BAB 4

Fantasy Completed 25283

Aku terbangun secara mengejut lagi. Aduhh! Boleh pendek nyawa aku kalau macam ini setiap hari. Nasib baik bukan tiap-tiap hari.

Malam ini adalah yang paling ekstrem buat aku kerana dia muncul menjelmakan wajahnya.

“Ish…rasa macam real lah..ke suatu progress? ” bisik hatiku.

Aku tersipu sendiri. Cepat-cepat aku tengok jam Mr.Frogku. Mataku terbelalak ketika melihat jarum di jam tersebut.

“Sudah pukul lima pagi? Aku rasa tadi aku baru saja melelapkan mata, feeling-feeling angin sikit, buka mata sikit, nampak muka dia yang…ermmm…hensem juga. Macam pernah tengok je? Nak dibandingkan dengan Adam, jauh lagi hensemlah my Mr. Mysterious man aku. Lama juga aku dekat sana, lima jam di sini ”

Aku bermonolog. Nafas ditarik dalam-dalam dan aku cuba mengingati wajah lelaki misteri tu. Tetapi, macam manalah aku boleh tak ingat muka dia ni? Mungkin sebab aku terkejut sangat sehingga aku terlupa wajah dia. Mmmm, mungkin kot. Dan apa yang aku perasan pening kepalaku sudah tiada. Yess!! Progress yang baik. Terus aku melompat turun dari katil dan menyanyi-nyanyi riang ke bilik air.

Hari ini aku dan Sarah ke Mid Valley untuk makan tengahari. Sarah memang beriya-iya sangat ajak aku makan di sini.

Mengidam makanan Korea katanya. Almaklumlah peminat K-Pop tegar. Bagi la rupa artis mana-mana pun, dia dengan confident nya dapat menjawab dengan betul. Boring-boring dalam pejabat, boleh pula aku layan dia main teka muka artis Korea. Kami memilih lokasi di Dubu-dubu Seoul food yang terletak di ground floor. Cantik juga dekorasinya. Aku setuju pun disebabkan tidak pernah lagi merasa makanan Korea ni. Tertarik dengan perkataan bibimbab yang terdapat dalam menu jadinya aku pun terus order set bibimbab chicken. Teringat rancangan realiti ‘hello baby MBLAQ’ yang memaparkan kanak-kanak comel menyanyikan lagu yang bertajuk bibimbab. Sarah pula dah rambang mata. Seperti biasa fokus sangat memilih. Sementara menunggu dia membuat pilihan hati, sempat juga aku melihat keadaan sekeliling.

“Alamak! Dugong ni lagi! ”

Rasa macam nak dihantukkan saja kepala aku ni di bucu meja makan. Sarah sudah menoleh memanggil pelayan untuk mengambil order. Aku baru sahaja nak buka mulut, sarah dah perasan kehadiran Adam.

“Adam! ”

Dia menunjukkan isyarat penggal kepala ke arah aku.

“Buat-buat tak nampak ”

Aku cuma menggerakkan mulut tanpa mengeluarkan bunyi suara. Persis berada di medan perang mengelakkan musuh dengar. Tetapi apakan daya, kami sudah tertangkap. Musuh datang menghampiri.

Masa untuk bertindak! Baru sahaja aku nak bangun, pelayan dan Adam sampai ke meja kami serentak. Macam dah merancang pula.

“I nak bibimbap beef set satu and spicy toppokki satu ”

Bijak! Adam memang bijak. Seperti tahu yang dia bakal tidak diundang, dia terus order set untuk dia dan kawannya. Setelah siap semua proses memilih set makanan, aku dalam diam-diam merancang langkah pertama untuk mengenakan.

Seperti tahu yang aku sedang memandang kawan dia dengan kening yang terangkat sebelah ala-ala Ziana Zain, Adam terus memperkenalkan.

“My friend, Luqe ”

Dan untuk menghormati situasi tegang yang bakal aku langsungkan,

“Me, Mia and my scandal, Sarah ” terus terbeliak biji mata Sarah.

“Maaf Sarah, aku main-main je tau “ kataku dalam hati.

Luqe membulatkan matanya mendengar ayat aku sebentar tadi. Adam cuma memberi respon yang biasa-biasa saja . Aku tersenyum sinis. Perang akan berlaku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience