Bab 5,

Romance Series 8313

Selepas beberapa minggu kejadian di tepi jalan tersebut, Annisa tidak berputus asa. Dimintanya petunjuk daripada tuhan dan solat istiqarah juga sudah didirikan. Dia yakin dengan keputusannya untuk menikahi lelaki tersebut.

Dua hari yang lepas berlangsungnya majlis pertunangan antara Nur Annisa dan Hafiz Idham. Itu pun Hafiz Idham hanya datang menjenguknya sebentar saja. Jenguk tanpa rela kata orang! Lepas majlis selesai, Hafiz Idham tidak menunggu lama dan terus pulang dari rumah majlis. Dan beberapa bulan lagi mereka akan disatukan dengan majlis pernikahan pula. Sungguh cepat masa itu berjalan hingga sedar tak sedar lagi berapa minggu, Annisa akan merealisasikan impiannya sebagai seorang pereka fesyen.

"Assalamualaikum." Setelah dijemput oleh pemandu Dato Hamdan, Annisa melangkah masuk ke dalam rumah banglo mewah 3 tingkat itu sebagai seorang bakal menantu kepada Dato Hamdan dan Datin Normah bukan lagi sebagai orang asing.

"Wa'alaikumsalam. Ya Allah Nisa. Sampai pun anak mummy." Datin Normah menyambut baik bakal menantunya ke dalam rumah. Mereka berlaga pipi dan berlalu duduk di ruang tamu.

"Mestilah Nisa datang. Kan mummy yang ajak Nisa ke sini. Mana semua orang mummy? Senyap sunyi je rumah ni." Soal Annisa yang agak sedikit kekok memanggil Datin Normah dengan panggilan mummy namun diturutkan apabila Datin Normah mendesak. Dia juga yang sedari tadi perhatikan yang rumah banglo ini senyap sunyi bagai tiada penghuni. Harini hari Sabtu takkan semua kerja kot? Nasib aku free harini, jadi aku terus setuju bila Datin Normah menjemput aku untuk datang ke sini.

"Oh daddy pegi ofis sebab ada hal mustahak katanya. Sekejap lagi daddy balik. Haziq keluar dengan kawan-kawan dia main futsal. Hani pun sama keluar dengan kawan. Biasalah Nisa, bila dah besar panjang ni mana mahu lekat dekat rumah dah budak-budak tu." Jawab Datin Normah.

Semua keluar? Kesian mummy diorang yang sorang-sorang dekat rumah besar ni. Mamat tu kerek pulak?

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal pulak bila nampak Hafiz Idham yang mula melangkah menuruni anak tangga sambil memakai jam di tangan. Alahai handsomenya. Badannya yang sedikit sasa dan fit itu cukup sempurna digandingkan dengan Tshirt polo hitam, berjaket coklat dan seluar jeans birunya itu betul-betul memikat hati. Rambut yang sudah digunting nipis, digayakan kemas dan sedikit dipacakkan, kaca mata hitam yang selalu dibawanya dan sesuatu yang membuatkan kekacakan Hafiz Idham semakin terserlah iaitu jambangnya sudah digunting nipis dan diperkemaskan! Interesting!

"Nak kemana tu Am?" Soal Datin Normah dari ruang tamu.

Langkah Hafiz Idham yang ingin berlalu dari ruang tamu ke pintu utama terhenti seketika apabila namanya disebut.

"Keluar." Ringkas sahaja jawapan Hafiz Idham. Nampak saja muka Annisa anginnya bagaikan berubah. Tengah elok-elok aku nak keluar ambik mood, nampak pulak muka perempuan ni dekat rumah aku. Apa dia buat kat sini? Menyibuk aje tahu! Dah dapat title tunang tu duduk rumah diam-diam aje lah tak boleh ke? Ni tak, datang jugak sini. Marah Hafiz Idham lalu menghadiahkan jelingan kepada Annisa dengan wajah yang masam mencuka.

Amboi jeling! Ingat dia sorang je ke yang ada mata, aku tak dak?! Haihh panas betullah hati ni tapi ditahankan saja. Dahlah baru puji tadi, Then dia mula dah perangai dia yang suka tengok aku macam tengok daging mentah yang tunggu untuk dimakan oleh singa jantan yang kelaparan. Mata tu pulak eeee macam perempuan aje nak jeling-jeling. Aku korek bijik mata kau kang! Kalau dengan mummy kau elok pulak kau pandang tapi bila nampak muka aku, muka kau yang handsome and manis tu pun semut tak lalu nak hurung! Aku cantik sangat ke aku sampai jeling-jeling macam tu. Bukan nak bangga lah tapi setakat ni farah Nabila yang berlakon cerita Titian Cinta tu pun still kalah. HAHAHA! Ishhh kau jangan nak perasan lah Annisa. Sedar diri tu sikit. Kau yang terhegeh-hegeh dekat dia. Orang tu pulak? Hm faham fahamlah.

"Eloklah tu, Jom keluar dengan mummy sekali? Nak beli barang sikit untuk majlis nanti." Pujuk Datin Normah.

Erk??? Asal pulak ajak mamat kerek ni? Tadi mummy kata pegi berdua je. Taknak ada mamat kerek ni mummy. Huwaaaa! Tersiksa hidup aku Kalau ada dia ni. Desis Annisa.

Ingat aku nak sangat ke keluar sekali dengan kau? Huh tak ingin aku. And patutlah perempuan tu ada dekat sini. Nak keluar dengan mummy rupanya! Huh! Majlis, majlis, majlis! Tak habis-habis majlis! Di ofis dengar majlis, di rumah dengar majlis bosan lah! Degusan Hafiz Idham dilepaskan kasar.

"Mummy pergi dengan Pak Akob dulu boleh tak? Nanti Am menyusul mummy dekat sana eh. Am ada hal sikit dengan Reizman." Walaupun berat untuk menerima permintaan mummynya, tapi dia tidak sanggup untuk berkata 'tidak'.

Bukan juga niatnya untuk menginkari kata-kata seorang ibu tetapi memang dia telah berjanji untuk bertemu dengan Reizman memandangkan Reizman baru saja pulang dari luar negara atas urusan kerja.

Annisa memerhati dan mendengar saja perbualan antara dua beranak tersebut. Nak masuk campur, belum jadi menantu lagi. Satu yang Annisa perhatikan sikap Hafiz Idham ni. Marah, jeling, tak suka dekat aku pun dia still boleh cakap elok-elok dengan mummy dia. Yelah syurgakan di bawah tapak kaki ibu. Sapa tak sayang mak oi, hampa habaq sat! Kalau bercakap dengan aku? Menyakitkan hati betul. Huh! Tentang Hafiz Idham akan turut serta untuk membeli-belah bersama lagi lah menyakitkan hati aku walaupun dia akan datang lambat sikit. Lambat banyak pun takpa. Lagi aku suka. Aduh yang Datin Normah pegi ajak anak dia buat apa? Kacau daun aje!

"Am pegi dulu mummy. Anything I'll call you. Bye." Tutur Hafiz Idham yang tunduk menyalami tangan Datin Normah namun sempat menjeling kepada Annisa yang berada di sebelah Datin Normah. 'Ish sempat lagi mata tu!' Desis Annisa.

"Okay son. Drive safe."

Selepas itu terdengar kereta nisan GTR yang mula mengaum ingin berlalu dari perkarangan rumah. Depan rumah pun pedal minyak ke? Haih lah orang kaya. Buat habis minyak je.

"Dah jom mummy panggilkan Pak Akob then kita gerak eh sayang. Kejap. " Pamit Datin Normah.

"Okay mummy." Annisa tersenyum nipis.

Masa yang diambil oleh Datin Normah untuk bersiap tidak begitu lama. Apa yang harus dihairankan? Semuanya telah siap sedia di atas katil oleh pembantu rumah dan dia cuma perlu memakainya sahaja. Kereta sudah disediakan dan mereka sama sama menuju kesana.

•Do comment.
•I'll read it and reply
•In Sya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience