Prolog

Romance Series 16571

"Awak..awak free tak malam ni?" Tengku Harraz melihat Fiqa di sebelahnya di bangku taman ketika mereka sedang berjoging.

" Hah, malam ni? Err.. nanti saya fikirkan" Fiqa menggaru kepalanya yang bertudung itu.

" Okay . Kalau free teks or call saya tau" Tengku Harraz mengikat tali kasut sport nya yang terbuka. Gayanya cukup menggoda mana-mana wanita yang melihat .Wajahnya kacak ditambah mata Hazel miliknya yang bersinar-sinar. Ahh.. cukup menggugat iman.

Fiqa hanya mengangguk.

" Awak tak apalah..anak Tengku , kerja pun sebagai CEO . Duduk goyang kaki Aje duit masuk" tambah Fiqa  . Matanya merenung tasik di hadapan nya.

" Awak pun apa kurangnya, dah ada butik sendiri kot. Dah jadi Boss!" Tengku Harraz turut merenung pemandangan tasik .

" Saya ke usaha sendiri, susah senang saya tempuhi. Jatuh bangun saya lalui. Awak tak macam tu, awak lain..dari dulu dah hidup senang" Fiqa memandang wajah bersih Tengku Harraz.

" Hmm..saya teringin juga nak jadi macam awak. Ada bisnes sendiri. Bukan sambung bisnes daddy saya, tapi ..apakan daya, saya sorang je anak dia dan dia harap sangat saya dapat memajukan bisnes dia" tutur Tengku Harraz.

Fiqa tersenyum.

" Ehh, jom lah balik dah nak tengahari ni. Balik mandi tukar baju , then saya ambil awak dekat rumah. Kita pergi makan sekali" ajak Tengku Harraz.

" Okay jugak, saya pun malas nak masak hujung-hujung minggu ni . Untung awak ajak keluar" Fiqa mula bangun lalu melangkah mengikut Tengku Harraz yang sudah jauh dihadapan.

Mereka berdua berkawan dari zaman sekolah menengah sehinggalah sekarang mereka sudah mempunyai kerjaya sendiri. Fiqa bekerja sebagai pereka fesyen dan mempunyai sebuah butik pakaian yang terkemuka, 'Fiqa collections' .

Tengku Harraz pula bekerja sebagai CEO syarikat, biasalah anak Tengku mestilah mewarisi syarikat bapanya Tengku Zahid .syarikat tersebut bernama ' Tengku Legacy  studio ' sebuah syarikat penerbitan majalah, filem , drama yang terkemuka di Malaysia. Tengku Harraz juga pernah menjadi pengarah dan penerbit filem dan drama.

°°°°°°°°°°

" Thanks. Bawa saya pergi joging tadi . Jap lagi nak ambil saya atau saya pergi sendiri restoran tu?" Tanya Fiqa sebaik turun dari kereta semasa dihantar oleh Tengku Harraz.

" You are Welcome, saya ambil lah. Bye" kata Tengku Harraz lalu menekan pedal minyak perlahan-lahan keretanya bergerak meninggalkan rumah teres dua tingkat milik Fiqa .

Sebelum membuka pintu rumahnya Fiqa  mendapati ada sejambak bunga di atas meja rehat di luar  rumahnya beserta sekotak coklat Cadbury dililit dengan reben merah jambu . Fiqa mencapai kad yang terselit di celah-celah jambangan bunga itu lalu membacanya.

Terimalah hadiah kecil ini dari saya . Saya dah lama menanti cinta awak. Awak selalu berkepit dengan anak orang kaya tu dari zaman sekolah lagi . Dari dulu saya sukakan awak.  Awak langsung tak pandang orang macam saya ni. Adakah saya ni begitu hina?
Your love,
Naufal

Fiqa tersentak.

" Apa lagi yang mamat ni nak daripada aku, dasar psiko ! Tak habis-habis ganggu hidup aku dari dulu" getus hatinya lalu melemparkan semua barangan itu kedalam tong sampah di luar pagar rumahnya walaupun dia rasa sayang hendak buang coklat mahal itu namun pemberian psiko macam tu tak patut diterima. Sudah acap kali dia menerima hadiah sebegitu dari orang yang sama.

°°°°°°°°°°°

Pin..pin..pin
Tengku Harraz menekan hon kereta sebaik tiba di hadapan rumah Fiqa .
Bergema seluruh taman dengan picitan hon yang kuat dari keretanya

" Cepatlah Fiqa..apa yang lambat sangat bersiap tu. Bersiap simple dah la, awak still cantik" laungnya dari dalam kereta.

Selang beberapa saat Fiqa keluar dengan warna baju hampir sama dengannya lalu berjalan masuk ke dalam keretanya.

" apa yang awak memekik tadi. Bising tahu tak!" Kata Fiqa sambil merenung tajam ke arah Tengku Harraz.

" Ye lah, Hampir  20 minit  saya dekat sini. Panas tahu tak " Rayyan menarik kaca mata hitam nya yang tergantung di cermin kereta lalu memakainya lalu memulakan perjalanan ke restoran. Seram kot lihat renungan tajam Fiqa terhadapnya.

" Panas apanya .. kan ada aircond " Fiqa melemparkan pandangan ke luar kereta ketika kereta sedang bergerak.

Tengku Harraz hanya mendiamkan diri. Kalau dia balas comform akan kalah lawan minah murai ni.

°°°°°°°°°°°

" Kenapa bad mood je ni Fiqa . Tadi okay je masa joging. Now awak nak makan apa ?" Tengku Harraz menyiku lengan Fiqa di sebelahnya.

" Tak de lah. Okay saya nak makan nasi goreng paprik udang" balas Fiqa . Dia melemparkan senyuman kepada Tengku Harraz.

" Okay kalau macam tu saya panggil waiter" Rayyan melambaikan tangan kepada pelayan di restoran tersebut.

Semasa sedang makan ...

" Awak .. kitakan bff dari dulu dengan Ana , Aril dan Balqis. Cuma kita berdua je belum kahwin. Yang lain semua dah mendirikan rumah tangga. Awak tak nak berumah tangga juga ka. Tak de calon? " Tutur Harraz semasa mereka sedang menikmati makanan.

" Err..tak de . Kenapa nak tolong carikan ke?" Fiqa mengangkat keningnya.

" Eh.. boleh je, malam ni saya kenalkan awak dengan seseorang. Dia pun single tau" Harraz menghadiahkan senyuman kepada Fiqa.

" Ada-ada je lah awak ni. Perangai dari dulu sampai sekarang tak pernah nak ubah" Fiqa menyuap makanan ke dalam mulutnya sambil tergelak kecil .

" Maksudnya malam ni free lah yer?" Tambah Harraz. Fiqa tersenyum.

" Yes" bisik hati kecil Harraz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience