BAB 14

Fantasy Completed 25283

Aku merenung dalam-dalam butiran bintang. Merenung dengan pandangan yang kosong. Jauh, jauh dan semakin menjauh, akhirnya sampai di titik penghujung. Pandanganku kelam.

Aku terkapai-kapai dalam kegelapan malam.

“ Mana perginya bintang-bintang tadi? Adakah aku sudah masuk semula ke dunia Is ?” Aku berkata-kata dalam hati.

Tiba-tiba aku ternampak satu cahaya di hujung lorong yang tiada penghujung. Semakin aku mendekati semakin jelas bayangan tubuh seseorang itu.

” Is..!! ” Serta-merta air mata kegembiraan mengalir keluar.

Aku sangat rindukan situasi di sini. Bertemu secara nyata dengan Is walaupun aku tahu ianya bukan di alam nyata. Is menghulurkan tangan untuk menyambutku dan menyeka air mataku.

Tiba-tiba aku melihat keadaan sekeliling yang cukup indah bagiku. Ibarat sebuah taman syurga yang dipenuhi dengan kelopak-kelopak mawar di sepanjang jalan tempat kami berdiri. Bau udaranya yang sangat harum.

Harum semerbak sehingga boleh melekakan orang seperti aku.

“Is tinggal di sini. Ingat tak yang Is pernah cakap yang Is seorang pelarian? Panjang ceritanya, tetapi yang penting Is sudah fikir masak-masak yang Is akan berjuang di sini” bersungguh-sungguh Is cerita kepadaku.

Antara dengar tidak dengar aku terus memeluk Is. Tindakan refleks yang lebih laju dari tindakan akalku. Macam orang yang sudah tidak waras. Is yang seakan-akan terkejut dengan pelukanku cuma membiarkan sahaja.

“Is tidak boleh lama di sini dengan Mia,”

Aku meleraikan pelukanku perlahan-lahan, aku terus menatap wajah Is sedalam-dalamnya dan menyatakan yang aku menyayangi dia. Biarlah beban perasaan ini terluah sebelum terlambat. Is tersenyum lantas membisikkan sesuatu ke telingaku.

“Aku sayang kau juga Mia. Is tidak akan melupakan Mia sehingga roh terpisah dari jasad.” aku tergamam.

Rupa-rupanya aku tidak bertepuk sebelah tangan. Malah tepukanku berbalas dan berbunyi. Tiada ungkapan yang dapat dizahirkan dengan kata-kata. Iskandar akan menjadi kenanganku untuk selama-lamanya dan aku rela melepaskan dia pergi. Jika ini jalan yang terbaik.

“Mia jangan lupa kata-kata Is. Mia akan berjumpa dengan Is di dunia yang nyata”

Aku kaget dengan kata-katanya. Tidak sempat untuk aku bertanyakan dengan lebih lanjut, Is seolah-olah jauh dan makin menjauh. Tubuhnya dilingkari dengan kepulan-kepulan kabus yang berwarna putih. Pandangan kami bertaut buat seketika dan akhirnya Is hilang dari pandanganku. Aku terduduk longlai menyembah tanah. Hatiku bagai dicucuk-cucuk dengan duri sembilu. Malah, teresak-esak menangis seperti anak kecil yang kehilangan ibunya. Perlahan-lahan aku memanggil nama Iskandar Dhamiri dan akhirnya pandanganku kelam semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience