BAB 3

Fantasy Completed 25283

Sampai sahaja di rumah hati aku berdebar-debar seperti biasa, al-maklumlah sampai di rumah dah Maghrib. Maksudnya dah malam. Bila dah malam mesti nak tidur kan. Dan bila dah tidur tiba-tiba aku tersenyum sorang-sorang. Sudah! Macam orang angau aku ni. Angau bercinta dengan hantu?

”Ok, so funny Mia. Ha..ha ” Aku gelak menggelabah.

Kenapa debaran hati aku membuatkan aku sendiri rasa tak selesa? Mungkin aku ni tak pernah bercinta.

Selama aku hidup ini, tak pernah ada lagi seorang lelaki yang berjaya mengetuk pintu hati aku. Kadang-kadang nak juga rasanya hangat bercinta ni.

Tetapi bagi aku, itu bukan matlamat aku sekarang. Orang kata, biarlah kita sudah bersedia mental dan fizikal untuk mendirikan masjid.

Kalau bercinta bagai nak rak tetapi tidak ke arah perkahwinan, buang masa saja. Eh eh…tiba-tiba aku melalut cerita tentang perkahwinan ni kenapa?

Jam menunjukkan pukul dua belas pagi. Mata aku dah semakin memberat. Perlahan-lahan aku membaringkan badanku di atas katil, kepala di atas bantal kesayangan busuk aku, kiroro. Tanpa aku sedari, aku sudah berada di satu dunia yang asing semula.

“Eh..cepat pula kali ni berlaku ” bisik hatiku.

Padahal aku baru saja melelapkan mata. Tetapi mimpi kali ini berbeza dari mimpi-mimpi yang sebelum ini.100% tidak sama. Kalau sebelum ini, aku hanya dilingkari kabus tetapi kali ini tiada kabus. Aku hanya berdiri tegak di atas tanah tandus.

Seluas mata memandang. Putih bersih tanahnya. Udara yang sungguh nyaman. Aku menutup mataku sebentar untuk menjiwai tempat ini. Sedang aku ralit merasai kelembutan sentuhan sang bayu ke tubuhku, tiba-tiba satu suara menyapaku.

“Mia ”

Hanya sepatah. Dan aku menunggu lagi. Masih tiada bayangan sesusuk tubuh itu atau boleh aku katakan ‘dia’. Masih tiada jawapan.

Aku membuka mata dan alangkah terkejutnya aku kerana di depanku terpacak seorang lelaki yang sedang memerhatikan wajahku. Putera buniankah?

Tidak.. tidak..

fikir secara logika Mia. Wake up!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience