abang.. Dia sebenarnya..”

“Sebenarnya apa, kak? Akak jangan takutkan Airis macam ni!”

Sofea tersenyum. Air mata yang bertakung di kelopak matanya diseka perlahan sebelum dia menutur kata. “Ingat tak hari yang kita orang hantar Airis balik rumah tu? Masa tu lepas je hantar Airis, abang ada beritahu sesuatu. Dia cakap yang dia masih cintakan Airis.” Beritahunya tenang.

Berkerut dahi Airis dibuatnya. Kalau macam tu, kenapa Kak Sofea nampak tenang je? Dia tak marahkan aku?

“Akak biar betul? Kenapa akak nampak relaks je? Abang dah cerita semuanya ke kat akak?”

“Sebenarnya dah lama akak tahu pasal korang. Sepanjang kita orang sama-sama belajar kat London, abang selalu sebut pasal Airis. Gambar Airis selalu ada dalam dompet dia. Akak tak cemburu sebab akak dah tahu hati dia memang milik Airis sejak dulu, sebelum dia jumpa akak lagi.”

Airis diam. Memberi peluang kepada Sofea untuk terus berkata-kata.

“Kita orang bertunang pun sebab terpaksa..”

“Terpaksa? Kenapa boleh macam tu pulak?”

Saat ini Sofea menunduk. Dahinya pula berkerut. Nampak macam berat sangat hendak jawab soalan Airis tadi.

“Semua ni berlaku hanya disebabkan satu kejadian masa dekat London dulu. Ada sorang lelaki mat saleh psiko yang tergila-gilakan akak. Tapi akak tak layan. Satu malam tu, akak balik dari study kat rumah kawan. Akak jalan sorang je malam tu. Tiba-tiba dia muncul entah dari mana dalam keadaan mabuk. Maklumlah, tengah malam, akak jerit sekuat hati pun tak ada orang yang dengar.” Nafasnya ditarik sedalam-dalamnya. Airis setia mendengar. Wajah sayu Sofea direnung lembut.

“Masa tu hanya Tuhan saja yang tahu takutnya akak dengan lelaki tu. Dia nyaris nak rogol akak.. Akak bergelut jugak dengan dia, tapi apa sangatlah tenaga orang perempuan ni kan..? Dia tampar kita pun kita dah terkulai macam tu je.” Sofea tertawa kecil kemudiannya.

Tersentak Airis mendengarkan perkataan rogol. Ya Allah! Kesiannya Kak Sofea!

“Lepas tu apa jadi kak?” Soal Airis sedikit cemas.

“Akak doa je dalam hati supaya Allah selamatkan akak. Alhamdulillah, masa tu jugaklah abang muncul selamatkan akak. Rasanya kalau akak boleh rakam apa yang jadi masa tu, mesti Airis terkejut tengok macam mana abang belasah lelaki tu, sikit lagi nak hancur muka dia.”

Airis tersenyum hambar. Alhamdulillah, nasib baik tak jadi apa-apa. Abang memang hero!

“Jadi disebabkan peristiwa itulah parents akak terus buat permintaan yang akak sendiri tak sangka. Dia orang risaukan akak, jadi dia orang mintak abang jaga akak ke mana saja akak pergi, siap suruh kita orang kahwin. Mula-mula kami tak setuju sebab akak tahu siapa yang abang cinta, tapi ayah akak beria-ia nak macam tu. Kita orang buntu, tak tahu nak buat apa. Nasib baik abang pandai reka alasan, katanya tak sedia nak kahwin lagi, dia kata baik bertunang aje dulu. Kesian jugak dia, hanya kerana itu dia terpaksa turutkan sesuatu yang bukan kemahuan dia.” Sofea diam sejenak. Kemudian dia sambung lagi. “Airis jangan salahkan abang. Abang tak salah. Dia tak pernah curang dengan Airis. Akak yang salah. Kalau akak berkeras sikit mesti ayah akak mengalah.”

Air mata Airis mengalir tanpa dipinta. Sebak dengar semua penjelasan ni. Abang, maafkan Airis. Airis berdosa pada abang sebab langsung tak mahu bagi abang peluang untuk jelaskan segala-galanya!

“Akak dan abang tak salah, Airis yang salah! Airis degil tak mahu dengar penjelasan abang!” luahnya penuh kesal.

“Tak, jangan salahkan diri Airis. Akak faham apa yang Airis rasa. Kalau akak pun akak degil jugak tak nak bagi peluang orang jelaskan apa-apa. Iyelah kan, 4 tahun tunggu dia.. Alih-alih dia bawak balik tunang, mestilah terkejut!” balas Sofea lagi. Bahu Airis digosok-gosok perlahan.

“Kesian abang. Airis dah banyak sakitkan hati dia.”

Sofea tersengih kelat. “Abang tak pernah merungut apa pun, Airis. Dia tak pernah sikit pun salahkan Airis. Malah dia selalu cakap, dia akan cuba cari jalan untuk pujuk Airis. Cuma sebelum ni dia bagi Airis masa untuk sejukkan hati dulu.. Akak pun selalu suruh dia terus-terang aje pada Airis.”

Airis tersenyum kemudiannya.

“Kita sama-sama doakan agar abang cepat sembuh. Lepas ni bolehlah Airis ganti tempat akak.”

“Err, kalau ayah akak tahu macam mana? Mesti dia marah!” Wajah Airis berubah. Takut juga kalau ayah si Sofea ni mengamuk tak tentu pasal!

“Pasal tu jangan risau. Akak dah jelaskan semuanya dan dia pun dah tak desak apa-apa lagi. Kita orang pun dah habis belajar, akak sekeluarga pun dah pindah balik ke sini semula. Takkan jumpa lagi si gila tu!”

Airis tersenyum lega. Lega segala persoalan telah terjawab. Memang benar dia masih mencintaiku. Setulus hatinya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience