BAB 1

Romance Series 16571

" Thanks .. " ucap Fiqa sebaik Harraz menarik kerusi untuknya di sebuah restoran mewah berlatarbelakangkan pemandangan pantai yang agak jauh dari kawasan kuala lumpur .

Harraz menapakkan kaki lalu duduk di hadapan Fiqa . Gayanya begitu romantik malam ni. Fiqa juga hairan dengan sikap sahabat baiknya itu.

" Welcome" Harraz membalas lalu menghadiahkan senyuman manis kepada Fiqa .

" Saya dah order makanan tadi, sementara tunggu makanan tu sampai kita berbual-bual dulu lah" Fiqa mengangguk selepas mendengar jawapan Harraz. Dia tidak tahu mengapa hatinya berdebar sekali mendengar suara garau lelaki itu.

" Hey.. awakkan mulut becok..kenapa malam ni jadi bisu?" Tambah Harraz ketika melihat Fiqa hanya mengangguk, tersenyum dan Fiqa terlalu cantik baginya malam ni.

" Ish..awak tu yang buat saya tak selesa . Yang romantik sangat ni apahal. Kang awek awak nampak entah apa dia fikir" Fiqa menampar lengan Harraz yang berlapik dengan kain baju.

" Err..saya mana ada awek! Malam ni baru bakal ada" ungkap Harraz lalu menekup mulutnya yang terlepas cakap.

" Aik..bukan awak yang nak kenalkan saya dengan seseorang ke. Apasal awak pula yang akan jumpa pasangan ni?" Kening Fiqa ternaik-naik ke atas ketika mengajukan soalan itu .

" Haah..ye la sebab saya nak melamar awak jadi kekasih saya " Harraz menekup mulutnya lagi apabila tercakap lepas . Haish.. kenapa sejak akhir akhir ni suka betul dia cakap tanpa berfikir panjang.

" What!! Jadi awaklah orang yang awak nak kenalkan dekat saya tu dan sayalah bakal kekasih  awak tu?" Fiqa cuba menanya Harraz semula untuk mendapatkan kepastian.

Tengku Harraz mengangguk lalu bangun dari duduknya lalu melutut di hadapan Fiqa dengan mengeluarkan sebentuk cincin bertatahkan berlian. Fiqa tergamam dengan kelakuan Harraz tersebut.

" Yes Fiqa .saya dah lama menyimpan rasa suka dekat awak..sudikah awak menjadi peneman hidup saya buat selamanya?"

Air mata terharu jatuh mengalir di pipi gebunya.
Kepalanya perlahan-lahan mengangguk.

Harraz tersenyum lalu mencapai tangan kanan Fiqa dan menyarungkan cincin ke jari manis nya.

" Sa..saya betul-betul tak sangka awak terima saya Fiqa " Rayyan kembali melabuhkan duduk di kerusinya. Hatinya gembira sekali Fiqa menerima dirinya.

" Sebenarnya saya malu nak cakap...saya pun dah lama menyimpan rasa suka dekat awak" tutur Fiqa lalu kepalanya menunduk malu.

" Ya Allah, betul ke. Kalau macam tu kita suka sama suka lah ni?" Harraz menepuk meja makan tersebut kerana terlalu teruja dan gembira.

" Err..ya la kot, dari zaman sekolah menengah ke awak suka saya?" Teragak-agak Fiqa menuturkan kata-kata.

Angguk kepala Harraz memberikan jawapan kepadanya.

Tiba-tiba seorang pelayan restoran datang dengan menatang sedulang makanan dan minuman lalu mempersilakan mereka makan.

" Thanks" ucap mereka serentak.

" Jom makan my love" Harraz tersengih nakal kepada Fiqa.

" Eleh..baru couple tak sampai sehari dah love love" Fiqa mengekek ketawa.

" Ahh.. biarlah, hari pertama couple lah kena cipta moment romantik sikit" Harraz tersenyum nakal , tangannya melepaskan sudu dan garfu yang dipegang kerana sudah selesai makan.

" Ish.. dari dulu sampai sekarang perangai awak masih tak boleh nak ubahkan?" Fiqa menyindir tangan turut melepaskan sudu dan garfu perlahan-lahan usai habis makan.

" Perangai saya macam ni lah yang buat awak jatuh hati dekat saya kan so saya patut kekalkan nya " giliran Harraz pula mengekek ketawa.

Fiqa mengeluh kecil.

" Well, just up to you Tengku  Harraz. Jom balik .. entah tempat apa awak cari dan bawa saya ke sini. Dahlah jauh dari KL but romantik sangat tempat ni. Cantik  " katanya . bebola matanya berpusing mengelilingi permandangan pantai diwaktu malam ditambah cahaya lampu yang berwarna-warni. Bibirnya  mengoyakkan senyuman kepada Harraz dihadapan.

" for you.. jauh dari sini pun saya boleh bawak kan . Cakap je nak pergi mana" terangkat-angkat kening Harraz .

" Iye lah tu. Boleh percaya ke. Dah lah jom balik. Kang lagi lama dekat sini , pagi esok pun belum tentu sampai KL " ujar Fiqa lalu bangun dari duduknya.

" Wait. Jom tempah hotel lah, malaslah nak drive "Tengku Harraz menarik tangan Fiqa yang sudah mula menapak beberapa langkah menjauhinya.

" Siapa suruh gatal cari tempat jauh dari KL . Kan susah nak balik. Esok hari Isnin.. saya kerja" Fiqa mula merungut . Kakinya menguis-nguis pasir di tepian pantai itu. Gelagatnya tak ubah seperti kanak-kanak yang tak dapat gula - gula .

" Awakkan boss .. tak masuk kerja pun tak apa" tambah Harraz mereka melabuhkan duduk di kerusi yang tersedia di tepian pantai tersebut. Sunyi saja tepi pantai itu melainkan kawasan dalam restoran. Tempat mereka dinner tadi tempat yang sunyi yang ditempah khas oleh Harraz buat mereka.

" Ish..awak tak faham karier saya. Saya seorang wanita yang pentingkan kualiti dalam kerja. Jadi saya perlu pantau pekerja saya buat kerja, lagipun kitorang tengah siapkan design baju untuk model popular , Nia Nadiya" Fiqa menarik-tarik lengan sasa Harraz.

" Alah , tak payah risau pasal baju artis tu. Artis tu pun bekerja dengan saya jugak kan. Nanti pandai-pandailah saya settle kan " Harraz merenung wajah polos Fiqa .

" Okaylah.. lagipun awak penatkan. Bahaya kalau memandu nanti. Saya nak memandu bergilir-gilir dengan awak pun tak boleh sebab saya tak berani nak bawa kereta besar macam tu" akur Fiqa .

" Sorry tau sebab buat awak macam ni. Esok kalau awak tetap nak masuk butik, pagi-pagi lagi lepas subuh kita bertolak balik KL . Okay?" Tanya Harraz jarinya membentuk tanda ok.

Fiqa tersenyum.
" Tak payahlah.. saya dah okay tak masuk butik esok sebab awak cakap tu model syarikat awak . So saya dah buat keputusan untuk tidak masuk butik esok " mereka membalas senyuman masing-masing.

°°°°°°°°°°°

" Awak macam mana ni, satu je bilik yang tinggal dekat hotel ni" Fiqa menggoncang bahu Harraz di sebelah ketika mereka di kaunter lobi hotel.

" Itulah.. hotel ni je dekat dengan pantai tadi. Mana ada dah hotel lain dah. Mana kita nak cari hotel lain malam-malam macam ni?" Balas Harraz

" Takkan kita kena duduk sebilik, Ish tak nak lah saya " Fiqa merungut lalu meraut wajahnya.

Setelah membuat keputusan , Harraz menempah satu bilik yang tinggal. Mereka naik lif dan menuju ke tingkat 6 dimana terletaknya bilik kosong yang ditempah.

" Awak..awak percayakan saya kan, saya tak akan apa-apakan awak lah" Harraz membuka pintu bilik tersebut dengan menggunakan kad yang diberi.

Fiqa mengangguk. Wajahnya jelas sekali tidak selesa dengan semua ini.
Pintu sudah terbuka. Mereka masuk ke dalam bilik tersebut.

" Awak .. saya nak solat Isyak dulu. Nak solat sekali ?" Tanya Harraz.

" Err.. saya ABC lah" Fiqa menjawab teragak-agak. Harraz mengangguk faham.

Fiqa duduk di birai katil dan bersandar di kepala katil memerhati keindahan ruangan bilik hotel mewah itu sedang dia ralit Harraz keluar dari bilik air. Harraz menghadiahkan senyuman kepada Fiqa , Fiqa juga membalas senyuman itu.

" Saya solat dulu ye" Harraz menghamparkan sejadah yang disediakan di bilik hotel itu .

" Okay " balas Fiqa .
Hati Fiqa menjadi tenang melihat Harraz solat . Tidak salah dia memilih Harraz menjadi imamnya nanti kerana Harraz seorang lelaki yang tak tinggal solat dan dengan izin Allah mampu membimbingnya.

" Aik.. dah tidur?" Gumam Harraz sendirian ketika melihat Fiqa tertidur di atas katil .

Harraz bangun melipat sejadah lalu menghampiri Fiqa , ditarik nya gebar untuk menutupi badan Fiqa yang seakan-akan sejuk kerana pemasangan aircond yang kuat . Dia mencapai remote control aircord lalu menyerdehanakan suhunya. Harraz menuju ke arah sofa yang tidak jauh dari katil yang Fiqa tidur dan perlahan-lahan menghempaskan tubuhnya di situ.

" Good night my sweet heart " ucap Harraz. Bebola matanya merenung Fiqa di atas katil. Bibirnya mengukir senyuman.

°°°°°°°°°°°

Pagi itu, Fiqa bangun dari tidur dan mendapati Harraz masih tidur di atas sofa. Dia berdiri dan berjalan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan mandi. Usai mandi, dia memakai semula pakaian semalam kerana dia tidak bawa baju lebih ke sana kerana mereka tidak merancang untuk menginap di hotel.

" A..awak dah bangun " kata Harraz lalu menguap .

" Haah..dah mandi dah pun. Awak pergilah mandi dan solat nanti kita balik KL . Tak manis kita berdua-duaan dekat sini lama-lama. " jawab Fiqa , tangannya membetulkan tudung di meja solek.

Harraz bangun lalu menuju ke bilik air untuk mandi menunaikan solat subuh.
Selepas itu, mereka turun kebawah dan menjamu sarapan yang disediakan pihak hotel. Usai itu, mereka bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience