BAB 6

Romance Series 16571

Pagi itu Fiqa bersiap untuk bertolak pulang ke Kuala Lumpur dan akan dijemput oleh Harraz.

" Fiqa.. siap ke belum? Harraz dah sampai ni" laung umi dari ruang tamu.

" Dah umi..i am coming " jawab Fiqa dari bilik. Fiqa mencapai tas tangannya dan menarik bagasi yang tersadai di tepi pintu biliknya keluar.

" Hah ...dah siap pun anak Abi. Kamu Harraz jaga baik-baik anak tunggal Abi ni. Kalau apa-apa yang tak baik berlaku dekat anak Abi , kamu orang pertama yang Abi cari" kata haji Ahmad ketika Harraz menyalaminya , dia tidak sedar dia menyebut dirinya Abi kepada Harraz.

" Pak cik sebut diri pak cik, abi dekat saya?" Harraz menayangkan wajah hairan.

" Apa salahnya, nanti nak kena panggil Abi juga kan " sampuk hajjah Rosnah.
Harraz dan Fiqa tersenyum.

" Eh eh.. bila masa pak cik cakap kamu boleh panggil Pak cik ni Abi ?" Tanya haji Ahmad sambil menayangkan wajah blur.

" Biarlah dia panggil pun. Nanti dah kahwin takde lah kekok sangat kan" tambah hajjah Rosnah Lagi.

" Haah..tadi Fiqa pun dengar yang Abi suruh Harraz panggil Abi ni Abi " kata Fiqa pula. Harraz tersenyum lalu mengangkat bagasi milik Fiqa dan memasukkan ke dalam bumper belakang kereta.

" Kalau macam tu, Harraz panggil Aje mak cik dan pak cik ni , umi dan Abi ye macam mana Fiqa panggil" kata hajjah Rosnah . Bebola matanya memandang gerak-geri Harraz yang memasukkan barangan Fiqa ke dalam bumper keretanya.

" Emm..boleh mak cik, eh umi" balas Harraz sambil menutup bumper kereta.

Haji Ahmad hanya menggeleng kepala, otaknya ligat berfikir tentang dia tersasul menyebut dirinya Abi kepada Harraz.

Selepas sesi salam-menyalam selesai, Fiqa dan Harraz masuk ke dalam kereta dan bertolak ke Kuala Lumpur.

Ketika di dalam kereta, masing-masing hanya diam sehinggalah Fiqa bersuara hampir satu jam perjalanan.

" Err..awak!! Awak okay ke bercinta dengan saya. Tak menyesal?" Soalan Fiqa membuatkan Harraz tersentak.

" Hah?..apa soalan yang awak tanya ni. Tak faham la, kenapa tak okay pula. Happy lagi ada la awak terima cinta saya" Harraz menayangkan wajah hairan.

" Emm.. kalau saya cerita ni dekat awak ,awak jangan marah ehh dan tak perlu risau sangat " kata Fiqa

" Apa.. cerita lah cepat" balas Harraz matanya fokus kepada pemanduannya.

" Bukan Anas yang dekat kampung je suka saya, Naufal yang psiko yang kerja jadi cashier dekat pasaraya IOI city mall tu pun suka dekat saya. Kalau nak dikatakan, hampir setiap hari dia datang kacau saya dekat butik tau. Bawa bunga, coklat, kek dan macam-macam lagilah. Banyak kali juga dia letak " terang Fiqa.

Kedengaran Harraz mengeluh kasar.

" Kenapa tak bagitahu saya awal-awal, kalau boleh bukan lepas kita couple ni, lebih elok dari masa kita berkawan dan waktu dia kacau awak . Bahaya tau dekat orang psiko macam dia tu, Ish..risau berilah saya dekat awak" tegas kata-kata Harraz.

" Sorry.sa... " belum habis Fiqa bercakap, Harraz mencelah.

" Naufal yang sekolah sekali dengan kita tu kan?" Tanya Harraz, nada suaranya kembali normal.

Fiqa mengangguk.

Selang sejam selepas itu, mereka tiba di hadapan rumah Fiqa.

" Ni .. kejap lagi awak nak pergi butik ke?" Tanya Harraz ketika mengeluarkan bagasi Fiqa dari bumper keretanya.

" Tak kot. Rasa macam penat lah, ingat nak rehat je Harini " balas Fiqa.

" Dah tu sekarang awak nak masak tengahari larat lagi ke " tanya Harraz simpati .

" Larat..eh tengok orang la" Fiqa ketawa kecil.

" Yelah tu, saya nak nak bawak awak pergi makan pun sekarang baru pukul 10 pagi " kata Harraz.

" It's okey.. pandai lah saya cari inisiatif nak makan. Tapau dekat food panda ke, grab food ke ataupun order je pizza delivery kalau malas keluar. Kalau rasa rajin saya keluar naik kereta dan makan dekat restoran depan tu" seloroh Fiqa .

Harraz tertawa kecil mendengar seloroh Fiqa.

" Ada-ada lah awak ni. Dah..saya nak masuk kerja balik, bye assalamualaikum. Take care" ucap Harraz lalu memasuki keretanya dan berlalu pergi meninggalkan kawasan perumahan Fiqa.

°°°°°°°°°

" Arrhh...lega" ucap Fiqa sambil mengurut darinya yang terasa pening . Punggungnya dihempaskan di sofa di ruang tamu.

" Okaylah juga aku bagitahu Harraz pasal si psiko tu, at least kalau dia terserempak dengan aku dengan si psiko tu takde lah dia fikir yang bukan-bukan dan keselamatan aku pun lebih terjamin" omel Fiqa sendirian.

Sedang dia ralit memikirkan tentang dirinya yang dikejar oleh 2 orang lelaki yang langsung tidak disukainya. Tambah-tambah yang mengejarnya itu psiko dan seorang lagi sibuk mengambil hati Abinya sebagai tiket nak jadi menantu dengan mudah. Namun dia bersyukur, sedikit demi sedikit Abinya seakan-akan menerima Harraz .
Loceng rumahnya berbunyi.

Lantas Fiqa bangun dari duduknya lalu membuka pintu.

" Assalamualaikum, delivery from food panda. Boleh sign dekat sini sebagai bukti cik dah terima pesanan " tutur seorang wanita berpakaian kemeja yang tertulis food panda sambil memberikan sebatang pen kepadanya.

" Waalaikumussalam. Maaf , cik salah rumah ni, saya tak order apa-apa pun " jawab Fiqa. Wajahnya jelas menunjukkan kehairanan .

" Memang bukan cik yang order tapi nama pemesan encik Tengku Harraz bin tengku Zahid , dia minta untuk hantar ke alamat ni . Mustahil silap" kata wanita itu.

" Ouh" lalu Fiqa mencapai pen itu lalu sign di kertas yang dihulurkan kepadanya. Tanganya menyambut beg kertas yang diberikan dari wanita itu.

" Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami" ucap wanita itu lalu dia naik ke atas motosikalnya dan berlalu pergi.

Bibir Fiqa mengoyakkan senyuman.

"Tak sangka awak mengambil kisah pasal saya sampai begini sekali. Sampai orderkan makanan untuk saya..risau lah tu saya tak makan, Harraz... Harraz" gumamnya sendirian.

Fiqa masuk semula ke dalam rumah, tangannya menjinjit beg kertas yang tertulis food panda itu .

Dia mengeluarkan bungkusan makanan di dalam beg kertas itu.

" Ouh my god.., that my fevourite food" jerit Fiqa . Sambil melompat gembira.

Didalam bungkusan itu terdapat nasi tomato, ayam masak merah. Desert pula , ada ais krim strawberi yang baru keluar tu, yang dia belum pernah rasa.

Fiqa mencapai sudu dan garfu yang disediakan didalam bungkusan tersebut dengan bacaan bismillah dia makan sampai licin , selepas itu, dia menjamah ais krim strawberi itu sedikit-demi sedikit sampai habis.

Setelah selesai makan, Fiqa mencapai telefon di meja kopi di ruang tamu lalu membuka aplikasi WhatsApp dan menghantar pesanan ringkas kepada Harraz.

You: assalamualaikum, awak..thank you so much. Tak sangka awak kisah pasal saya macam ni sekali, siap orderkan dekat food panda makanan fevourite saya lagi . Ada desert yang saya tak pernah makan lagi.

Selang beberapa minit Harraz membalas

Harraz: hah?saya tak order apa-apa lagipun untuk awak. Lagipun sekarang baru pukul 11.45 , saya fikir nanti nak jemput awak dekat rumah je nak Bawa awak pergi makan dekat restoran depan tu sebab saya free sekarang.

You: hah..habis tu yang saya makan tadi tu bukan dari awak ke. Nama penghantar masa saya sign tadi nama awak .

Harraz: saya tak tahu apa-apa pasal tu, mungkin ada orang lain gunakan nama saya untuk awak terima makanan tu.

You: Ish. Jangan buat saya takut lah Harraz.

Harraz: entah-entah si Naufal si psiko tu?

You : takkan kot

Harraz: diakan psiko, mungkin dia sedang intip gerak-geri awak sampai dia tahu fevourite food awak, awak sedang lapar, dan semua aktiviti awak dekat rumah.
So..be careful tau sayang.

You: awak...saya takut!

Harraz: Don't worry okay.. tunggu jap lagi saya jemput awak dekat rumah kita pergi jalan-jalan dekat shopping mall.kalau awak dah makan, teman saya makan ajelah. Nak makan sekali lagi pun boleh .

You : okay..awak tak ada kerja ka Harini

Harraz: tak..jadual saya kak Zah cakap kosong je Harini. Sekarang awak pergi siap .lagi 10 hingga 20 minit saya sampai.

You: okay..bye assalamualaikum. I love you

Harraz: bye waalaikumussalam. I love you too

Fiqa menghembuskan nafas kasar. Dia betul-betul tak sangka dia makan tadi bukan di order oleh Harraz tetapi dia juga syak ini kerja Naufal si psiko tu. Lepas dia luahkan dekat Harraz terasa seluruh ketakutan yang dihadapi semakin mengurang tapi dia dalam keadaan tidak selamat di rumah sendiri seorang diri.

*please share coin, saya sangat menghargainya ??*

your readers very amazing for me!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience