BAB 5

Romance Series 16571

" rindunya Harraz dekat ibu dan abah " kata Harraz sendirian sambil mengusap frame gambar arwah ibu dan abah angkatnya.

" Harraz sayang..jom makan dulu. Nanti abah baliklah tu. Mungkin abah ada banyak kerja Harini "  kata puan Maimunah, atau orang kampung memanggilnya mak lang nah.

" Tak nak. Harraz nak abah " Harraz menghentak kakinya tanda protes.

Puan Maimunah menggeleng kepala melihat gelagat anak angkatnya yang di tatang macam anak sendiri. Wajahnya mengukir senyuman.

" Tu abah dah balik " jerit Harraz lalu berlari ke pintu rumah apabila terdengar bunyi motosikal encik Zamri .

" Abah kenapa balik lambat? Harraz nak makan sekali dengan abah " rajuk Harraz dengan nada manja, dia memeluk tubuh. Ketika itu Harraz berusia 10 tahun.

" Anak abah tak makan lagi, dah pukul 10 ni sayang" kata abah lalu menghampiri Harraz yang merajuk lalu menghadiahkan pelukan kepada Harraz.

" Ye lah ..dia tunggu abang " sampuk puan Maimunah sambil meletakkan secawan kopi di meja ruang tamu.

Harraz tersedar dari lamunannya , dia mengaku diantara bapa kandung dengan bapa angkat, dia lebih rapat dengan encik Zamri iaitu bapa angkatnya. Kalau ibu mestilah, puan Maimunah kerana dia tidak pernah melihat ibunya sendiri di depan mata melainkan dalam gambar yang ditunjukkan oleh Tengku Zahid.

" Hish.. apalah yang aku mengelamun ni , dah pukul 12 pagi aku tak tidur lagi" gumamnya bersendirian.
Lalu dia membaringkan tubuhnya yang bersandar di kepala katil, perlahan-lahan matanya tertutup dan terbang ke alam mimpi.

°°°°°°°°°

Sedang Harraz bersiap-siap untuk ke rumah Fiqa , telefonnya berbunyi. Pantas tangan mengangkat telefon tersebut dan dibawa ke telinga.

" Assalamualaikum, Tengku " ujar seseorang di dalam panggilan.

" Waalaikumussalam, ya kak Zah. Ada apa call saya ?" Harraz mengaru kepalanya yang tidak gatal.

" Kenapa Tengku tak masuk kerja kelmarin?" Tanya kak zah.

Pantas Harraz menepuk dahi sendiri.

" Sorry kak Zah. Saya lupa nak inform. Saya sekarang dekat Melaka ni , now saya nak bagitahu yang saya cuti dalam dua tiga hari" beritahu Harraz.

" Pulak dah dekat Melaka. Pasal kontrak drama yang Tengku akan jadi pengarah untuk direktor drama tu macam mana? Shooting start Harini tau. Artis pun dah ready  " tegas kata-kata kak Zah.

" Err.. suruh Afiq , dia pun hebat dalam mengarah drama" Harraz melabuhkan duduk di birai katil.

" Ehh..Tengku dah sign kontrak" suara kak Zah bernada hairan.

" Cancel je kontrak tu. Saya tengah happy-happy dekat Melaka ni " Harraz ketawa kecil.

" Tak de - tak de.. walaupun kak Zah ni PA Tengku je. Kak Zah ada hak nak nasihatkan Tengku . Tengku balik KL sekarang sebab Tengku tau tak syarikat penerbitan drama yang kita berkolaborasi ni bukan calang-calang " tegas kak Zah.

" Okay.. insyaallah lagi 2 hingga 3 jam saya sampai" Harraz mematikan panggilan telefon lalu mencapai kunci keretanya untuk ke rumah Fiqa .

°°°°°°°°

" Hah.. awak nak balik KL sekarang juga?" Tanya Fiqa tangannya sedang menuang air teh ke dalam cawan untuk Harraz dan Abinya.

Harraz mengangguk lalu tangannya mengambil cawan air yang dituang oleh Fiqa dan dibawa ke mulut.

" Okaylah kalau macam tu, awak balik lah sorang. Esok lusa saya nak balik, saya balik naik grab ke, teksi ke atau bas ke " tutur Fiqa lalu melabuhkan duduk di sebelah hajjah Rosnah.

" Eh..kesian awak. Tak pe, settle je shooting tu , saya datang sini balik" balas Harraz.

" Kamu berdua bincang lah dulu , Abi dengan umi nak pergi pasar pagi " kata haji Ahmad lalu bangun dari duduknya diikuti oleh hajjah Rosnah.

" Ehh..nak bincang ke apa duduk luar. Jangan berdua-duaan dalam rumah" sempat hajjah Rosnah berpesan sebelum turun tangga rumah.

Lalu Harraz dan Fiqa turun mengikut langkah hajjah Rosnah dan haji Ahmad, mereka duduk di pondok di halaman rumah. Motosikal haji Ahmad sudah meninggalkan halaman rumah.

" Tak menyusahkan awak ke?" Sambung Fiqa mengenai perbualan mereka tadi.

" Langsung tak menyusahkan sayang " balas Harraz sambil mengenyit mata kearah Fiqa .

" Ish..dok buat muka hensem tu kenapa " pantas Fiqa menekup mulutnya.

" Apa.. awak cakap saya hensem" Harraz mahu memastikan kata-kata Fiqa tadi.

" Ish.. jangan tukar topik" kata Fiqa wajahnya mula memerah .

" Okay..fine , alah.. bukan jauh pun Melaka dengan KL , it's simple for go and back " ujar Harraz kembali ke topik asal.

" Okaylah kalau macam tu" balas Fiqa .

Harraz bangun dari duduknya lalu mendekati keretanya yang dipakir tidak jauh dari pondok.

" Bye sayang, i really miss you nanti bila dekat sana" ujar Harraz sambil mengenyit kan matanya sekali lagi.

" Eleh.. tengok-tengok lupa saya adalah" Fiqa berura-ura menyampah .

" Mana boleh macam tu Fiqa..bye assalamualaikum saya dah lambat ni" Harraz membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam keretanya. Tanganya melambai-lambai ke arah Fiqa. Flying kiss diberikan kepada Fiqa. Fiqa juga membalas perbuatan Harraz.

Perlahan-lahan kereta Harraz meninggalkan Fiqa di halaman rumah itu.
Fiqa terasa sunyi naik ke atas rumah lalu mengambil novel yang berada di rak buku di dalam biliknya, dia duduk di atas sofa di ruang tamu lalu membaca novel yang bertajuk ' erti cinta' .

" Haish.. baru je Harraz tinggal aku tak sampai 10 minit aku dah rindu dekat dia ni kenapa?" Rungut hati Fiqa sendirian.

Lalu Fiqa bangun, novel yang dibaca baru 1 bab ditutup dan di letakkan di atas meja di ruang tamu. Fiqa bergerak ke bawah rumah dan mendapatkan basikal. Tengok saja basikal itu dia mengenangkan Harraz yang menunggang dia lalu bersiar-siar di bendang sambil memeluk badan sasa Harraz.
Bibirnya mengoyakkan senyuman ketika mengenangkan hal itu.

" Ish..kau ni dah anggau teruk dekat dia ni , sampai tengok basikal ni pun ingat dia , baca novel pun fikir dia " bisik hati Fiqa sendirian.

" Assalamualaikum.." sapa seorang perempuan yang menganggu lamunan Fiqa .

" Wa..waalaikumussalam. Ana !! Bila balik kampung?" Lantas Fiqa memeluk erat tubuh Ana yang memboyot itu.

" Erm,2 hari lepas" jawab Ana .

" Hah..jom duduk dekat pondok tu sembang-sembang lama dah tak jumpa kita ni" ajak Fiqa lalu menarik tangan Ana mengikutnya.

" Ni dah berapa bulan" jari telunjuk Fiqa dihala ke arah perut Ana yang memboyot itu.

" 9 bulan dah Fiqa ..aku balik kampung ni pun sebab nak beranak dan pantang dekat sini" jawab Ana . Kepala Fiqa terangguk-angguk dan faham.

" Kau tu dah tua..bila nak kahwin?" Tanya Ana pula kepadanya.

" Hehe..on the way " jawab Fiqa sambil tersengih macam kerang busuk.

" Ye ke, siapa bakal suami kau tu, aku kenal tak. Hensem macam suami aku ke tak " bertalu-talu soalan dari Ana .

" Kau kenal sangat bakal suami aku ni..dia ialah, Tengku Harraz " beritahu Fiqa sambil tersenyum.

" Ya Allah.. bff kita tu. Tak sangka kan korang berjodoh. Lagipun Harraz tu hensem" kata Ana lalu menekup mulutnya.

" Hah.. pandai lah kau kata Harraz hensem , buatnya laki kau dengar habis kau , ubah lah perangai kau tu Ana , dah nak jadi mak budak dah pun" Fiqa gelak terbahak-bahak melihat telatah kawan baiknya itu. Ana turut tergelak.

" Balqis dan Aril tahu tak pasal korang " tanya Ana sebaik tawanya reda.

" Tak. Nanti dah bincang pasal majlis kahwin aku bagilah kad dekat diorang, kita kasi suprise dekat diorang " jawab Fiqa dengan menunjukkan gaya tangan untuk memberi lebih ekspresi kepada Ana .

" Hahha.. macam-macam lah kau, okay..aku balik dulu lah bye assalamualaikum" Ana bangun lalu bersalam dengan Fiqa lalu berjalan menuju ke keretanya.
Fiqa menjawab salam lalu melambai tangan ke arah Ana di dalam kereta.

* please support dan share coin untuk saya*
sumbangan dan undian anda sangat saya hargai.

love your guys ?? ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience