BAB 2

Romance Completed 22414

Masa yang berlalu tak terasa. Pejam celik pejam celik, hari ini Dani akan pulang ke Malaysia setelah 4 tahun merantau di negara orang. Orang yang paling gembira sekali sudah tentulah Airis Isabella! Hari ni rasanya dah lebih 10 kali dia tengok jam, menghitung waktu menanti detik ketibaan lelaki yang dicintai!

Sejak tadi Airis duduk di dapur. Langsung tak keluar ke mana-mana hari ni. Sampaikan sepupunya Sam ajak tengok wayang pun dia tak mahu. Katanya nak siapkan cupcakes yang dia buat malam tadi sebagai hadiah sempena kepulangan Dani ke sini. Sanggup dia bersengkang mata semata-mata nak siapkan cupcakes yang cute-mute tu. Kalau aku tak buat cupcakes ni, sia-sialah aku pergi berguru dengan Cik Sally berbulan-bulan lamanya! Haruslah aku praktikkan ilmu yang ada ni! Airis tersenyum meleret. Puas hati dengan hasil kreativitinya mereka topping cupcakes yang berwarna-warni. Cupcakes yang lain pula dihiasi dengan abjad-abjad. WELCOME HOME ABANG. Harapnya abang suka dengan cupcakes yang Airis buat ni!

Satu per satu cupcake disusunnya mengikut abjad. “W… E… L… C… O… M…E..” Setiap cupcakes disusun penuh hati-hati.

“Airis!” Laung seseorang dari ruang tamu.

Gadis itu masih lagi leka menyusun cupcakes. “H… O… M….E…”

“Airisaaa!!!” Sam menepuk bahu Airis.

“Oh your mother!” Tu dia! Dah keluar latah versi mat saleh! Airis menjeling geram sepupunya itu.

“Kau ni Sam! Nyaris aku nak arwah tadi! Kalau tak, memang tak sempat nak jumpa buah hati aku tu!”

Sam tergelak sakan. Sepupu aku ni dah macam mak nenek! Selalu sangat melatah! “Tahulah buah hati dah nak balik! Orang panggil pun tak dengar!”

Sepupunya itu sekadar tersengih. Kali ini tangannya mencapai cupcakes yang masih lagi belum disusun di dalam kotak segi empat yang saiznya sederhana besar itu. “Bila masa kau sampai? Kenapa tak cakap nak datang?” soal Airis sebaik saja dia memandang ke arah Sam. Mata Sam tertumpu pada cupcakes yang ada di situ. Dalam hati dia memuji Airis. Rajin dan kreatif! Kalau aku jadi Dani pun mesti aku rasa beruntung sangat sebab dapat awek macam Airis.

“Aku saja tak nak cakap kat kau! Nak bagi kejutan!”

“Elehh!! Mengada-ngada! Buatnya aku tak ada kat rumah, padan muka kau!”

“Tak ada maknanya! Aku dah call Mak Su. Mak Su cakap kau ada, sebab tu aku datang!” Hilai tawa Sam kedengaran lagi.

Ceh!! Patutlah confident je datang sini! Dah tanya mama rupanya!

“Sorry sebab tak dapat teman kau pergi tengok wayang. Aku sibuk ni,” ujar Airis perlahan.

“Sibuk sangat ye? Sampai salah eja abang!”

Hah? Apa maksud si Sam ni? Berkerut dahi Airis. “Maksud kau? Siapa salah eja abang?”

“Tuuu..” Sam memuncungkan bibirnya ke arah cupcakes Airis. Bagaikan robot yang mengikut arahan tuannya, pantas saja mata Airis beralih ke arah cupcakes.

Aik? Apa hal lain je ejaan aku ni? WELCOME HOME ANBAG…???

“Sammmmmmmm!! Ni semua kau punya pasall!!!!” jerit Airis. Sibuk bercakap dengan dia, habis kacau kerja aku! Hatinya menggerutu. Melihatkan Sam yang sudah ketawa macam orang gila, pantas dia mencubit bahu Sam sekuat hati. Geram!! Sam mengaduh kesakitan. Kecoh dapur tu dibuatnya!

“Kau tu yang tak fokus! Kepala ingatkan si dia ajelah tu!! Sabar, dah nak sampai dah tu!! Kejap lagi peluklah dia puas-puas!” Dani masih tertawa sakan. Cepat-cepat dia berlari ke ruang tamu. Tak sanggup kena cubit dengan Airis lagi!

“Tahu takut!” Airis mendengus geram. Cepat-cepat dia betulkan ejaan ABANG tu. Nasib baik aku perasan! Kalau tak mesti Dani pun ketawakan aku jugak nanti!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience