BAB 4

Romance Completed 22414

Meriah sungguh kediaman Dato’ Ariffin. Semuanya nak sambut kepulangan Dani kut? Berdebar-debar Airis mengatur langkahnya saat ini. Sam setia di sisinya.

“Relaks.. Jangan gelabah sangat! Control sikit! Senyum! Ini muka ketat je! Nak jumpa boyfriend kenalah ceria!” sindir Sam sebaik saja wajah sepupunya itu dikerling sekilas.

Airis tersengih. Muka aku ketat ke? Tak perasan! Ada cermin tak? Saat ini senyuman menghiasi bibirnya. Senyum semanis mungkin, khas untuk Dani tersayang!

“Aku nervouslah!” beritahu Airis sebaik saja mereka berdiri di pintu masuk rumah Dani. Kedengaran suara riuh-rendah orang sedang berbual dan bergelak ketawa.

“Alaa.. Cool! Buat selamba je. Bukan kau tak biasa dengan Dani kan..”

“Eh kejap! Muka dengan rambut aku okey kan? Ada comot-comot tak?” soal Airis lagi. Baru teringat tadi dia sempat makan coklat yang Sam beli dekat 7-11. Kalau ada coklat melekat kat bibir atau gigi, malulah! Jatuh saham!

Sam mendengus bosan. Kemudian dia menggeleng. “Tak ada! Cantik! Sempurna! Tip top!” Sam mengangkat ibu jarinya. Okey sangat-sangatlah tu maknanya!

Airis tersengih riang. Sebaik saja dia ingin memberi salam, matanya tertumpu pada seseorang yang sedang berdiri tidak jauh darinya. Lelaki itu tidak perasan akan kelibatnya di situ. Di sebelahnya pula ada seorang gadis cantik manis sedang berbual mesra dengannya! Jantung Airis bagaikan hendak meletup bila-bila masa. Cemburu betul dia! Siapa agaknya tu? Dia terpaku di situ.

Tiba-tiba ada suara yang menegur Dani dan gadis cantik tadi. “Oit pasangan bahagia! Tahulah dah bertunang! Kut ye pun makan dulu. Asyik berkepit je 24 jam!”

What? Bertunang? Kotak cupcakes yang Airis pegang sejak tadi terjatuh sekali gus menarik perhatian Dani dan gadis cantik itu. Bulat mata Dani memandangnya.

“Airis!” Dani terkejut tahap maksima. Pantas dia mengatur langkah ke arah Airis yang seperti anak patung. Kaku berdiri di situ.

Ya Allah! Abang dah bertunang dengan dia? Tak sanggup untuk berada lebih lama di situ, Airis pantas berlari ke arah kereta Sam yang diparkir tidak jauh dari rumah Dani. Tergopoh-gapah Sam mengejarnya dari belakang.

“Airisa!! Tunggu!!” Jerit Dani.

Airis berlari sepantas mungkin. Laungan Dani tidak dihiraukan. Dia tak mahu toleh ke belakang lagi! Hatinya bagai disiat-siat! Air mata berguguran jua akhirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience