BAB 10

Romance Series 16582

Fiqa melangkah kaki masuk pintu utama masjid itu dengan hati berdebar dicampur sebak diiringi oleh Fara dan Airin yang membantu memegang kainnya yang panjang itu.

Hajjah Rosnah dan beberapa orang kampung sudah duduk membentuk bulatan didalam masjid mengelilingi Harraz yang berhadapan dengan haji Ahmad dan tok kadi. Harraz segak dengan baju melayu songket warna sepadan dengan Fiqa . Kelihatan daddy Harraz, mak Mun dan pak mat juga turut bersama mereka.

Fiqa melabuhkan duduk di sebelah uminya . Tempat untuk dia  duduk tersedia satu bantal bulat sama dengan tempat Harraz duduk .  Fiqa disuruh untuk menanda tangani beberapa helai kertas sebelum majlis diteruskan.

" Boleh kita mulakan?" Tanya tok kadi tersebut.

Semua orang mengangguk. Harraz memandang wajah aku sambil mengukir senyuman.

" Baiklah , kita mulakan sekarang... Bismillahirrahmanirrahim" tutur tok kadi. Tanganya dihulurkan kepada Harraz. Harraz menyambut tangan tersebut.

" Tengku Harraz bin tengku Zahid!" Kata tok kadi itu lagi.

" Ya saya " balas Harraz.

" Tunggu!!!!" Jerit Anas dari pintu masuk masjid .

Semua mata memandang Anas yang mengganggu upacara perkahwinan.
Haji Ahmad bangun dari duduknya lalu mendekati Anas .

" Pak cik..kenapa pak cik buat saya macam ni. Pak cik dah janji nak kahwinkan saya dengan anak pak cik" Harraz memeluk lutut haji Ahmad. Haji Ahmad berusaha mengelak daripada membiarkan Anas  memeluk lutut nya.

" Sabarlah anas..percaya qada' dan qadar Allah. Istighfar banyak-banyak . Terimalah yang kamu dan Fiqa tiada jodoh" tutur haji Ahmad sambil membangunkan Anas yang tertunduk memeluk lututnya itu.

" Kau dengar ni Harraz. Aku tak kan benarkah kau bahagia dengan Fiqa..Fiqa hanya milik aku, kau dengar tak. Fiqa hanya milik aku!!!" Jeritnya , matanya memandang tepat ke arah Harraz.

Harraz tersenyum mendengar kata-kata Anas yang berbaur ugutan.

Anas bangun lalu terus berlari keluar dari pintu masuk masjid tanpa menghormati semua orang yang berada di dalam masjid dengan mulutnya menjerit nama Fiqa . Tok ketua yang turut bersama dalam masjid itu merasa malu dengan perilaku anaknya.

Perasaan Harraz berbaur ketika itu, melihat haji Ahmad terlalu berlembut dengan Anas . Fiqa juga terkejut dengan kedatangan Anas seperti itu.

"Tok kadi.. teruskan majlis ni" kata haji Ahmad yang mengambil tempat duduknya semula .

" Baiklah" kata tok kadi. Tangan dihulur semula kepada harraz.

" Tengku Harraz bin tengku Zahid"

" Ya saya" balas Harraz.

" Aku nikahkan dikau dengan Nur Syafiqa Aulia bt Ahmad dengan berwakil walinya kepada aku dengan mas kahwinnya sebanyak 1100 ringgit Malaysia tunai " kata tok kadi tersebut.

" Aku terima nikahnya Nur Syafiqa Aulia bt Ahmad dengan mas kahwin sebanyak 1100 ringgit tunai " balas Harraz pula.

" Sah " tanya tok kadi kepada wali Fiqa .

Haji Ahmad mengangguk kepalanya.

" Alhamdulillah" ucap haji Ahmad , tok kadi dan semua yang hadir.

Badan Fiqa di peluk erat oleh hajjah Rosnah, air mata gembira hajjah Rosnah mengalir di pipi. Fiqa membalas pelukan tersebut.

Harraz bangun meminta diri untuk melakukan sujud syukur di sebalik tirai di sudut masjid sebelum melakukan upacara pembatalan air sembahyang.

Usai itu ,Harraz bangun mendekati Fiqa untuk upacara pembatalan air sembahyang. Jantung Fiqa berdegup kencang saat kedudukan Harraz terlalu hampir dengannya. Tangan Fiqa diraih untuk menyarungkan cincin ke jari manis nya.

Cincin itu adalah cincin arwah mummy Harraz yang mummy Harraz wasiat kan  untuk diberikan kepada menantu perempuannya nanti . Jadi, Fiqa lah satu-satunya menantunya itu.

Fiqa mencium tangan Harraz yang sah bergelar suaminya. Bibir Harraz bergerak mendekati ubun-ubun isterinya dan dicium ubun-ubun isterinya itu lama.

Bibir Fiqa tak henti mengukir senyuman kepada Harraz. Harraz juga melakukan hal yang sama.

" Congrat my sweet boss" kata Airin dan Fiqa serentak.

" Thanks" balas Fiqa.

Akram iaitu kawan Harraz yang terer soal menangkap gambar kerana itu bidang yang diceburinya mengambil tugasnya menangkap gambar Fiqa dan Harraz serta ahli keluarga yang lain.

Seperti selalu, wartawan pihak media turut hadir bagi mengambil info terkini tentang perkahwinan direktor dan CEO sebuah syarikat yang terkemuka di Malaysia dan pemilik butik terkenal untuk dikhabarkan melalui majalah, surat khabar dan media sosial sebagai tatapan netizen dan umum.

Beberapa soalan diajukan oleh wartawan kepada mereka berdua antaranya.. mengapa berkahwin secara tiba-tiba dan terlalu pantas? Dijawab oleh harraz bahawa atas dasar cinta dan keselamatan isterinya.

Fiqa memang dah agak , wartawan akan serbu majlis perkahwinan mereka sebab mereka orang yang dikenali oleh ramai netizen dan umum. Tambahan pula, Harraz yang bekerja sebagai direktor drama, filem dan merupakan CEO berpengaruh besar dalam dunia hiburan tanah air.

" Awak..sabar jelah layan wartawan-wartawan ni semua ehh" bisik Harraz di telinga Fiqa.

" Okay..fine " balas Fiqa.

Hajjah Rosnah dan haji Ahmad  sudah mengundurkan diri untuk pulang ke rumah dan menjadi penyambut tetamu yang hadir nanti . Orang-orang kampung yang datang ke majlis bagi menyaksikan upacara perkahwinan tadi juga turut ke rumah pengantin bagi menjamu selera memandangkan jam menunjukkan pukul 12.30 tengahari.

Hanya tinggal, Airin , Alif , Akram, Fara , Fiqa dan Harraz yang melayan soalan yang diajukan oleh wartawan di luar masjid.

Selepas itu , mereka menaiki kereta masing-masing dan pulang ke rumah Fiqa bagi majlis resepsi pula. Harraz dan Fiqa menaiki kereta yang dipandu oleh Alif disebelahnya Akram.
Fara dan Airin menaiki kereta berdua sahaja.

Tiba sahaja mereka di rumah haji Ahmad, ramai orang kampung dan jiran-jiran berkerumun untuk menjamu selera.
Tanpa membuang masa, Harraz dan Fiqa turun dari kereta dan masuk ke dalam bilik mereka.

" Kau rasakan apa yang berlaku dalam bilik tu nanti, dahlah tutup pintu rapat. Kita nak masuk make up diorang pun tak boleh " kata Airin tanpa berselindung.

Kepalanya diketuk oleh Fara .

" Otak kuning betullah kau ni. Sabarlah, biar diorang tukar baju dulu. Nanti kau make up lah " kata Fara.

Alif dan Akram gelak terbahak-bahak mendengar perbualan Airin dan Fara itu.

Kini Harraz menukar baju melayu songket kepada tuksedo berwarna putih di dalam bilik Fiqa .

" Sayang.. tolong pakaikan tali leher boleh" panggil Harraz kepada Fiqa yang duduk di birai katil yang masih belum menukar baju.
Fiqa mengangguk lalu mendekati harraz dan memakaikan tali leher untuk suaminya itu. Fiqa perlu menjengketkan sedikit kakinya kerana badan Harraz yang agak tinggi berbanding dirinya .

" Dah..pergi keluar..saya nak tukar baju pula" Fiqa menarik tangan Harraz dan menolak badan Harraz untuk keluar dari bilik itu.

" Alah.. saya tukar awak tak keluar pun. Bagilah saya tengok awak tukar baju sekali" Harraz merayu tangannya dilingkari di pinggang Fiqa ketika mereka di pintu bilik.

" Hmm..ye la, tapi jangan melebih..kang tak keluar lah kita jumpa tetamu. Nanti saya kenalkan awak dekat pak long,mak long dan sepupu-sepupu saya ehh" kata Fiqa yang cuba melepaskan tangan Harraz yang melingkari pinggangnya.

" Okay.. sayang" pipi Fiqa dikucup lembut. Berubah rona pipi Fiqa kepada kemerahan.

" Oi..korang buat apa dekat dalam bilik ni..lama sangat, cepatlah keluar, kalau lagi lama tak pasal  lagi 9 bulan aku dapat anak buah " panggil Akram dari luar sambil mengetuk pintu. Fara, Airin dan Alif sudah dah tertahan ketawa terbahak-bahak.

" Tak guna punya kawan.. kutuk kawan sendiri. Korang tak reti tak sabar ke" kata Harraz dari dalam bilik .

" kau yang tak sabar-sabar nampaknya. belum sampai malam pertama dah berdua-duaan dalam bilik! gatal!!" bahas Akram

" errh...biarlah kau apa tau. kau belum berpengalaman!" tambah Harraz.

" lantak kau lah"

terkekeh-kekeh Airin dan Fara mengetawakan kerenah dan gelagat 2 sekawan itu.

Pada waktu Harraz bergaduh dengan Akram , Fiqa mengambil peluang keemasan untuk menukar baju kebaya songketnya kepada dress putih  senyap-senyap dengan cepat supaya Harraz tidak sempat melihat tubuhnya.

" Eh..dah siap tukar baju. Cepatnya" kata Harraz, suaranya berubah hampa tidak dapat melihat Fiqa menukar baju .

" Hahaha..padan muka. Gatal sangat kan " kata Fiqa sambil melilit tudung shawl di kepala nya.

" Merajuk lah macam ni " harraz mencapai tombol pintu bilik dan keluar dari bilik tersebut.

" Hah..dah keluar pun. Fiqa dah siap?" Tanya Airin yang sedia tunggu untuk make up Fiqa .

Harraz hanya mengangguk. Wajahnya muram kerana tidak dapat melihat Fiqa menukar baju. Ini semua salah akram!!

Tanpa membuang masa Airin dan Fara masuk ke dalam bilik mendapatkan Fiqa .

Alif pula hanya touch up sikit wajah harraz yang make up nya tadi cair di ruang tamu sementara menunggu Fiqa keluar dari bilik bersama Airin dan Fara.

Selang beberapa minit, Fiqa keluar dengan berpakaian tak ubah seperti seorang puteri.

" Wah.." ungkap Harraz, mulutnya terlopong melihat kecantikan Fiqa .

" Jom turun makan, nanti nak bersanding atas pelamin pula" ajak Alif yang sudah bangun untuk turun ke bawah. Mereka semua berjalan mengikut Alif . Harraz mengenggam erat tangan Fiqa dan turun ke bawah.

Mereka menikmati makanan pengantin yang disediakan oleh katering, upacara memotong kek perkahwinan juga berlangsung dengan meriahnya ditambah kehadiran Balqis dan Aril serta Ana, kawan baik mereka. Pak long, mak long dan sepupu Fiqa , Syafiq  27 tahun masih belum kahwin dan Aida 18 tahun belajar di UiTM juga tiba dari Kedah .

Majlis persandingan diadakan di dalam rumah iaitu di ruang tamu . Ramai kenalan bertukar giliran untuk menabur beras kunyit dan merenjis air mawar kepada Fiqa dan Harraz. Balqis dan Airin bertukar-tukar menjadi pengapit Fiqa . Akram pula menjadi pengapit Harraz, Alif mengambil gambar menggantikan kerja Akram.

Haji Ahmad sibuk melayan abang kandungnya iaitu pak long, maklumlah sudah lama tidak berjumpa.

Goodies gift bags yang diterima oleh tetamu pula disediakan oleh pihak katering kerana ditempah oleh Harraz.

Hari menginjak ke pukul 5, suasana riuh bertukar lengang . Pihak katering mengemas kanopi.

Jelas semua orang penat , tambah pulak hajjah Rosnah dan haji Ahmad yang tak putus-putus melayan tetamu yang hadir.
Fiqa dan Harraz masuk ke dalam bilik untuk berehat sambil membuka hadiah yang diberikan oleh kawan-kawan mereka.

hari itu merupakan hari yang agak penat bagi mereka.

* if your guys like this story please support with share your coins for this story. i as a author very-very Apreciate it and thanks you so much*

sincerely,
Bella...
love you all

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience