BAB 8

Fantasy Completed 25283

“Mia..mia!! Bangun Mia! Kau ni dah kenapa? Bangunlah..”

Aku terdengar suara nyaring Sarah. Air direnjis-renjis dipilis ke muka aku dengan lajunya.

“Apa ni Sarah..main renjis-renjis air kat muka aku pula.”

Sebaik mataku dibuka, mama, papa dan Sarah ada di sebelahku di atas katil. Terpinga-pinga aku bangun dan terus duduk bersila di atas katil. Buat-buat muka tak bersalah.

“Kenapa ni mama? Apa mimpi mama dan papa ada kat sini?” Tanya aku penuh kemusykilan.

“Mia sayang..Mia tahu tak Mia pengsan seharian? Sarah call Mia, tak diangkatnya..sms tak balas..nak kata MC pun tak ada beritahu sesiapa. Terus Sarah call mama tanya Mia ada balik rumah mama ke tak..”

Mama bercerita dengan penuh perasaan seperti mahu menangis. Sarah pula dah menangis, berjurai-jurai air mata dia.

Emosi la katakan. Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Papa pula menggeleng-gelengkan kepala melihat keadaan aku sekarang. Dasar anak hati kering.

“Kejap..mama cakap apa tadi..? Seharian? Sekarang dah pukul berapa? ”

Ya..sekarang aku dah boleh cernakan kata-kata mama. Biar betul?

Rupa-rupanya aku tak sedarkan diri dari malam tadi sampai pukul tiga petang sekarang. Baru aku teringat, pertemuan dengan Iskandar di sana memakan masa yang agak lama di sini. Tiba-tiba muka kena renjis air dan patutlah di sana hujan rintik-rintik. Aku dah dapat mengimbas kembali memori di alam sana.

“Mia fikir apa sayang.? Cerita dengan mama sayang? Sarah dah ceritakan serba sedikit kat mama masa Mia pengsan ”

Aku memandang Sarah dengan pandangan yang tajam, mengecilkan mata tanda nahas kau Sarah. Sarah dah berhenti menangis dan mengambil posisi di sebelahku. Nasib baik keluargaku ada kunci pendua, kalau tidak hidup bahagialah aku dengan Iskandar di alam sana.

“Alamak mama! Mia tak solat Zuhur lagi!” Aku terus berlari memasuki bilik air untuk mengambil wudhu’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience