BAB 15

Fantasy Completed 25283

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Situasi yang sama berlaku seperti sebulan yang lepas. Ketika pertemuan aku dengan Iskandar di tanah tandus. Dahulu di rumah, sekarang di tempat lain pula. Kepalaku terasa berat akibat perpindahan masa dan tempat.

” Mama, kak long dah bangun!”

Adikku cemas memandangku dan berkalih ke arah mama.

” Mama.” kataku perlahan sambil memberi pandangan yang cukup sayu.

“Damia…jangan buat mama macam ni lagi ”

Mama mengucup tanganku. Sedih benar nampaknya mama.

“ Tapi mama tidak tahu kesedihan yang Mia tanggung lagi hebat mama” bisik hatiku.

Pagi ini, aku sudah dibenarkan untuk keluar dari hospital. Lega rasanya hatiku. Mama sedang mengemaskan apa-apa yang patut.

“Sarah kirim salam kat anak mama ni. Dia minta maaf sebab tak dapat jenguk Mia, outstation katanya, “

Baguslah Sarah tiada, kalau tidak lagi haru hospital ini dibuatnya. Aku meminta kebenaran mama ke kedai berhampiran untuk membeli topup.

Ketika aku ingin memasuki ke arah kedai, secara tidak sengaja aku terlanggar seorang lelaki yang ingin keluar ke arah pintu yang sama. Bahu kami terlanggar sedikit menyebabkan aku agak terbelakang dan hampir tidak dapat menyeimbangkan badan aku.

“ Maaf cik ”

Lelaki itu meminta maaf tanpa menoleh ke arahku dan menuju laju ke arah lif. Saat aku terdengar suara dia, mata dan mulutku serentak terbuka luas.

“ Suara dia sama? Aku salah dengar ke? Tak..tak..aku tak salah dengar! ”

Dengan sepantas kilat, aku terus mengejar dia dari belakang dan berharap sangat yang dia belum memasuki lif lagi. Pintu lif belum terbuka! Syukur Ya Allah!

“ Iskandarrrr!! ”

Tercungap-cungap aku memanggil nama dia. Degupan jantung berdegup laju. Selaju jet pejuang.

“ Iskandar Dhamiri..? ”

Aku berkata perlahan. Bunyi yang agak pasrah aku kira. Pasrah yang dia bukanlah lelaki yang aku maksudkan. Lelaki yang aku rindui sepenuh jiwaku. Perlahan-lahan dia menoleh ke arahku.

“ Maaf, kita kenal ke? ”

Lelaki itu memandangku dengan pandangan yang terkejut. Mungkin terkejut kerana aku memanggil dia sekali dengan nama penuhnya. Dan aku juga terkejut kerana suara dan wajahnya memang mirip dengan Iskandarku sewaktu dia menoleh ke belakang memandangku. Tidak semena-mena terasa bendalir hangat mengalir di hujung mataku.

Sebulan kemudian

” Something always brings me back to you, it never takes too long, no matter what I’ll say or do, i’ll still feel you here till the moment im gone,”

Nada deringku berbunyi indah. Seindah lirik lagu All of Me nyanyian John Legend. Tertera nama Iskandar Dhamiri di papan skrin handphoneku. Senyumanku meleret sehingga ke telinga.

“Mia jangan lupa kata-kata Is. Mia akan berjumpa Is di dunia yang nyata ”

Ayat terakhir Is terngiang-ngiang di fikiranku. Terima kasih Tuhan. Kerana menjadikan mimpiku suatu kenyataan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience