BAB 9

Romance Series 16582

"kenapa kau buat aku macam ni Fiqa, kenapa..hina sangat kah aku " Naufal mengacukan pistol di kepalanya.

" Tak..aku tak pernah hina kau pun " jawab Fiqa..dia duduk di atas kerusi tangannya diikat di belakang kerusi tersebut.

" Kau tipu..Fiqa, aku tahu kau pandang aku pun tak, hah..aku kan kerja cashier je , bukan mampu tanggung kau pun, kau kan pakai barang branded je.. silap-silap kau yang tanggung aku. Daripada aku tengok Tengku Harraz yang kaya tu kahwin dengan kau dan korang bahagia.." suara garau Naufal menyapa gegendang telinga di sebuah gudang sunyi sepi.

" Baik aku bunuh je kau.. takde lah sakit hati aku nanti " sambung Naufal

" Aku bukan Macam tu, aku tak pernah pilih lelaki yang berharta. Aku cuma nak lelaki baik, beriman, boleh bimbing saya dan jujur" kata Fiqa yang dalam ketakutan. Pistol tepat di dahinya, tunggu masa untuk tarik picu saja.

"Hahahhahha..ye ke macam tu , kau ingat aku percaya apa yang kau kata.. sudahlah baik kau mampus" Naufal menarik picu pistol itu.

Pommm!!!!!

"Hah.. Astaghfirullahalazim " Fiqa memisat matanya yang masih mengantuk. Dia terjaga kerana mimpi buruk tentang dirinya.

Fiqa melihat jam di telefon di sebelahnya sudah pukul 5.30 minit pagi. Tanpa membuang masa Fiqa bangun dan menapakkan kaki keluar dari bilik tidur dan menuju ke bilik air berdekatan dapur.

Fiqa membersihkan diri dan menunaikan solat istikharah dahulu sementara menunggu masuk waktu solat subuh. Dia memohon petunjuk agar bakal suaminya orang yang tepat dan mampu membahagiakannya.usai itu , azan subuh berkumandang dari masjid berdekatan menandakan bahawa masuknya waktu subuh, Fiqa bangun dari bertafakur dan berdoa untuk menunaikan solat wajib itu .

" Fiqa..Fiqa, bangun ke belum" kedengaran umi mengetuk pintu bilik Fiqa.

" Dah..umi.  mandi dah pun" sahut Fiqa dari dalam bilik.

" Ish..awalnya, tak sabar nak menikah la tu" kata umi diselangi tawa kecil.

" Mana ada umi..dah terjaga awal, Fiqa mandilah awal" kata Fiqa, Fiqa terbayang mimpi buruk yang menemani tidurnya tadi. Perasaan dibelenggu rasa takut.

" Okaylah..umi nak ke dapur buat bihun goreng sikit , untuk lapik perut sebelum katering bawa makanan tengahari nanti. Nanti Fiqa tolong umi tau" kata hajjah Rosnah lalu berlalu pergi . Fiqa dapat dengan derap kaki uminya meninggalkan pintu biliknya.

Alif mengikuti Harraz pulang ke rumah arwah  ibubapa angkat Harraz petang tadi kerana Alif ditugaskan untuk menghias Harraz untuk majlis akad nikah dan resepsi mereka nanti manakala Fara dan Airin menginap di sini untuk menghias Fiqa .

" Fiqa..boleh aku masuk?" Airin mengetuk pintu bilik Fiqa pula .

" Masuklah.. pintu tak berkunci tu" kata Fiqa sambil melipat sejadah dan membuka kain telekung.

Perlahan-lahan pintu bilik Fiqa dibuka oleh Airin.

" Kau dah mandi..awal gila" kata Airin sebaik masuk ke dalam bilik Fiqa.

" Haah..malas mandi lambat, nanti ramai orang kampung datang malu pula nak ke bilik air. Dahlah bilik air dekat dapur" balas Fiqa lalu duduk di birai katil menghadap Airin yang juga duduk di situ.

" Ouh.. tudung kau dah iron? Sorry lah tak sempat nak iron dekat butik sebab kau tergesa-gesa nak aku dan Alif bertolak awal" tanya Airin . Bebola matanya tak lepas memandang Fiqa yang berdarah manis itu.. wajahnya berseri-seri.

" Dah..petang kelmarin lagi, tak payahlah say sorry sebab tu pun tudung aku juga" kata Fiqa sambil tersenyum.

" Okaylah..aku nak turun mandi juga. Akupun malu juga mandi time orang ramai nanti . Fara pun dah sudah mandi tu " kata Airin lalu menepuk bahu Fiqa dan keluar dari bilik Fiqa.

Fiqa tersenyum lalu menghantar Airin keluar dengan bebola matanya.

Selepas saja.. kelibat Airin menghilang, fikiran kembali kepada mimpi buruk yang menghantui tadi. Tiba-tiba telefonnya berbunyi tepat pukul 7.30 pagi.

" Hello assalamualaikum my future wife" sapa seseorang di dalam talian.

" Waalaikumussalam my future husband" balas Fiqa.

" Awak dah ready ke ?Pukul 11 pagi nanti jumpa di pintu masjid tau " tutur Harraz.

" Yelah.. takkan nak jumpa depan pintu tandas pula" Fiqa membuat loyar buruk .

" Ish.. orang serius dia buat lawak pulak. Saya ni tengah nervous tau nak berdepan Abi awak nanti" kata Harraz.

" Haha..padan muka. Tapi awak buat relaks dah la sebab abi bukan garang sangat pun dan tak makan awak lah" balas Fiqa diselangi ketawa kecil.

" Awak.. macam tak percaya je, lagi beberapa jam kita dah tukar status" nada suara Harraz kembali normal.

" Hmm..tulah, dan yang paling tak percaya..awak akan jadi suami saya. Dulu kita cuma kawan biasa..now dah nak jadi suami isteri" tutur Fiqa.

" Itulah.. kalau dah jodoh tak ke mana kan Sayang, by the way saya nak awak tahu yang saya betul-betul cintakan awak. Saya bukan kahwin dengan awak semata-mata untuk protect awak" jujur hati Harraz.

Fiqa menjatuhkan manik jernih dari matanya. Terharu dengan kata-kata Harraz.

" Saya pun cintakan awak" balas Fiqa dengan suara sebak .

" Eh.. awak janganlah menangis, Harini kita kena happy je. Harini hari bahagia kita" kata Harraz. Dia sedar dengan nada suara Fiqa yang serak basah itu.

" Hmm.. okaylah, bye assalamualaikum saya nak kena tolong umi goreng bihun untuk breakfast, nanti minta Alif datang sini ambil bihun sikit untuk awak dan dia breakfast tau. Awak tak payahlah datang sini, kita jumpa dekat masjid je nanti" kata Fiqa .

" Okay..bye assalamualaikum" mereka mematikan panggilan telefon itu.

Fiqa meletakkan telefon di meja soleknya lalu keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Kelihatan uminya sedang memotong bebola ikan dibantu oleh Fara dan Airin yang memotong banyak sayur sawi. Ada beberapa orang kampung yang juga kawan umi sedang memasukkan minyak masak ke dalam kuali besar di dapur sambil berbual-bual meriah

"Amboi....meriah nampak!  Ada yang boleh Fiqa bantu" kata Fiqa yang sedang tidur dari tangga.

" Ehh... bakal pengantin baru duduk rehat je lah " kata Fara sambil ketawa kecil .

" Ish..sindir kite lah tu " Fiqa memuncungkan bibirnya.

" Ish..apa bakal pengantin buat mulut macam tu. Tak baik lah" kata umi yang hendak bangun ke singki untuk membasuh bebola ikan.

" Hehe.. sorry umi, mai Fiqa basuh" Fiqa mendekati umi lalu mengambil bakul yang berisi bebola ikan di tangan uminya  untuk membasuh bebola tersebut.

" Hmm.. okaylah kalau macam tu, umi nak tengok abi dekat luar , rasanya pihak katering dah sampai tu. Untuk hias meja makan pengantin yang tak siap lagi" kata hajjah Rosnah dan berlalu pergi.

Dapur itu masih riuh dengan wanita kampung yang berbual dengan Airin yang peramah dan Fara .

Selepas siap menggoreng bihun . Mereka memasukkan bihun kedalam tray besar untuk dihidangkan kepada beberapa orang kampung yang datang membantu pagi itu. Alif juga sudah datang mengambil 2 bungkus bihun goreng untuk dia dan harraz makan.

Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi , Fiqa naik ke bilik untuk memakai busana pengantin dan akan disolek oleh Fara dan Airin.

Harraz juga turut melakukan hal yang sama . Bezanya, rumah arwah ibu dan ayah angkat Harraz sunyi kerana hanya ada harraz dan Alif manakala rumah haji Ahmad dan hajjah Rosnah riuh dengan orang kampung terdekat .

Ahli keluarga Fiqa iaitu pak long, mak long dan sepupunya pula akan tiba tengahari nanti kerana mereka bertolak jauh dari Kedah .

Datuk dan nenek Fiqa sebelah haji Ahmad dan hajjah Rosnah sudah lama meninggal dunia juga sama dengan keadaan Harraz, datuk dan neneknya juga sudah lama meninggal dunia. Harraz tiada saudara mara lain kecuali daddynya  sahaja. Hanya Akram iaitu kawan baiknya yang turut bekerja di Tengku Legacy studio akan datang bersama daddynya  mak Mun dan pak mat pukul 11 dijangka tiba di masjid.
Kak Zah juga turut hadir bersama ahli keluarganya dan beberapa staf syarikat mereka.

Fiqa juga sempat menjemput kawan baik mereka iaitu  Ana , aril dan Balqis. Dikhabarkan mereka akan datang bersama ahli keluarga mereka nanti. Aril dan Balqis juga terkejut dengan berita ini sebab tak sangka Fiqa dan Harraz berjodohan.

" Ha..dah siap pun kau. Ambil gambar sikitlah" airin mencapai telefon lalu mengangkap beberapa keping foto Fiqa yang anggun mengenakan kebaya songket warna purple pengantin.

" Memanglah cantik. Kau dan Fara yang make up" kata Fiqa.

Usai itu mereka keluar menaiki kereta dan bertolak ke masjid. Fiqa dan Fara  naik kereta yang dipandu oleh Airin manakala haji Ahmad dan hajjah Rosnah menaiki kereta mereka sendiri. Diikuti dengan beberapa buah kereta dan motor oleh penduduk kampung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience