BAB 1

Fantasy Completed 25283

Beberapa minggu yang lepas.

“Mia, to..long saya ”

Terdengar suara rintihan seseorang di cuping telingaku. Walaupun bunyinya agak samar-samar tetapi aku merasakan ianya betul-betul dekat dengan aku. Aku tercari-cari suara tersebut. Aku melihat suasana persekitaran.

“Pelik, kat mana aku ni? ”

Sedang aku mencari-cari jawapan, tiba-tiba kabus mula menebal dan seakan-akan menari melingkari tubuhku. Sekaligus mengaburi pandangan mataku. Sejurus itu juga, muncul perlahan-lahan sesusuk tubuh yang pada penglihatan aku seperti seorang lelaki dan memanggil aku lagi dengan pandangan yang sayu.

“Mia, to..to..long saya ”

Hari ini.

Kriingggg…krinnggg…loceng kesayangan Mr.Frog aku berbunyi nyaring.

“Arghhh..kacau betul lah..baru nak feeling-feeling seram dalam mimpi tadi…ceh! ”

Aku menggosok mataku dan memicit-micit kepalaku yang berat. Baru aku perasan sejak dua minggu yang lepas, dalam seminggu mimpiku datang dalam tiga ke empat hari membuatkan kepala aku pening-pening lalat selepas bangun dari tidur.

Kalau tidak, aku, Qisya Damia akan bangun dengan gembiranya walaupun bantal penuh dengan tahi mata dan peta dunia. Sekarang ini, terpaksalah aku melupakan dan memfokuskan sesusuk tubuh yang tidak dikenali itu.

Dan yang pastinya, ia adalah milik seorang lelaki. Pasti 200%!

“Bila laa nak nampak muka dia…” bisik hati kecilku.

Apa yang aku tahu, aku cuma hanya mampu mendengar suara dan melihat pandangan sayu dia. Dua minggu langsung tiada perkembangan. Dapat tengok muka pun jadilah kan. Mana tahu hensem macam.. macam..Orlando Bloom kee.. boleh juga aku cuci-cuci mata sikit.

Masih aku ingat, pertama kali bermimpikan dia, aku sangat takut. Sangat! Rasa macam nak tercabut jantung bila bangun dari tidur. Tetapi sekarang, tahap menggatal aku dah mengatasi rasa takut aku dahulu. Kalau dia tak datang dalam mimpi aku sehari terasa macam rindu pula.

“Kau ni biar betul Mia..dah dua minggu kot menda ni berlaku..sekarang baru nak cerita dengan aku..?! Merajuk ah macam ni ”

Marah Sarah dengan aku. Sudahlah minah ni kuat merajuk, manja..sikit-sikit nak hemo..tetapi dia jugalah kawan yang aku sayang. Apa-apa masalah aku akan cerita dengan dia. Nanti dia buatlah muka serious dia tu, bersungguh-sungguh dengar cerita aku. Macam Kuala Lumpur ni 10 minit lagi nak kena bom dah. Berbeza dengan aku, aku ni jenis yang cool saja.

Kadang-kadang orang panggil aku ni hati kering. Nak mengenakan orang memang favourite aku. Sebab tulah aku boleh rapat dengan sarah. Kami ni ibarat langit dengan bumi tetapi serasi. Kejap lagi azablah dia aku kenakan. Lepas tu jenuh juga aku nak memujuk dia balik. Dah macam laki bini pula lagaknya.

“Betul sarah..kau tahu tak. Aku rasa, aku dah falling in love dengan dia tau. Dah la muka dia macam siapa tu..Orlando Bloom gitu..lepas tu dia rapat-rapat dengan aku, pegang tangan aku..cakap I love u…auuww!! ” dalam hati, aku dah berguling-guling ketawakan si sarah ni.

“Yeke…janganlah Mia, tak kan kau nak bercinta dengan hantu kot, habis tu Adam tu kau nak letak kat mana? ”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience