BAB 12

Fantasy Completed 25283

Sudah dua minggu Is berada di dalam badanku. Dua minggu jugalah aku mungkin diibaratkan seperti orang gila oleh orang lain jika dilihat oleh mereka. Di rumah, aku akan berborak dan tergelak sorang-sorang tetapi hakikatnya bersama dengan Is.

Sehingga sekarang, aku tidak menceritakan kisah Is kepada sesiapa pun hatta Sarah dan keluargaku. Biarlah tersimpan rahsia jauh di dalam lubuk hatiku seorang. Is cuma bercakap dengan aku ketika tiada orang di sekelilingku.

Awal-awal lagi aku sudah member amaran kepadanya supaya orang tidak syak yang aku ni gila. Jatuh saham aku kalau orang lain nampak.

Tetapi, Is memang tak boleh dengar dan duduk diam apabila mendengar nama Adam. Hilang perjanjian kami.

Kadang-kadang kami bersama-sama mengutuk Adam dan mengenakan Adam. Dan kami bersama-sama mentertawakan Adam.

Dua minggu kebelakangan ini, Is membuatkan hidupku lebih ceria dan membuatkan hatiku semakin berbunga-bunga.

Paling seronok apabila kami hendak ke pasar raya membeli barang-barang dapur pada hujung minggu. Pagi ini seperti biasa, kami akan berbincang terlebih dahulu tentang menu masakan sehingga berbuih-buih mulut aku bercakap dengan Is.

Faham-faham sahaja, dia tidak boleh mendengar tanpa mendengar suara aku.

“ Is, cepatlah..kita nak makan apa ni? Saya nak masak special untuk awak tau ”

“ Mia..Mia..awak masak tom yam boleh? Is suka tom yam.. atau sambal udang. Eh tak nak lah! Is nak gulai ayam masak cili api ”

“ Betul-betullah Is..ok kalau macam itu, biar Mia saja yang tentukan. Yang nak masuk dalam mulut pun, Mia kan.”

Akhirnya, aku memilih untuk memasak ikan siakap tiga rasa. Nasib baiklah Is tidak boleh melihat, kalau tidak parah juga aku hendak melayan kerenah dia.

Aku lebih banyak menghabiskan masa di rumah berborak dengan Is. Tiada halangan. Tiada orang lain kecuali kami berdua. Macam-macam yang kami borakkan dari perihal dunia aku sehinggalah ke dunia dia.

Walaupun aku tidak dapat membayangkan tempat dia secara terperinci, tetapi apa yang dapat aku simpulkan, cara mereka dan cara kita sangat berbeza.

“Is, kenapa hari itu awak cakap yang awak akan pergi? Awak nak kembali ke dunia awak semula ke?”tanyaku perlahan berbaur kekecewaan.

“Mia, awak kena tahu, saya cumalah pelarian dan menumpang di badan awak secara tidak sengaja”

Penjelasan yang cukup tegas bagi aku. Adakah terbit rasa sayang walaupun sedikit di dalam hati aku terhadap Is? Kenapa sekarang Mia? Hatiku berdetik.

“ Saya seronok awak ada di sini Is, awak menyempurnakan hidup saya. Saya tidak pernah terbuka untuk menerima orang lain di dalam hidup saya.”

Kali pertama aku meluahkan perasaanku kepada seseorang. Dari mana datangnya kekuatan seperti ini?

“Mia, perkenalan kita hanyalah untuk sementara. Kita tidak ditakdirkan untuk bersama kerana dunia kita berbeza. Saya tahu suatu hari nanti awak akan jumpa pasangan awak. Tetapi ingat,bukan dengan dugong! Saya tidak rela. Mungkin yang serupa muka macam saya? Kalau awak masih ingat muka sayalah” Ada bunyi tertawa di situ.

“Saya masih ingat muka awak Is”

Kataku dalam nada sedih walaupun Is cuba berlawak denganku. Wajah yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Wajah ketika di tanah tandus. Never!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience