BAB 10

Fantasy Completed 25283

“WHAATTTT!!!”

Aku menjerit sekuat hatiku. Sarah di sebelah aku yang tengah berdengkur terus bangun terduduk. Tetapi mata masih tertutup seperti orang baru hidup dari mati lagaknya.

“Mia..kenapa?”

Serentak suara Sarah dan Is bertanyakan soalan yang sama. Sejurus itu juga mulutku terlopong.

Hari ini aku datang ke ofis dengan surat cinta untuk managerku. Bukan selalu manager aku dapat surat cinta dari aku. Ayat paling manis aku bagi ketika meletakkan MC di atas mejanya.

Aku memerhatikan Sarah yang tidak selesa dengan bajuku di atas tempat duduk dia. Aku tergelak kecil. Nasib badan siapa suruh tidur rumah aku tidak bawa baju.

“Oii…Sarah. Kau ni dah makin mengecil ke baju tu makin membesar?”

Jerkah Khairul sambil ketawa. Habis yang lain ikut ketawa termasuklah aku dan Is. Is..? Aku mengeluh perlahan. Harini aku bukan datang berdua dengan Sarah tetapi bertiga.

“ Nasib baik kau hensem Is, aku relakan je kau tinggal di dalam badan aku ni” aku berkata di dalam hati.

“ Mia berbisik apa? Is tak dengar jelaslah.”

Saja aku berkata di dalam hati kerana Is tidak akan mendengar dengan jelas kecuali kalau aku berkata-kata dengan mulut.

“ Is jangan nak mengada-ngadalah ”

Laju sahaja ayat dari mulutku keluar. Dua tiga orang kawan sepejabat aku yang ada memandangku terutamanya Sarah.

“Siapa Is?” tanya Tasha.

“Err….kawan sekolah aku message aku, mengada-ngada pula dia hari ini.”

Jatuh status hati kering aku.

“ Haha..pandai Mia cover ya”

Is menyampuk cakap aku. Aku menahan geram.

Bersabarlah wahai Mia dengan makhluk alam yang berada di dalam diri kau ini. Makhluk yang bernama dugong pula lagi satu hal. Nak handle dua-dua makhluk dalam satu masa yang sama boleh pecah kepala aku nanti.

“Mia, aku tengok kau ni pelik je ni? Kau rindu Adam ehhh?”

Sarah memulakan perbualan untuk hari ini.

“Aah..ke mana dia? Sehari tak datang kacau aku rasa sunyi pula”

Saja-saja aku buat muka seriusku ke arah Sarah. Sarah senyum tersipu-sipu tanda yang dia faham maksud tersirat di sebalik kata-kataku sebentar tadi.

“Siapa Adam, Mia? Kekasih Mia ke? ”

Tanya suara garau di dalam tubuhku. Kus semangat aku. Tiba-tiba bersuara setelah diam sekian lama. Cemburukah Is terhadap Adam? Disebabkan aku masih kekok dengan situasi yang baru kuhadapi ini, aku lebih banyak mendiamkan diri tidak seperti selalu.

Sarah tidak mengesyaki perubahan aku kerana dia menganggap yang aku masih keletihan akibat peristiwa semalam. Dan persoalan Is, aku hanya membiarkan ia berlalu pergi sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience