BAB 11

Romance Series 16571

' selamat pengantin baru kepada awak ,Fiqa.
Saya tahu awak berkahwin dengan Tengku Harraz. Penuh terpampang di media sosial tentang perkahwinan korang . Kenapa tak jemput saya? It's okay..saya letak hadiah ni senyap-senyap tadi dekat ruang tamu rumah awak. Awak tak perasan pun saya datang tanpa diundang tadi. Terimalah hadiah ni ' ketahuilah yang saya betul-betul cintakan awak walaupun awak dah kahwin.   Kenapa buat saya macam ni..hmm

Yang setia menunggu,
Naufal

" Ya Allah..si psiko ni still datang lah awak walaupun tak dijemput. Ish dia ingat saya hadap sangat hadiah ni" kata Fiqa kepada harraz sebaik membuka hadiah daripada Naufal .

" Dia tu psiko..of course dia boleh dapat berita pasal awak dengan mudah. Sudahlah jangan fikir sangat pasal dia" Harraz menepuk belakang badan Fiqa. Matanya merenung hadiah yang diberikan oleh Naufal. Melihat hadiah itu , perasaannya tidak sedap hati .

Fiqa memeluk tubuh Harraz , Harraz membalas pelukan tersebut, dia berasa selesa dan selamat didalam pelukan suaminya itu. Jujur Fiqa juga rasa takut kerana diberi hadiah seperti itu.

" Awak..boleh saya panggil awak abang walaupun kita sebaya?" Tanya Fiqa , pelukan masih belum dilepaskan.

" Of course boleh sayang, abang pula nak panggil awak sayang..boleh " tanya Harraz pula .

Fiqa mengangguk lalu mengeratkan lagi pelukan itu.

" Dahlah sayang.. abang dah penat. Jom tidur" Harraz meleraikan pelukan mereka dan berbaring di atas katil diikuti Fiqa yang turut berbaring di sebelah Harraz.

" Err.. abang nak tidur terus ke, tak nak spend time dulu ?" Tanya Fiqa teragak-agak dicampur malu apabila melihat Harraz yang mahu tidur seperti biasa.

" Esok jelah ehh..Harini abang betul-betul penat " kata Harraz jujur. Dia bangun dari pembaringan.

" Okay abang ... sayang pun penat juga ni, saja tanya abang macam tu manalah tahu abang tak penat pun maybe malu nak spend time dengan sayang ke kan" kata Fiqa matanya memandang Harraz harraz.

"Ish..malu tu ada la sikit. Tapi kan sayang betul-betul nampak lebih berseri lah lepas kahwin ni" jawab Harraz sambil tersenyum nakal.

Fiqa tersenyum simpul, dia masih malu dengan Harraz.

" Gatallah pula, dah tadi penatkan? Jom tidur" Fiqa mencubit pipi Harraz manja.

" Alah.. dengan isteri sendiri tak pe kan" Harraz menayangkan wajah cemberutnya.

Fiqa tergelak kecil melihat  gelagat Harraz itu.

" Ha..marajuk!! Dari kecil hingga besar... perangai tak ubah " kata Fiqa sambil menepuk bahu Harraz yang sudah baring di atas katil membelakanginya .

" Biarlah dah orang tu tak nak layan kite" Harraz menarik gebar selimut lalu menutup mukanya.

" Eleh..merajuk teruk lah sangat!. Merajuk lah , sayang tak nak pujuk " Fiqa menjelirkan lidah kepada harraz.

Lantas pipi Fiqa dicium tanpa Fiqa sedari.

" Abang!!!" Fiqa menjerit lalu menampar bahu Harraz.

Harraz ketawa besar melihat gelagat isterinya itu.

°°°°°°°°°

" Eh..dah bangun dah pengantin baru ni" tegur mak long  yang sedang menolong umi menyediakan sarapan untuk mereka sekeluarga. Alif, Akram , Airin dan Fara sudah pulang ke KL petang semalam bersama Tengku Zahid, mak Mun, pak mat, kak Zah dan semua kenalan rapat yang lain . Yang tinggal di rumah hanyalah  umi, Abi ,Fiqa , harraz dan  pak long sekeluarga .

" Hehe..mak long ni" kata Fiqa sambil menghadiahkan senyuman kepada mak long . Harraz yang disisi Fiqa turut menghadiahkan senyuman kepada mak long dan umi di dapur dan meminta diri untuk berbual dengan pak long, Syafiq dan Abi di ruang tamu dan lebih mengenali ahli keluarga baharunya itu.

Fiqa berbual dengan mak long dan Aida yang sudah lama tidak berjumpa, kelmarin belum sempat berbual lama .

" Fiqa..nanti teman mak long dengan Aida pergi pasar boleh tak nak beli barang dapur nak masak Harini lah, mak long dah lah tak pandai nak pandu kereta, paklong dengan Abi kamu nak pergi rumah sape entah.. adik-beradik diorang juga lah. Kamu ajak suami kamu sekali" panjang lebar permintaan mak long erah .

" Okay mak long..no problems" Fiqa membuat jari tanda ok.

" Yeyy..boleh jalan-jalan dengan kak Fiqa ..lama dah Aida tak luangkan masa dengan kak Fiqa". Aida menayangkan wajah gembira .

" Hahaha..ada-ada je lah Aida ni. Dah besar pun perangai macam budak-budak" kata fiqa.pipi ada dicubit manja.

"Yelah...Lagipun kak Fiqa dah kahwin mesti lagi susah nak jumpa kak Fiqa lepas ni kan" Aida menayangkan wajah cemberutnya , tangan disilangkan.

" Alolo.. jangan lah merajuk, bila-bila kalau Aida senang datanglah KL . Boleh spend time dengan kak Fiqa" balas Fiqa.

" Dah..Ish macam drama tak berbayar umi tengok korang ni. Dah..jom sarapan, Fiqa panggil suami kamu, Abi , pak long dan Syafiq  " arah umi sambil tangannya ligat mencedok mee goreng basah ke dalam piring .

" Itulah.. diorang rapat sangat dulu. Ni dah lama tak jumpa, bila jumpa balik macam ni lah gayanya" kata mak long sambil tergelak kecil dengan menutup mulutnya.

°°°°°°

" Ouh.. sarapan dah siap..okay sayang, jom pak long, Abi, Syafiq" ajak harraz usai dipanggil oleh Fiqa .

Mereka bergerak ke meja makan.

" Okay.. Harraz baca doa sebelum makan ehh, maklumlah orang baru dalam keluarga ni" kata pak long sambil tergelak kecil.

" Ouh.. orang baru kena baca doa ehh" seloroh Syafiq .

" Takde lah saja abah nak dengar suara ahli keluarga baru abah ni..haha" pak long menyambung gelaknya.

Hajjah Rosnah, mak long, Aida dan Fiqa hanya menggeleng kepala melihat mereka itu.

" It's okey..saya boleh baca doa makan.. simple je" kata Harraz.

Semua di meja makan mengaminkan doa sebelum makan yang dibacakan oleh harraz dan makan diselangi gelak ketawa dan bualan mesra.

°°°°°°°°

" Eh..ni pisau baru ke, kenapa sebelum ni takde pun pisau warna gold ni dekat dapur?" Tanya umi sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

" Err...tu pisau si Naufal yang ganggu hidup Fiqa  tu bagi kelmarin umi, masa kenduri kahwin kitorang" balas Harraz yang duduk di meja island di dapur sambil mengupas kulit buah epal.

" La..korang ada jemput dia ke . Ni dia bagi pisau mesti ada niat tak baik ni..Ish risaulah umi" hajjah Rosnah menayangkan wajah risau nya.. tangannya yang mengacau gulai di dalam periuk dilepaskan , ditutup api dapur gas itu.

" Kita serahkan kepada Allah je umi.. Harraz janji akan jaga Fiqa lebih dari jaga diri sendiri" mata Harraz memandang ibu mertuanya yang nampak kerisauan itu.

" Hmm..ni Fiqa pergi mana. Lepas korang balik dari pasar tadi, umi tak nampak lagi batang hidung dia" tanya umi .

" Ouh..ada dekat luar rumah, makan rambutan puas-puas. Yelah esok nak balik KL dah. Ni harraz ada kupas kulit buah epal , umi nak" Harraz menyuakan piring yang berisi epal kepada umi.

" Hmm.. nantilah umi makan. Harraz pergilah bagi diorang dekat luar makan, nanti minta Fiqa hidangkan makanan tengahari atas meja ya. Umi nak pergi jemur telekung yang umi basuh tadi" kata hajjah Rosnah.

Harraz mengangguk faham lalu berjalan meninggalkan ruangan dapur.

Bebola mata Hajjah Rosnah menghantar kepergian Harraz dari dapur itu.

" Umi sangat-sangat yakin kamu jodoh yang tepat buat anak umi , Harraz . Umi perhatikan tingkahlaku kamu...memang nampak orang yang dapat membahagiakan dan menjaga  anak umi" bisik hati kecil Hajjah Rosnah. Kemudian dia berjalan ke bilik air berdekatan dapur dan mengambil baldi yang berisi kain telekungnya yang masih basah untuk dijemur.

Semasa Hajjah Rosnah menjemur kain di tepi rumah.. dia perasan seperti ada mata yang melihatnya dan semua orang yang sedang berada di pondok depan rumah.

Hajjah Rosnah membuang perasaannya itu lalu menapakkan kaki masuk ke dalam rumah semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience