BAB 10

Romance Completed 22414

Setiap kali terdengarkan lagu Percaya Padaku nyanyian Ungu, setiap kali itu jugaklah Airis teringatkan Dani. Makin lama makin susah Airis nak buang Dani dari hatinya. Abang! Airis masih cintakan abang. Tapi Airis tahu, berdosa kalau Airis runtuhkan kebahagiaan orang. Dan Airis tak nak berdosa pada abang dan Kak Sofea. Bisiknya dalam hati.

Dia menghempaskan tubuhnya ke katil. Semua kenangan dia dan Dani bermain di ingatan. Matanya berkaca. Rasanya malam ni aku akan menangis lagi. Biarlah, apa salahnya kalau itu yang boleh buat aku rasa lega! Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dani!! Panjang umur dia!

“Hello..” lemah Airis bertutur sebaik saja menjawab panggilan itu. Kalau sebelum ni dia kuatkan hati dia untuk tidak jawab panggilan Dani, tapi malam ni.. Dia kalah! Kerinduan itu kian menebal dari hari ke hari.

“Airis… Are you okay?” soal Dani di hujung talian.

Matanya dipejamkan seketika. Berdebar-debar dia mendengarkan suara lelaki itu. Sejak Dani pulang ke Malaysia, rasanya baru berapa kali dia orang berhubung. Boleh kira! Dan setiap kali dia orang berbual, tak pernah lebih dari 10 minit. Ada saja alasan yang Airis reka semata-mata nak elak dari terus berbual panjang dengan lelaki itu.

“Okey, kenapa?” Okey apa macam tu? Suara kau tu suara orang tahan sebak! Sebab itulah Dani tanya macam tu! Airis, Airis!

“Tak. Abang dengar suara Airis macam tak sihat je…”

Memang Airis tak sihat. Airis tak sihat semenjak dapat tahu orang yang Airis sayang dah jadi tunangan orang! Namun kata-kata itu hanya tersimpan di hatinya. Tak berani Airis nak cakap macam tu pada Dani.

“Hmm.. I’m okay I guess..”

Ada keluhan yang keluar dari bibir Dani. Berat sekali keluhan itu. “Janganlah main guess-guess macam tu.. Kalau tak sihat pergi klinik.”

Makinlah terasa sebaknya! Dani memang caring, penyayang! Untunglah Kak Sofea. Airis tersenyum hambar. Mulutnya ditekup dengan tangan kiri, tak mahu Dani dengar esak tangisnya.

“I’m okay..”

“Hmm.. Masih degil macam dulu jugak! Airis jangan buat abang risau macam ni. Please..”

Aduhh!! Kenapa makin lama makin romantik pulak suara Dani ni? Bikin hati jadi kacau!

“Abang tolong jangan seksa Airis macam ni. Hati Airis tak kuat. Jangan buat Airis macam ni!”

“Kenapa? Salah ke kalau abang ambil berat pasal Airis? Dulu Airis tak macam ni pun!”

Airis membenamkan wajahnya ke bantal. Dulu lain sekarang lain!

“Dulu Airis tak macam ni sebab kekasih hati Airis belum jadi tunangan orang. Tapi sekarang semuanya dah lain. Airis kena jaga batas. Tak nak Kak Sofea terluka..” spontan dia membalas.

Dani mengeluh. Lama dia membisu. Mungkin sedang berfikir apa yang perlu diluahkan. “Abang mintak maaf. Abang tahu abang dah lukakan hati Airis. Tapi apa yang abang boleh cakap, ini semua diluar kehendak abang..”

Hah? Apa maksud dia? “Abang cakap apa ni?” soal Airis.

“The truth is, abang masih cintakan Airis.. Cukuplah kalau abang cakap yang di hati abang hanya ada Airis sorang. Demi Allah..”

Airis telan air liur. Terkejut dengan apa yang didengarinya tadi. Aku mimpi ke ni?

“Abang, tak boleh macam tu. Jangan sekali-kali abang sakitkan hati Kak Sofea. Dia baik! Abang harus teruskan hidup abang dengan dia, buang Airis jauh-jauh!”

“No! I won’t do that! Abang cintakan Airis dan akan selamanya begitu. Takkan ada sesiapa yang boleh ubah perasaan tu. Biar pun abang tak mungkin boleh memiliki Airis, tapi cinta abang pada Airis tetap sama!”

Rambutnya diraup ke belakang. Abang, Airis pun macam tu! Airis masih sayangkan abang. Sukar untuk Airis singkir abang dari hati ini.

“Maaf kalau abang ganggu Airis.. Tapi abang cuma nak luahkan apa yang abang rasa. Rasa yang tak pernah berubah sejak dulu.” Sambung Dani lagi.

Airis masih membisu. Kelu lidahnya kini. Kalau Kak Sofea dengar ni mati aku!

“Abang.. Airis..” kata-katanya terhenti di situ.

“Airis.. Percayakan abang. Hanya itu yang abang mintak. Percayakan abang!” ada getaran di hujung nadanya. “Okeylah.. Abang kena letak telefon dah, papa ajak abang keluar kejap. Ingat, abang sentiasa menyayangi dan mencintai Airis.. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam..” Talian dimatikan. Airis bingung. Kalau dia masih cintakan aku kenapa dia bertunang dengan Kak Sofea? Dan kenapa dia cakap ini semua di luar kehendak dia? Apa yang berlaku sebenarnya?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience