BAB 8

Romance Completed 22414

Alamak! Akak tu tercicir beg duit dialah! Dia tak perasan! Airis bingkas bangun dari kerusi dan berlari anak ke meja makan yang diduduki oleh gadis tadi. Beg duit hitam dan berbentuk segi empat di atas lantai itu diambil. Cepat-cepat dia kejar gadis yang sudah pun keluar dari restoran itu.

“Cik!! Cik tercicir purse!!”

Gadis itu menoleh. Erk! Sofea!

“Oh! Nasib baik you perasan. Seriously I tak perasan! Thank you ya?” ujar Sofea mesra. Beg duit di tangan Airis diambil.

Airis mengangguk perlahan sambil tersenyum kelat. Ya, nasib baik aku yang perasan. Kalau orang lain yang perasan, mungkin beg duit kau yang mahal tu dah lesap dari pandangan!

“By the way, you ni I macam pernah tengoklah.. Err, Airis kan?”

Uik! Dia tahu nama aku! Baru ingat nak larikan diri tadi. Hmm! Airis mengangguk sekali gus mempamerkan senyuman yang agak kelat.

“Thank you again, Airis. Baik betul you ni. Next time I kena belanja you makanlah rasanya!” Sofea tersenyum manis. Cantik senyuman itu. Boleh menggoyahkan hati lelaki yang melihatnya, termasuklah Dani.

“Eh! Takpe, Kak Sofea! Saya ikhlas tadi tu. Tak perlulah belanja makan segala!” balas Airis. Err, Kak Sofea? Selamba je aku panggil dia kak. Betullah kan? Dia bercinta dengan orang yang aku panggil abang, jadi kena panggil dia kak lah kan? Lagi pun rasanya dia ni sebaya dengan abang je kut? Aku ni kan baru 22 je. Abang dah 29!

“No! I have to pay you back! Betullah apa yang Dani cakap pasal you. You ni baik orangnya,”

What??!! Patutlah selama 4 tahun ni aku selalu tersedak! Macam ada orang sebut nama aku selalu! Abang punya kerja rupanya! Damn it Dani, kau memang hebat! Dalam masa 4 tahun kau melayan cinta dengan aku, kat sana kau pasang tunang pulak! Dasar lelaki! Miang! Sakan Airis mengutuk Dani.

Sebaik saja Airis mahu membuka mulut, tiba-tiba ada sebuah Toyota Rush warna hitam berhenti di depan restoran, betul-betul dekat dengan tempat Airis dan Sofea berdiri. Aiseh!! Macam kenal je mamat dalam kereta tu? Baik aku lari sekarang jugak!

“Err, okey Kak Sofea. I have to go. Next time be careful, kalau orang lain yang jumpa purse akak tadi tu rasanya tak sampai ke tangan Kak Sofea dah kut,”

Sofea tertawa perlahan, menepuk mesra bahu Airis. “Nak pergi mana? Jom, Kak Sofea suruh Abang Dani hantarkan..”

“Err, tak tahu nak pergi mana.” Oh man! Jujurnya kau Airis. Kenapa ni? Coverlah sikit kut ye pun! Tapi memang betul apa, aku tak tahu mana nak pergi. Nak tunggu teksi waktu macam ni rasanya sampai malam karanglah tak dapat! Hmm,.. Kereta aku pun satu hal, masa aku perlukan dialah dia buat hal! Bila entah nak keluar dari hospital tu. Sam pun tak report apa-apa lagi pasal kereta kesayangan aku tu.

“Tak tahu? Maksud Airis?” Sofea menyoal lagi.

“Err, sebenarnya Airis datang sini dengan cab. Kereta rosak. So sekarang ni Airis nak pergi tahan cab..”

“Laa, kesiannya! In that case, jomlah naik dengan kita orang je. Kita orang hantarkan.”

“Err.. Ta.. Tapii..”

“Jom!” Sofea tak mahu mengalah. Tangan Airis ditarik perlahan dan mereka berjalan beriringan melangkah ke kereta Dani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience