BAB 7

Romance Completed 22414

Sejak tadi Airis masam mencuka. Tak sangka Dani berani muncul di depannya lagi setelah apa yang berlaku tempoh hari. Dasar lelaki! Muka tembok! Menyampah!

“Buat apa datang sini? Kan orang dah cakap orang tak nak jumpa? Tak faham ke?!” kasar Airis menyoal tanpa memandang wajah Dani. Sakit hati tengok dia! Baik aku tengok rumput! Lagi bagus!

“Airis.. Abang mintak maaf. Abang tahu abang salah,”

“Maaf! Senang je cakap maaf. Kalaulah dengan perkataan maaf tu mampu sembuhkan luka di hati ni takpe jugak! Tak payahlah sebut maaf tu. Gedik je bunyinya!” Airis menggerutu geram. Tak cukup puas hati sebenarnya! Kalau ikutkan mahu saja dia lempang muka Dani sekuat hati. Biar muka kacak tu berbekas tapak tangannya.

“Hmmm..” Dani menunduk. Berapa banyak masa lagi yang harus aku beri pada dia supaya hatinya benar-benar sejuk? Rasanya sejak peristiwa tempoh hari dah seminggu aku tak jumpa dia. Marah benar dia pada aku! “Sebenarnya abang..” Baru saja hendak buka mulut, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Ah! Kacau!!

“Hello, ya…” perlahan dia menutur kata. Namun Airis dapat mendengarnya dengan jelas. “I kat luar ni. Kejap lagi I baliklah.. Err, Sofea, nanti I call you balik. Boleh? I ada hal nak kena uruskan ni,”

Sofea? Cantik nama tu! Sesuai dengan orangnya! Sesuai jugak dengan Dani! Sama cantik sama padan! Memang patutlah kalau Dani tinggalkan aku sebab dia. Nampak Sofea tu macam anak orang kaya, cantik kalahkan model. Aku? Selekeh nak mampus, tak kaya! Tak ada apa-apa pun!

“Sorry, Airis.. Tadi..”

“Let me guess, your fiancee telefon? Okeylah. Kalau macam tu baik Airis balik dulu. Nanti marah pulak tunang abang tu. Lagi pun tak manis kalau orang tengok. Abang dah ada tunang pun sibuk jumpa awek lain pulak,” Airis pantas memotong kata-kata Dani. Agak tersentak Dani dibuatnya.

“Airis, tolonglah! Dengar dulu abang nak cakap ni!”

“Tak perlu cakap apa-apa. Satu je Airis nak cakap kat abang, lain kali jangan luah kata cinta kalau tak tahu apa maknanya. Jangan sekali-kali sebut tentang kepercayaan kalau abang sendiri tak tahu macam mana nak berlaku jujur.” Tutur Airis perlahan. Sayu wajahnya saat ini. Air mata, tolong jangan tumpah sekarang! Aku tak mahu menangis disebabkan lelaki ini. Dia tidak layak ditangisi!

Airis sudah mengatur langkah menuju ke kereta. Pantas Dani mengejarnya dan cuba untuk meraih tangan gadis itu namun Airis menepisnya dengan kasar.

“Jangan sentuh Airis!!!! Abang tak layak sentuh Airis!!” Pantas dia berlari ke arah keretanya. Air mata yang ditahan sejak tadi mengalir jua akhirnya sebaik saja dia masuk ke kereta. Dani hanya mampu memandang dari jauh.

Airis.. Kenapa keras sangat hati Airis? Mana pergi Airis yang dulu? Airis yang sentiasa mengalah, Airis yang sentiasa berlembut dengan abang? Mana dia? Soal Dani dalam hatinya. Airis sudah hilang dari pandangannya. Ya Allah, aku berdosa kerana telah melukai sekeping hati yang tulus ikhlas mencintai aku. Ampuni aku, Ya Allah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience