BAB 12

Romance Completed 22414

Airis tersenyum senang. Hatinya kini kembali berbunga riang. Dani sudah pun kembali sembuh seperti sedia kala. Alhamdulillah! Syukur sangat-sangat! Seminggu Dani masuk hospital, seminggu jugaklah dia ulang-alik ke sana. Sampaikan jururawat kat sana pun dah naik muak tengok muka Airis. Tak kisahlah muak ke tak muak, janji aku tak abaikan orang yang aku sayang macam tu aje!

“Cik adik! Dah melayang sampai ke mana?” Dani datang duduk di sebelahnya. Pantas Airis menoleh. Kemudian dia tersenyum senget.

“Mana ada melayang?? Orang kat sini lagi laa..!” balas Airis. Mulutnya dimuncungkan sedepa.

Dani tertawa perlahan. Seronok dapat sakat budak kecik ni! Comel muka dia kalau marah! Rindu kut nak bergelak ketawa macam ni! Bisiknya dalam hati. Pandangannya dilemparkan ke arah tasik. Suasana di Taman Tasik Titiwangsa begitu mendamaikan.

“Eleh!! Pantang usik sikit dah muncung sedepa! Cium kang!”

Airis menjelirkan lidahnya pulak. Memang tak matang langsung! Perangai kalahkan kanak-kanak ribena!

“Jelir pulak! Eeii, nakalnya awek abang ni! Kenapa nakal sangat ni?” Pipi Airis dicubit perlahan. Airis tersengih manja, matanya pula dikelip berkali-kali. Sebiji macam dalam emoticon Yahoo Messenger. Buat muka comellah konon!

“Tengoklah boyfriend Airis pulak! Nakal tak ingat!”

Kali ini giliran Dani pula tertawa. Wajah gadis itu direnung lembut.

“Airis, abang janji abang akan sentiasa bahagiakan Airis, sehingga ke akhir hayat kita, sayang..”

“Insya-Allah. Airis pun janji akan sentiasa buat abang tersenyum. Kalau abang bahagia, seribu kali Airis lebih bahagia..!”

“Dani Mikail bertuah kerana berjaya memiliki Airis Isabella. Hanya Airis yang Dani cintai, seumur hidupnya, percaya padaku!” tutur Dani perlahan.

Ada sebak menerjah hatinya namun rasa bahagia menguntum lebih.

‘Ingat cinta kita selalu, ingat saya selalu,’’ balasnya.

‘’Pasti, percaya padaku, aku akan ingat dirimu selalu sebagai pemilik cinta ku.’’ Tutur Dani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience