BAB 7

Fantasy Completed 25283

“Assalamu’alaikum ”

Aku terkejut lantas berpaling ke arah suara tersebut. Suara yang cukup aku kenali itu.

“ Wa’alaikumussalam ”

Agak perlahan aku menjawab. Teragak-agak. Ya, inilah kali pertama kami berinteraksi setelah sekian lama. Walaupun aku agak teruja bercampur gembira kerana telah bertemu dengannya, tetapi aku masih berasa curiga dan was-was.

“Saya Iskandar, saudari? ”

Ahhh sudah! Bersaudari bagai pula. Terasa seperti berada di zaman P-Ramlee. Aku sempat menatap lama wajahnya. Cukup indah, bagaikan purnama. Wajahnya redup dan bercahaya.

Membuatkan aku terleka sekejap. Bayangkan keadaan aku sekarang ibaratnya aku adalah salah seorang yang berada di kalangan wanita yang terhiris jarinya ketika melihat Nabi Yusof.

“Saya…erm…Ramia Mirae ..panggil…err..Mia je ”

Tergagap-gagap aku memperkenalkan diri aku. Tidak seperti diriku yang sebenar.

“Saudari umpama mawar kayangan”

Tiba-tiba jantungku berdegup kencang tatkala Iskandar menghadiahkan sebuah senyuman kepadaku. Senyuman yang mampu menjadi penawar dan mencairkan hatiku yang kering ini. Senyuman yang tiada penghujungnya.

“Awak..Iskandar je ke? Nama penuh apa ya? ”

Agak lama dia mendiamkan diri dan menyambung,

“Iskandar Dhamiri ”

Apalagi terus berbunga-bunga indah hati aku taktala mendengar nama dia. Sempat juga aku berfikir nakal. Dhamia dan Dhamiri. Senyum lagi.

Kami berjalan beriringan menghala kearah yang aku sendiri tidak pasti. Hanya mengikuti langkah Iskandar.

“ Iskandar, kenapa ya sebelum ni awak minta tolong dengan saya? ”

Lembut je budi bahasa aku bertutur dengan Iskandar. Iskandar mendiamkan diri.

“Saudari boleh panggil saya Is ”

Dia tidak menjawab pertanyaan aku. Aku sedikit hampa kerana pertanyaanku tidak dijawab. Tetapi aku tidak mengalah begitu sahaja.

“Is…siapa awak di dunia asing bagi saya ni? Macam mana saya boleh sampai di sini? ”

Agak lama Is termenung memandang ke hadapan. Aku menunggu jawapan dari Is dengan penuh kesabaran. Aku pun pelik dengan diriku yang sangat menghormati perbualan kami.

Belum sempat pertanyaanku terjawab, hujan renyai-renyai mula membasahi tubuh kami. Is memandangku dengan pandangan yang redup dan aneh sekali kami tidak terkena sedikit pun hujan tersebut. Dengan berhati-hati dia memegang tanganku dan pandanganku menjadi kelam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience