BAB 12

Romance Series 16571

"Fiqa kau takkan terlepas dari aku walaupun kau dah kahwin..hahha, gerak geri kau semua aku tahu" Naufal bercakap sendirian di hadapan cermin.

BAM!!!

Pecah berderai cermin itu dek kerana ditumbuk oleh Naufal .

" Auch..." Naufal mengibas tangan yang luka dan mula mengalirkan darah.

" Hah..tapi ini tak sesakit hati aku tengok kau kahwin. Perkahwinan kau ni buat aku rasa tercabar lagi" Naufal bercakap sendirian lagi. Tanganya yang berdarah itu dibiarkan. Cermin yang pecah berderai itu tidak dihiraukanya

" Kau tunggu...aku boleh buat kau dengan dia berpisah!!! Ni Naufal lah , dia akan dapat kalau dia nak ..hahah" sambung Naufal lagi diiringi gelakkan yang cukup mengerikan .

°°°°°°°°

" Abang...lepas sampai je KL nanti berhenti dekat butik jap, boleh " tutur Fiqa sambil memandang Harraz yang tekun memandu di sebelahnya.

" Anything for you sayang..by the way abang nak bayar Semua harga baju kahwin kita  , abang tak sempat bayar lagi " kata Harraz.

" Ish..tak payahlah abang, butik sayang je pun , lagipun sayang yang kahwin bukan orang lain" Fiqa menepuk bahu Harraz.

" No.. butik awak pun , awak still kena bayar gaji pekerja awak" kata Harraz dengan nada tegas.

" Err..tapi!!.." percakapan Fiqa terhenti apabila Harraz mencelah.

" No tapi-tapi sayang" kata Harraz pula.

Fiqa mati kata lalu mendiamkan diri sehinggalah mereka tiba di hadapan butik 'Fiqa collections '.

Usai berbual Sedikit sebanyak dengan Fara, Airin dan Alif dan menyelesaikan urusan pembayaran barangan perkahwinan. mereka bertolak pulang ke rumah Tengku Zahid. Seminggu lagi akan ada majlis perkahwinan dan resepsi di sebelah pihak lelaki pula iaitu di sebelah Harraz setelah dibincangkan oleh haji Ahmad dan Tengku Zahid.

" Assalamualaikum daddy, mak Mun,pak mat" ucap Harraz ketika membuka pintu rumah yang besar itu . Tanganya menarik bagasi besar miliknya dengan isterinya.

" Waalaikumussalam hah, Harraz dan fiqa baru sampai?. Kata bertolak pagi tadi lagi..ni kenapa petang baru sampai...bukan jauh pun Melaka dengan KL?" Tengku Zahid menuangkan wajah hairan, sambil Harraz dan Fiqa menyalami tangannya di ruang tamu.

" Ouh..takde daddy. Tadi singgah butik Fiqa ..hehe " balas Fiqa sambil menghadiahkan tersenyum kepada bapa mertuanya itu.

" Ouh..ingat ada problems apa . Dah pergi masuk bilik , kemudian mandi solat asar. Lepastu turun makan malam" arah Tengku Zahid.

Memang dah jadi kebiasaan orang kaya iaitu makan malam pada waktu petang dalam pukul 6.

" Okay daddy" kata Harraz

" Jom sayang" harraz menarik tangan isterinya mengekori langkahnya.

Tengku Zahid menggelengkan kepala melihat gelagat anaknya itu.

" Mak Mun.. sediakan makanan!! Lepastu makan sekali kitorang nanti .Ajak suami mak Mun sekali makan dekat kami nanti " laung tengku Zahid dari ruang tamu.

Suami mak Mun tu merujuk kepada pak mat lah iaitu driver Tengku Zahid. Mereka berdua tinggal di rumah kecil sedikit di belakang rumah Tengku Zahid.

" Baik Tengku " jawab mak Mun.

°°°°°°°

" Jom abang bawa sayang pindah rumah, kan kita dah hampir 2 minggu stay rumah daddy dan kadang-kadang stay rumah sayang. Abang sebenar ada belikan sebuah rumah tapi rumahnya taklah sebesar rumah daddy. Biasa je, sayang okay ke ?" Tanya Harraz pada pagi itu di koridor bilik mereka di rumah Tengku Zahid.

" Habis tu rumah sayang macam mana , takkan nak biarkan usang je. Ni pasal besar ke kecil tu , sayang langsung tak kisah " balas Fiqa , matanya memandang tepat ke arah suaminya di sebelahnya.

Mereka sudah berkahwin hampir 2 minggu, majlis resepsi pihak Harraz pula baru berlangsung 4 hari lepas di dewan dalam sebuah hotel 5 bintang.

" Ish.. rumah sayang.. sayang sewakan lah, kita stay rumah yang abang beli ehh. Tapi rumah yang abang beli tu kosong lagi, satu dekorasi pun tak de, perabot pun tak de, so abang nak sentuhan sayang dekat rumah kita nanti, sayang kena dekorasi rumah tu dan pilihkan perabot untuk rumah kita " Harraz mendekati Fiqa lalu menggenggam erat tangan isterinya.

"Boleh je abang, no problems" balas Fiqa sambil mengangkat tangan tanda ok.
Seperti biasa, sifat Fiqa memang begitu.

" Ha.. baguslah kalau macam tu, sayang pergi siap nanti abang tunjukkan rumah kita" kata Harraz dan berlalu pergi dari bilik itu .

Fiqa menurut kata lalu berjalan memasuki bilik air di dalam bilik tidur mereka untuk menukar baju.

°°°°°°°

" Ish, rosak pulak motor aku, time-time ni lah kau nak rosak pun" Anas menepuk-nepuk  motosikalnya. Rambutnya dirampas kasar.

"Macam mana nak cari rumah Fiqa ni. Ish dah lah aku dekat dengan highway,baru je lepas tol  ni, nak tumpang orang, nak cari teksi pun susah " gumam Anas sendirian sambil melemparkan puntung rokok ke tanah.

" Dasar motor pembawa sial. Tak pasal-pasal urusan aku nak cari Fiqa tergendala" Anas menendang Motonya hingga terbalik di atas jalan tar itu.

" Encik.. kenapa ni, ada yang boleh saya bantu?" Tanya seorang pengawal keselamatan di RNR itu.

" Arghh..diam lah aku tak perlukan pertolongan kau " Anas meninggalkan pengawal keselamatan itu dan berjalan menghampiri sebuah kedai makan di RNR itu. Motosikalnya dibiarkan.

Anas meramas kasar rambutnya, wajahnya tak ubah seperti orang gila  . Badannya susut, berjambang tebal ditambah rambutnya yang panjang.

Puas tok ketua menasihati supaya move on dan lepaskan Fiqa dengan hati yang terbuka namun dia tidak dapat menerima hakikat. Sebab itulah keadaannya menjadi begitu. Dirinya tidak terurus.

°°°°°°°°

" Wah..abang cantiknya rumah ni, master bedroom mesti besarkan " kata Fiqa sambil berpusing-pusing di depan pintu rumah itu sebelum menunggu Harraz membuka kunci pintu.

" Eh..eh..master bedroom pula yang difikirkannya, tau lah nak tidur sedap-sedap pun" kata harraz lalu masuk ke dalam rumah kosong itu.

" Haha..yelah nak berguling atas katil lepastu nak tendang abang jatuh " Fiqa gelak terbahak-bahak.

" Ish..ada je niat jahat dia kan " Harraz berjalan menaiki tangga rumah tersebut. Fiqa mengejar langkah Harraz yang jauh dihadapan.

" Ni master bedroom, sedang-sedang je takde lah besar macam bilik dalam istana" seloroh Harraz sambil mencuit hidung Fiqa .

" Aduh.. sakitlah. Okaylah besar ni, lepas ni kita pergi beli perabot ehh. Rumah ni siap awal boleh kita pindah sini cepat-cepat" kata Fiqa sambil menepuk tangan tanda happy go lucky yang teramat.

" Amboi.. gembiranya dia. Okay sayang anything for you" kata Harraz.

°°°°°°°°

" Hey..boleh tolong aku tak" jerkah Anas ketika dia menghampiri pondok pengawal keselamatan tadi.

" Aik..tadi saya pergi nak tolong encik kata tolong diam. Sekarang nak saya tolong encik pulak" kata pengawal keselamatan itu .

" Arghh.. sorry lah tu tadi, jangan diungkit. Ni boleh dak kau tolong carikan teksi atau kau call lah grab ka untuk hantar aku balik Melaka. Ni moto buruk ni aku hadiahkan dekat kau. Nanti kau repair okaylah motor ni" Anas menunjukkan motosikalnya yang tersadai di tepi jalan itu.

" Ermm..okay saya tolong" pengawal keselamatan itu menekan punat di Telefon bimbit.

Selang beberapa minit,

" Okay...nanti ada teksi datang. Saya call teksi untuk encik tadi. Ni betul ke motor ni nak bagi dekat saya, jangan encik buat report kata saya curi sudah  " kata pengawal keselamatan yang umurnya dalam lingkungan 30-an .

" Arghh..takde maknanya aku kisah motor pembawa sial macam tu . Kau ambillah motor tu jangan banyak tanya" kata Anas

Pengawal keselamatan itu mengangguk.

" Ish orang ni, motor elok dia kata motor buruk . Rosak sikit je kot" gumam pengawal keselamatan itu sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience