BAB 13

Fantasy Completed 25283

Si dugong seperti biasa memasuki pejabatku untuk membuat kacau dan meroyan. Istilah yang diberikan oleh Is.

“Mia jaga-jaga. Dugong meroyan mesti dah ada di sebelah awak kan ”

Is seakan memberi amaran kepadaku seperti selalu.

Aku terpaksa menahan gelak mendengar amaran Is yang seperti kebudak-budakkan.

“Yes Mr. Adam, sebarang pertanyaan akan dilayan sebentar lagi ”

Adam memberi senyuman semanis kurma, senyuman yang ikhlas tidak dibuat-buat.

“I bukan nak tanya, I just want to give u something sayang ”

Meremang sekejap bulu roma aku mendengar perkataan sayang daripada Adam.

Adam menyerahkan kepadaku sekeping sampul surat wangi.

“ Tahniah bro! Senyap-senyap je kau uruskan pasal kahwin ye! ”

Khairul memecah kesunyian. Agaknya sudah tidak tertahan hendak melempiaskan suara garaunya.

“ Haha..thanks dude! ” Adam mengerling ke arahku.

“ Ada orang tak sudi dengan aku, aku pilihlah yang sudi nak kat aku ni, tak gitu cik Damia?” usik Adam kepadaku.

Tiba-tiba suasana menjadi kecoh dengan ucapan tahniah daripada semua. Kad kahwin Adam yang aku terima aku letakkan di atas meja.

Astaghfirullah, selama ini aku sudah bersangka buruk dengan Adam. Selama ini aku memanggil dia dugong dan mengutuk di belakangnya. Padahal dia cuma mungkin bergurau dengan aku. Yang penting sekarang, dia bakal menjadi suami orang.

“Alhamdulillah, selamat awak Mia ”

Aku tersenyum mendengar kata-kata Is. Alangkah bahagianya andainya aku dapat bersama-sama dengan Is buat selama-lamanya.

Dalam keriuhan Adam dan kawan-kawanku, aku terasa seperti terasing di satu dimensi yang lain.

Malam ini terasa begitu dingin sekali. Tiba-tiba Is mengajak aku keluar dari rumah dan duduk di mini gazeboku melihat suasana malam di kawasan rumahku. Begitu banyak taburan bintang di langit angkasa. Tak sangka begitu indah ciptaan Tuhan di dada langit pada waktu malam.

Sedang aku asyik melihat cahaya bintang, Is memulakan perbualan yang aku agak akan menyiatkan hati keringku.

“Mia, terima kasih kerana membenarkan Is tinggal di dalam badan Mia.”

Suasana sunyi sebentar. Aku buat–buat tidak dengar dengan apa yang diperkatakan oleh Is. Mungkin aku tahu pengakhirannya tidak seperti yang aku harapkan.

“Mia, kenapa awak diam?” tanya Is kepadaku.

“Is, cantik bintang-bintang kat atas tu kan?”

Aku menunjuk jari telunjukku ke arah gugusan bintang yang bersinar terang. Sengaja aku mengubah topik perbualan kami walaupun aku tahu Iskandar tidak dapat melihat bintang tersebut.

“Aah cantik sangat, Mia umpama sebutir bintang pada Is ”

Pertama kali aku mendengar Is berkata demikian selepas sebulan dia berada di sampingku. Pertemuan pertama dahulu, dia mengatakan yang aku umpawa mawar kayangan. Sebulan cukup indah bagiku untuk tidak berasa keseorangan. Walaupun pujiannya membuatkan aku rasa seperti kembang semangkuk tetapi dia tetap akan pergi pada bila-bila masa sahaja.

Tidak semena-mena air mataku mengalir perlahan. Aku biarkan sahaja cecair hangat itu mengalir perlahan menyentuh pipiku. Tidak ku seka. Adakah Is rasa apa yang aku rasa sekarang? Sedih yang tidak terungkap dengan kata-kata. Rupa-rupanya Is tahu yang aku sedang menangis walaupun aku hanya mendiamkan diri.

” Is tahu Mia sedang menangis sekarang. Is harap perkenalan singkat kita akan meninggalkan memori yang indah buat Mia. Is terpaksa pergi atas sebab-sebab tertentu”

Perlahan sahaja kedengaran suara Is. Beginikah rasanya perasaan itu yang dinamakan sayang? Atau ianya hanya sebuah mainan perasaan? Pertama kali aku merasakan sakitnya perasaan itu.

Perasaan yang tidak dapat diluahkan kepada sesiapa. Terasa seperti dihiris-hiris dek pisau yang tajam kerana tiada sesiapa yang tahu akan kehadiran awak, Is.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience