BAB 4

Romance Series 16571

" alhamdulillah , sedap giler makanan yang umi awak masak " ucap Harraz sebaik dia dan Fiqa  sudah selesai makan tengahari.

"Haha.. tengoklah umi siapa masak" Fiqa masuk bakul angkat sendiri.

" Nanti lepas kahwin kan, awak masak macam ni tau untuk saya hari-hari. Saya memang suka makan makanan kampung macam ni " bisik Harraz di telinga Fiqa sambil mengenyit mata.

Hati Fiqa berdebar-debar melihat Harraz yang begitu menggoda  ketika mengenyit kan matanya, jantungnya berdegup kencang .

" Eh.. kenapa awak blushing ni. Salah ke apa saya cakap? Saya cuma nak awak masak macam ni je" Harraz menepuk tangannya di depan muka Fiqa untuk menyedarkan Fiqa dari lamunan.

" Ah.. mana ada blushing. Memandai je awak.insyaallah saya boleh masak macam ni. Jom tolong saya kemas meja makan ni " balas  fiqa , dia malu apabila ditegur begitu lalu mengutip pinggang di depan Harraz  cepat-cepat dibawa ke singki dapur.
Harraz hairan dengan sikap cinta hatinya itu .

" Aik .. sekelip mata je berubah perangai. Tadi kemain puji diri sendiri , sekarang emosional ni kenapa pulak. Habislah  kau Harraz kena pujuk makwe kau nanti . Eh.. ataupun dia period kot jadi emosi dia tak stabil " gumam Harraz sendirian.

" Tengku Harraz!!! Cepatlah bawakan mangkuk kotor tu dekat singki ni. Saya nak basuh " jerit Fiqa dari dapur . Harraz tersedar dari lamunan.

" Coming " sahut Harraz lalu mencapai mangkuk kotor di atas meja dan dibawa ke dapur.

°°°°°°°°°°°

" Assalamualaikum pak cik" tegur Harraz kepada haji Ahmad yang duduk di pondok di halaman rumah.harraz mendekati haji Ahmad.

" Waalaikumussalam, hah Harraz dah sudah makan?" Harraz mengangguk.

" Nanti malam  kamu tidur dekat mana? Takkan nak tidur dekat sini kot" haji Ahmad memulakan perbualan.

" Tak pak cik. Saya tidur rumah ibu dan abah angkat saya yang jaga saya dari kecil dulu . Tak manis pulak kalau saya tidur sini" Harraz menjawab matanya tak henti-henti dari melihat pemandangan kampung yang menenangkan fikirannya.

" Hmm.. baguslah kalau macam tu . Kamu tak hisap rokok?" tambah haji Ahmad lalu mengeluarkan sebarang rokok dan pemetik api dari kocek. Harraz menggeleng kepala.

" Ibu dan abah angkat kamu  tu sihat tak , dah lama tak jumpa mereka" tanya haji Ahmad lagi.

" La..pak cik tak tahu ke yang mereka dah meninggal dunia?" Harraz menayangkan wajah hairan.

" Innalillahiwainnalillahirajiun. Pak cik tak tahu pun . Sejak tahun lepas pak cik tak jumpa mereka datang masjid , takde pulak orang kampung cerita, Fiqa pun tak cerita. Bila mereka meninggal?" haji Ahmad melemparkan puntung rokok ke atas tanah.

" 2 tahun lepas sebab terlibat dalam kemalangan jalan raya. Fiqa tak tahu sebab dia kan duduk KL , saya pun lupa nak cerita dekat dia pasal ni" jawab Harraz.

" Mungkin masa tu pak cik dengan mak cik pergi Mekah kot. Buat haji" tuturnya
Harraz hanya mengangguk.

" Mungkin juga" balas Harraz. Dia bersyukur kerana haji Ahmad semakin mula menerimanya sebagai bakal menantu dengan cara mereka berbual tadi.

°°°°°°°°°°

Fiqa yang ingin menutup tingkap kerana hari sudah menginjak usia melihat Harraz dan Abinya berbual di hadapan rumah sambil makan rambutan yang dikait oleh mereka . Tanpa Fiqa sedar bibirnya mengukir senyuman.

" Awak..jom lah turun makan rambutan. Banyak ni kami kait" jerit Harraz dari bawah tangannya melambai kearah Fiqa .

" Ha..mai la turun Fiqa . Sedap ni rambutan manis sungguh" sampuk abi.

" Esok je lah awak, Abi...Fiqa nak tolong umi masak untuk makan malam lepastu nak mandi lagi. Lagipun dah lewat petang ni" laungnya dari tahun tingkap.

" Haah la pak cik, fiqa, tak sedar pulak dah nak maghrib ni. Saya minta diri dulu ya, esok saya datang sini balik " Harraz mencuci tangan di paip di luar rumah lalu bersalam dengan haji Ahmad.

" Awak nak minta diri pergi mana" kata Fiqa aneh dengan kata-katanya Harraz .

" Balik la" balas Harraz

" Balik mana.. takkan balik KL kot?" Fiqa masih hairan.

" Ish..balik rumah arwah ibu dan abah angkat saya la, takkan saya nak tidur dekat sini pula. Lagipun rumah tu kosong, saya nak bersihkan apa yang patut sebab diorang mana ada anak lain selain dari saya" jelas Harraz panjang lebar.

" Jap ..arwah?" Fiqa menayangkan wajah hairan dicampur blur .

" Ya, Harraz baru cerita dekat abi tadi diorang dah meninggal dunia 2 tahun lepas" sampuk abi.

" Innalillahiwainnalillahirajiun.. kenapa awak tak pernah cerita pun dekat saya?" Fiqa mencekak pinggang.

" Hehe.. sorry lupa" Harraz tersengih seperti kerang busuk.

"Dahlah tu, abi pun baru tahu je sebab masa tu Abi dekat Mekah dengan umi " tambah Abi.

Kepala Fiqa terangguk-angguk tanda faham.

" Okaylah, pak cik jawablah soalan  anak pak cik ni ye apa yang saya cerita tadi, assalamualaikum " Harraz berjalan lalu memasuki kereta dan perlahan-lahan keretanya bergerak meninggalkan kawasan rumah itu tangannya tak henti melambai-lambai kearah haji Ahmad dan Fiqa .

" Ni umi tahu tak pasal cerita ni?" Tanya Fiqa kepada Abi yang sedang menaiki tangga rumah.

" Dah..abi dah cerita tadi " balas Abi lalu memasuki bilik air untuk membersihkan diri dan ke masjid.

" Fiqa !! Cepat .. tadi cakap nak tolong umi. Harraz dah balik? " panggil umi dari dapur sambil menanyakan tentang Harraz .

" Coming , haah.. Harraz dah balik umi " Fiqa berjalan menghampiri uminya di dapur.

Sedang Fiqa  mengacau lauk di dalam periuk, telefonnya berbunyi tanda masuk mesej. Lantas tangan kirinya membuka aplikasi WhatsApp.

Harraz: assalamualaikum. Saya dah sampai rumah , dah mandi nanti bagitahu Abi yang saya akan ambil dia untuk pergi masjid sama-sama.

Pantas jarinya menaip

You: waalaikumussalam. Okay boss

Harraz: ???? tq my love

You : wc my love

Harraz: okay bye saya nak pakai baju

You : bye . Ish pakai baju pun nak bagitahu

Harraz : haha.. bukan selalu

You : nanti lepas solat Isyak dekat masjid, datang sini tau makan malam

Harraz: okay

Fiqa tertawa sendiri ketika membaca chatnya bersama Harraz.

" Apa yang gembira sangat tu Fiqa , tu lauk dah mendidih pun tak padam api lagi " tegur umi.

" Haha.. Harraz ni lah umi " beritahu Fiqa tangannya pantas memadam api dapur gas tersebut.

" Dahlah, pergilah mandi...dah bagitahu Harraz datang sini nanti, makan malam?" Tanya hajjah Rosnah.

" Dah umi tapi nanti Harraz nak datang sini nak ambik Abi pergi masjid sekali" kata Fiqa lalu meluru ke bilik air untuk mandi.
Umi hanya tersenyum melihat gelagat anaknya itu.

°°°°°°°°°°

" Aik .. haji mat , ni datang masjid dengan siapa ?. Macam pernah tengok" tegur salah seorang jemaah masjid itu.

" Ouh..ni bakal menantu aku. Harraz. Kamu pernah tengok sebab dia duduk kampung ni jugak dulu , ibu dan bapa angkat dia orang kampung ni tapi sekarang pindah KL sebab kerja dengan bapa kandung dia" terang haji Ahmad.

Tok ketua yang berada dia diantara para jemaah hanya menayangkan senyuman palsu. Dihatinya berasa marah kerana menolak lamaran anaknya disebabkan lelaki itu .

" Ouh.segak orangnya . siapa ibu dan bapa angkat kamu ?" Soalan diajukan kepada Harraz pula.

" Mereka dah meninggal, nama mereka orang kampung ni panggil mak lang nah dan pak lang Zam " bagitahu Harraz tangannya menyambut huluran tangan beberapa jemaah di masjid itu.

" Ouh..pak cik kenal mereka tu" tambah salah seorang jemaah masjid.

" Ehh..dah azan. Jom masuk" ajak salah seorang jemaah masjid.

Semua orang mengikut langkah jemaah yang mengajak tersebut lalu masuk ke dalam masjid.

" Sebab kau anak aku balik rumah mengamuk tak tentu pasal. Dia marah kau rampas kekasih hati dia" bisik tok ketua di telinga Harraz ketika mereka berjalan seiringan ketika mahu memasuki masjid.

Harraz tersentak, tidak mengerti dengan maksud orang tua itu.

Cepat-cepat tok ketua itu berjalan memasuki pintu masjid meninggalkan Harraz tercengang tidak mengerti maksudnya.

*please support, share coin tinggalkan comment*
*saya sangat menghargainya dan ia berharga buat saya *

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience