Saat ini matanya terlekat pada skrin komputer namun fikirannya menerawang pada perkara yang diluahkan Dani. Kotak chat Yahoo Messenger yang terpampang di skrin laptop itu direnung lagi. Berkali-kali dia baca apa yang ditulis Dani. Sesekali dia menenyeh-nenyeh matanya. Betul ke apa yang dia tulis ni? Ke aku mamai? Ish! Macam mimpi aje!
Dani83: Airis, lagi seminggu abang akan terbang ke London. 4 tahun abang kat sana. Sebelum abang pergi, abang nak cakap sesuatu pada Airis. Abang sayangkan Airis. Sayang lebih dari seorang kawan, sayang lebih dari seorang adik. Airis faham apa maksud abang ni, kan?
Abang.. Airis pun rasa apa yang abang rasa jadi Airis dah terlebih faham! Abang cintakan Airis! Hatinya menjerit. Airis betul-betul terkejut. Sangkanya selama ini hanya dia saja yang menaruh hati pada lelaki yang dipanggil abang. Perkenalan selama 3 tahun itu telah membuahkan rasa cinta di hati mereka. Tapi dia tak berani nak luahkan apa-apa pada Dani. Satu, dah tentulah sebab dia perempuan. Dua, dia masih terlalu muda. Dia baru saja 18 tahun, sedangkan Dani pula dah masuk 25 tahun! Baginya pasti saja Dani sudah berjumpa kekasih hati dan sebenarnya dia takut kalau-kalau cintanya itu ditolak hanya kerana dia masih terlalu muda. Sebab itulah dia lebih selesa memendam rasa.
Dani83: Airis.. Are you still there? Kenapa diam?
BUZZ!!
Terkejut Airis dengan bunyi yang keluar dari speaker laptop itu. Lama betul aku termenung. Kesian abang tunggu aku reply mesej dia. Airis meraup wajahnya perlahan sebelum dia meletakkan jari ke papan kekunci. Bersedia untuk menaip sesuatu di situ.
Princess_Airis: Err, ye! Sorry abang. I’m still here.. ? Sebenarnya Airis terkejut dengan apa yang abang cakap tu. Hmm, to be honest, Airis pun rasa apa yang abang rasa. *blushing*
Dani83: Serius? Airis pun?! Ya Allah! Abang ingatkan abang bertepuk sebelah tangan! Hmm.. Boleh abang call Airis kejap?
Princess_Airis:Call? Kan kita tengah chatting ni?
Dani83: Tau.. Tapi kat sini tak best sebenarnya. Abang nak dengar suara Airis..
Princess_Airis: Okey.. As you wish.
Tak lama lepas tu telefon bimbit Airis berbunyi. Tersenyum meleret Airis sebaik saja melihat nama Dani tertera di skrin telefon. Pantas dia menekan butang hijau.
“Hello..” Airis berbaring selesa di katilnya. Hampir sejam dia meniarap sambil berchatting, lenguh!
“Hello, sayang!”
Terasa darah menyerbu ke mukanya. Panas! Malu! Pertama kali Dani memanggilnya sayang. Dia tersenyum sendirian.
“Kita dah couple?” soal Airis spontan. Macam mimpi!
“Ye sayang. From now on, I’m yours and you’re mine..”
Bahagia sekali dia mendengarkan kata-kata Dani. Tapi rasa risau mula bertandang di hati. Selepas ini mereka akan terpisah jauh. Bukan sekejap. Lama! 4 tahun tu! Kuat ke hati aku nak hadapi semua ni?
“Tapi lepas ni kita susah nak contact.. Dan lagi satu macam mana kalau abang jumpa orang lain kat sana? Mesti ramai awek cun keliling abang nanti. Nanti abang lupakan Airis. Airis tak nak macam tu!” rengek Airis manja membuatkan lelaki itu tertawa kecil di hujung talian.
“Sayang, dalam perhubungan tu perlu ada kejujuran, kepercayaan.. You have to trust me. Sekejap je 4 tahun tu.. Abang takkan pandang orang lain kat sana. Dalam hati abang cuma ada Airis Isabella..” lembut bicara Dani. Kencang degupan jantung Airis dibuatnya.
“Okey. I trust you, Dani Mikail..”
“Thanks, sayang! Abang pun percayakan Airis. Sepanjang abang tak ada kat Malaysia nanti Airis kena behave tau. Tutup mata tu kalau pergi mana-mana..”
“Aik? Kenapa? Kalau tutup mata macam mana Airis nak tengok jalan? Nanti langgar tiang ke dinding ke, malu!”
Dani tertawa perlahan sebelum dia membalas kata-kata gadis comel itu. “Tutup mata laa selamat! Biar nanti Airis tak pandang lelaki lain selain abang,”
Airis tersenyum senget. Macam-macam hal dia ni! “Abang jangan risau, Airis tak mungkin menduakan abang..”
“Yes, I know! I love you, Airis..”
“I love you too!”
Share this novel