BAB 2

Romance Series 16571

" ye umi, nanti Fiqa balik kampung. Fiqa bawa balik bakal menantu umi dengan Abi , okay bye Fiqa ada kerja nak kena settle.  assalamualaikum  " Fiqa mematikan panggilan telefon daripada ibunya, hajah Rosnah .

Fiqa melabuhkan punggung di atas kerusi di dalam mini offices nya di rumah.

Geram betul dia dengan uminya yang sibuk mencari jodoh untuknya.

Dia mencapai pensel 2B di dalam pensel case di atas meja lalu melukis design-design baju yang sesuai untuk digayakan oleh model yang menempah baju dari butiknya ,Nia Nadiya. Setelah siap beberapa rekaan dia mengambil foto lukisan baju tersebut lalu menghantar kepada Airin menggunakan aplikasi WhatsApp. Airin merupakan rakannya merangkap pekerja pertama sejak dia menubuhkan butik 'Fiqa collections' .

Airin : fuh..giler banyak kau lukis.  Tak tidur lagi ke dah lewat malam dah ni aku baru nak masuk tidur.

You: haah..nak settle kan design ni . Lagipun fesyen show model Nia Nadiya tu dah tak lama . So, siap cepat lagi bagus. Aku sent dekat kau sebab aku nak kau pilih yang mana sesuai dengan model tu.

Airin : okay..baik boss ! tapi esoklah aku menilik gambar tu . Esok kau bawa kertas  lukisan tu sebab dalam gambar susah sikit ??

You : orite , kalau kau ragu-ragu nak buat pilihan. Kau call model tu sendiri untuk choose yang mana dia berkenan sebab yang aku design ni betul-betul dah habis idea dah and i am sure dia suka .

Airin : ha tu la. Dalam masa beberapa jam kau hasilkan design yang betul-betul cantik dan aku pun apreciate. Hmm.. nanti aku inform Fara dan Alif  untuk bahagian jahitan.

You : okay. Thanks support aku Airin. Okay bye .

Fiqa menutup telefon pintarnya lalu masuk ke dalam bilik tidur.

Selepas di hantar oleh Harraz selepas pulang dari hotel tempat mereka menginap semalam . Mereka tiba di rumah pada waktu tengahari, Fiqa membuat keputusan untuk tidak ke butik sebaiknya dia membuat kerja-kerja rumah seperti mengemas rumah, cuci pakaian dan lepas settle semua tu dia mencari idea untuk melukis design-design dress serta blouse untuk menjadi koleksi di butiknya. Yang menambah tekanan Fiqa ialah uminya menelefon ada orang datang merisik dia di kampung dan Fiqa menolak dengan alasan bahawa dia sudah ada bakal suami iaitu Tengku Harraz sahabat baiknya pada zaman persekolahan menengahnya dahulu. Umi Fiqa gembira mendengar berita itu kerana Harraz memang budak yang baik semasa berkawan baik dengan Fiqa dahulu.

°°°°°°°°°°°

" Good morning Tengku , kenapa Tengku  tak masuk kerja kelmarin?" Tanya kak zah, pembantu peribadi Harraz.

Harraz tersenyum kepada kak Zah

" Good morning kak Zah..ade lah takkan semua nak inform kak Zah kot" Harraz ketawa kecil.

" Ouh..tak nak share ye. Okay fine ! Nah Tengku tanda tangan dekat surat kontrak  ni. Ni untuk shooting drama bersiri 13 episode terbaru adaptasi novel " ujar kak Zah.

" Okay...fine , malaslah nak share dengan kak Zah. Kak Zah bukan faham pun jiwa orang muda ni" balasannya lalu menandatangani kontrak tersebut.

" Ooo.. mentang-mentanglah kak Zah ni dah cecah 40-an Tengku tak nak share lah. Hey.. kak Zah lagi terer la jiwa orang muda sebab kak Zah ada anak , lagi muda dari Tengku" kak Zah ketawa terbahak-bahak lalu mencapai file yang telah ditandatangani oleh Harraz lalu berlalu keluar dari offices Harraz.

Harraz yang ralit meneliti skrip yang perlu di arahkan oleh olehnya dalam satu drama membuka aplikasi WhatsApp dan mendapati ada whatsapp daripada Fiqa . Lantas jarinya menekan skrin telefon untuk membaca mesej tersebut.

Fiqa : assalamualaikum. awak..saya nak balik kampung esok , awak boleh ikut sekali tak? Umi dan Abi Saya nak jumpa awak. Dekat kg dah ada orang masuk merisik saya jadi saya bagitau pasal kita .

Tanganya pantas menaip

You: waalaikumussalam.of course lah saya nak. Dah lama saya tak jumpa hajah Rosnah dan haji Ahmad sejak berpindah ke KL lepas SPM .

Selang beberapa minit Fiqa membalas .

Fiqa : awak tak buzy ke nak ikut saya balik esok ?

You: takde yang penting daripada awak

Fiqa : really. Okay esok jemput saya dekat rumah dalam pukul 8 or 9 .

You : orite my love !! Stay sana berapa hari?

Fiqa : errm.. mungkin 2 atau 3 . Okay bye saya ada kerja nak buat.

You : okay bye

Tamat saja perbualan mereka, Harraz menyambung meneliti semula skrip drama tadi.

°°°°°°°°°°°

"Betul you nak yang rekaan ni?" Tanya Airin semula kepada Nia Nadiya.

" Haah.. yang ni i nampak eksklusif" Nia menunjukkan jari kearah lukisan Fiqa .

" Okay .. nanti saya inform tailor kami untuk siapkan design ni lah " kata Airin sambil tangannya ligat mengemailkan ukuran dan lukisan rekaan baju kepada Fara .

Nia Nadiya hanya mengangguk.

" Okay i minta diri dulu kalau takde apa-apa" tutur Nia sambil mencapai tas tangan berjenama Elle lalu bersalam dengan Airin sebelum berlaku keluar dari kawasan butik.

Selepas itu, Airin menapakkan kaki menuju ke dalam offices milik Fiqa.

"Settle Fiqa..Nia nak design ni " tangan Airin menunjukkan kearah design yang dikehendaki oleh Nia Nadiya setelah melabuhkan duduk di kerusi berhadapan Fiqa .

" Good !! Nanti aku nak balik rumah, nak kemas bag dan...balik kampung. Yey settle kerja aku " Fiqa melompat gembira. Bebola mata Airin hanya memerhati bosnya yang terlebih gembira itu.

" Really bestlah kau dah nak kahwin. Aku ni dah nak masuk 30-an pun takde boy friend lagi " Airin mula merungut, tangannya menepuk-nepuk meja tanda protes .

" Ish..balik kampung je kot. Bukan tunang ke kahwin ke..aduh kau ni tu pun tak tahu beza" Fiqa melepaskan tawa terbahak-bahak.

" Yelah tu. Okaylah aku keluar dulu nak settle kerja lain " Airin berdiri lalu menapakkan kaki keluar dari offices Fiqa .

Tanpa membuang masa, Fiqa mengemas alat tulis yang berterabur di atas meja lantas mencapai tas tangannya lalu keluar dari butik menuju ke keretanya. Dia menekan pedal minyak perlahan-lahan keretanya bergerak meninggalkan butik tersebut untuk pulang ke rumah.

Didalam hatinya menepuk girang kerana esok dia dapat melepaskan rindunya terhadap kedua ibu bapanya disamping itu dia dapat mengenalkan Harraz kepada mereka sebagai bakal suaminya . Ahh.. sangat tak sabar!!

Ya , dahulu Harraz tinggal bersama keluarga angkatnya di kampung kerana ibu Harraz meninggal semasa melahirkannya.jadi bapa Harraz mengambil keputusan untuk menghantar Harraz kepada sebuah keluarga angkat yang mampu menjaga anaknya kerana dia tidak mampu menjaga anaknya sendirian tanpa isteri. Selang seminggu Tengku Zahid akan melawat Harraz di kampung. Sehinggalah Harraz lepas SPM , Tengku Zahid mahu Harraz menyambung pelajaran di Kuala Lumpur dan menggantikan pekerjaannya sebagai CEO syarikat mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience