BAB 8

Romance Series 16582

Setelah memberitahu semua kenalan yang mereka akan berkahwin pada esok lusa di masjid di kampung Fiqa , ramai juga yang terkejut dengan perkahwinan tergesa-gesa itu namun Harraz mengabarkan kepada mereka yang dia dan Fiqa sudah lama bertunang tetapi hal ini tidak dihebohkan.

Selesai urusan ambil baju di rumah Fiqa , mereka bergegas ke butik ' Fiqa collections' .

Kaki mereka menapak memasuki butik tersebut.
" Hai Fiqa my sweet boss" sapa Alif yang kebetulan sedang mengelap pintu cermin kaca butik .

" Hai..Alif.. fitting baju  saya dengan encik ni" pinta Fiqa sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah Harraz yang berdiri di sebelahnya.

" What..boss nak kahwin ke?" Alif menggaru kepala yang tidak gatal.

" Ye.. jemput lah datang Melaka lusa ni , ajak Fara . Airin.. Fiqa nak dia bertolak esok ke Melaka sebab dia kena jadi jurusolek saya" kata Fiqa.

" Haah..awak nak dapat esok sekali pun boleh, pasang pelamin" sampuk Harraz yang berjalan mendekati sofa didalam butik tersebut. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa tersebut.

" Boleh Aje... encik..boss. by the way congrat" kata Alif .
Fiqa juga turut duduk di sebelah harraz di atas sofa.

" Thanks.." ucap Harraz kepada alif sambil tersenyum.

" Ni awak plan nak pakai baju warna apa?" Sambung Harraz.

"Purple nak tak . Songket warna purple, lagipun saya sukakan design klasik like songket?" Balas Fiqa.

" Hah.. cantik, kalau songket warna purple memang ready stok . Alif dan Fara baru je siap jahit yang tu kelmarin" sampuk Fara yang baru keluar dari bilik jahitan.

" Ehh..dah Dengar ke cerita yang boss nak kahwin lusa ni" tanya Alif kepada Fara .

" Eleh.. macamlah kite tak dengar, korang sembang kalah pakai mikrofon . Memanglah Fara Dengar. By the way congrat my boss" balas Fara pula.

" Baguslah ready stok...ambik yang tu je lah awak. Pasal pelamin saya nak Alif dan Airin bertolak petang ni pergi Melaka..pasang pelamin" jelas Fiqa . Alif mengangguk faham.

" Nanti Alif bagitahu kak Airin " balas Alif.

" Okaylah macam tu. Pasal makanan jangan risau nanti saya tempah katering untuk pasang kanopi dan meja makan pengantin" tambah Harraz.

Fara, Alif dan Fiqa mengangguk faham.

" Settle semua.. maknanya  Airin je tak tahu lagi. Jap saya call dia" Fiqa mencapai telefon dari tas tangannya lalu mendail nombor Airin.

Usai memberitahu Airin. Airin setuju dan akan datang ke butik.

" Airin on the way" kata Fiqa memberitahu mereka semua.

Selepas sesi mencuba pakaian yang dimahukan iaitu, Fiqa mengenakan kebaya songket warna purple manakala Harraz mengenakan baju melayu songket juga warna purple. Tampak bagai pinang dibelah dua settle baju akad nikah .

selepas berbincang Fiqa  membuat keputusan untuk memakai dress warna putih yang juga ready collections manakala Harraz akan memakai kemeja beserta kot juga  berwarna putih untuk majlis resepsi nanti.

" Assalamualaikum" kata Airin sebaik sahaja tiba di pintu masuk butik.

" Waalaikumussalam" jawab Fiqa, Harraz, Alif dan Fara.

Airin berjalan mengambil tempat duduk diantara mereka.

" Serius kau nak kahwin dan nak aku dan Alif bertolak ke Melaka petang ni juga " kata Airin .

" Haah..boleh tak. Nanti pasal gaji aku up lah untuk korang " kata Fiqa bebola matanya memandang Airin .

" Bukan pasal gaji Fiqa.. apasal tergesa-gesa?" Tanya Airin semula.

" Hmm.. keselamatan dan elak daripada diganggu oleh psiko yang aku cerita dekat kau dulu lebih baik aku kahwin cepat-cepat dengan Harraz " balas Fiqa. Harraz mengangguk setuju.

" Hmm..korang sembang lah, saya dengan Alif nak settle barang pelamin yang perlu dibawa ke Melaka oleh Alif dan Airin nanti" kata Fara lalu menyiku lengan Alif agar mengikutinya ke belakang.

" Ouh.. macam tu, okaylah..aku okay Aje pergi Melaka petang ni " kata Airin

" Haa.. kitorang menyusul pagi esok sebab kena tempah kanopi dan katering dulu dekat area KL untuk ke Melaka sebab susah nak cari katering dekat Melaka. Biasanya dekat Melaka makanan dimasak oleh orang kampung je" tambah Fiqa.

Airin mengangguk faham.

°°°°°°°°

" Alhamdulillah.. semua settle dah awak. Malam ni awak tidur rumah daddy saya ehh... Esok.. pagi-pagi lagi kita akan bertolak ke Melaka. Alah kita bukan kahwin esok pun , kita kahwin lusa " kata Harraz semasa mereka dalam perjalanan ke rumah daddy Harraz selepas berurusan dengan pihak katering.

Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam , Fiqa dan harraz pun sudah cukup penat seharian menyelesaikan urusan perkahwinan mereka tiba di rumah daddy Harraz dan menjamu selera makanan yang disediakan oleh mak Mun .

Mak Mun juga turut membantu membuat hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan .

Hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki pula separuhnya dibuat oleh Fara yang tidak perlu bertolak ke Melaka petang tadi separuh lagi dibuat oleh umi Fiqa di kampung seperti sirih junjung dan lain-lain lagi.

Malam itu , Fiqa dapat berkenalan dengan daddy Harraz dengan lebih baik. Jujur, daddy Harraz sungguh peramah . Dalam waktu yang singkat saja Fiqa sudah dapat membiasakan diri dengan bakal bapa mertuanya itu.

°°°°°°°°

Dalam pukul 9 pagi , kereta yang dinaiki Fiqa dan harraz diikuti kereta Fara yang membawa 4 dulang hantaran tiba di hadapan rumah umi dan Abi Fiqa.

Mereka disambut oleh Alif dan Airin yang sedang berusaha menghias pelamin. Airin dan Alif menginap di rumah haji Ahmad dan hajjah Rosnah semalam dan menyambung semula kerja-kerja mereka Harini . Hajjah Rosnah dan haji Ahmad juga menyambut mereka, pelbagai soalan diajukan oleh orang tua itu kepada mereka.

°°°°°°°°°

" Tahniah..anak umi dah nak kahwin" kata umi yang memasuki bilik tidur Fiqa yang dihiasi seperti bilik pengantin. Bilik itu dihias oleh umi Fiqa pada waktu malam semalam.

" Terima kasih umi.. mai la masuk umi " Fiqa menepuk katil dan memberi ruang untuk umi duduk di sebelahnya.

Pada petang itu, Fiqa banyak meluangkan masa bersama uminya sambil menceritakan tentang Naufal yang sering mengekori kemana dia pergi . Jelas wajah umi bimbang keselamatannya waktu itu.

Diluar rumah, Harraz bersama haji Ahmad sedang membantu pihak katering mendirikan khemah .
Beberapa orang kampung datang merewang-rewang sambil menjamu minum petang yang disediakan.

Tidak ketinggalan Anas juga hadir dengan memaparkan senyuman palsu. Jelas hatinya bagai disiat pisau tidak puas hati dengan perkahwinan ini.

Abinya juga berkali-kali menzahirkan kata-kata maafnya Kepada tok ketua tenang hal ini .

Fiqa memerhatikan Harraz dari tingkap rumah yang kelihatan penat dan berpeluh.

" Terima kasih awak, banyak berkorban untuk saya. I love you so much" bisik hati kecil Fiqa .

Sedang dia merenung Harraz lama..
Kepala Harraz berpaling ke arahnya. Harraz mengukirkan senyuman manis kepadanya.

" Awak..jom lah turun" jerit Harraz dari bawah.

" Tak pelah awak..saya nak iron tudung jap" kata Fiqa sambil berlalu pergi.

Harraz tersenyum lalu menyusun kerusi dibawah kanopi semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience