BAB 9

Fantasy Completed 25283

Setelah memastikan semuanya berada dalam keadaan selamat, mama dan papa berangkat pulang ke rumah kami di Serdang.

“Betul Mia tak nak tinggal dengan kami ni? Buat sementara waktu, at least kalau ada apa-apa terjadi mama ada di sisi Mia ” Tanya mamaku.

“Tak pe mama, Mia ok..Mungkin Mia letih sangat semalam.”

Kami berpelukan sebelum berpisah.

“Mia..aku temankan kau malam ni? Aku sanggup ambil EL tadi demi kau tau! Jangan halau aku ”

Giliran Sarah pula lepas mama. Aku menyengihkan muka aku macam kerang yang tak seberapa nak busuk.

“Sarah, kalau kau temankan aku kan, tiba-tibe Is datang tarik kau sekali dalam mimpi aku macam mana?”

Aku bercakap perlahan dan membesarkan mata aku ke arah Sarah sambil membuat aksi yang menakutkan. Apalagi menjerit sakanlah si Sarah minta aku hentikan kata-kataku.

“Agak-agaklah Sarah oii, mahu berdarah telinga aku ni dengar kau menjerit ”

Aku ketawa terbahak-bahak. Seronok juga kalau ada teman serumah. Tidaklah keseorangan. Mungkin itu juga salah satu penyebab kenapa munculnya Is dalam mimpi aku.

“Mia..buka mata awak Mia.”

Suara itu.

“Is..? Awak ke?”

Aku cuba membuka mataku perlahan-lahan. Tetapi yang peliknya aku berada di dalam bilik sendiri bukan di alam sana. Aku lihat satu persatu semua yang ada di dalam bilikku. Kedudukan dan barang semuanya sama. Mana mungkin Is berada di dalam bilikku.

“Mia..boleh dengar suara Is?”

Aku melihat Sarah di sebelah sudah berdengkur tahap dewa dengan mulut ternganga.

“Ish..budak ni! Entah apa yang dimimpikannya? Sampai tak sedar yang Is tengah bercakap dengan aku.” Aku membebel seorang diri.

“Mia dengar Is tapi Is kat mana?”

Sambil memandang ke arah kiri dan kanan, menyelak alas cadar dan meninjau ke bawah katil, melihat sudut-sudut dinding dengan perasaan yang berani bercampur takut.

Kemungkinan apa yang Sarah katakan itu benar yang is adalah hantu. Tiba-tiba muncul muka menggerutu, mata merah, gigi kuning tetapi versi lelaki. Sepantas itu juga, aku menekup muka aku dengan bantal busukku.

“ Hahaha..mesti Mia tengah mencari Is kan..comel je muka Mia cari Is”

“ Is..awak jangan main-main hide and seek..it’s not funny ok! ”

Diam sejenak.

“Sebenarnya, erm…ingat tak sebelum Mia pergi, Is sempat pegang tangan Mia?”

Aku terkejut. Is menyambung percakapannya,

“Is sempat meresap ke dalam tubuh Mia, Is sebenarnya dalam pelarian. Tak sangka pertemuan singkat kita di tanah tandus membawa Is ke dalam diri Mia.”

Cerita Is membuatkan aku betul-betul terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience