Bab 2,

Romance Series 8313

Semua ahli keluarga Dato Hamdan sudah mula berdiri di hadapan rumah untuk memakai kasut dan menuju ke arah kereta.

Datin Normah sudah meneliti jam di pergelangan tangan. Sudah nak masuk zohor, dan mereka perlu bergerak sekarang. Dia sudah memberitahu rakan karibnya yang dia sekeluarga akan bertandang ke rumah sebelum zohor.

"Dah Jom kita bergerak sekarang. Kang lambat pulak nak sampai." Datin Normah sudah menggamit anak-anaknya untuk naik ke kereta.

Hafiz Idham yang sudah mengenakan kaca mata hitam di atas batang hidung mula bergerak naik ke tempat pemandu. Memang tiap-tiap kali aku yang kena jadi driver pun!

Manakala Dato Hamdan, Datin Normah dan Hani Irisa dan sudah siap sedia di tempat duduk belakang. Haziq Ilham pulak sudah siap sedia di sebelah abangnya.

"Am ikut je direction ni." Datin Normah sudah memberikan arah tuju di dalam aplikasi telefonnya.

"Baik mummy." Sambut Hafiz Idham.

-----------

"Alright guys, we are safely arrived at the destination." Hafiz Idham berseloroh.

"Kau ingat ni kapal terbang ke bro? Ke masih ingat kerja lama?" Usik Haziq ilham. Kerja lama yang dimaksudkan Haziq ilham ialah seorang pilot.

Muka Hafiz Idham sudah merah tanda menahan marah. Yang kau pun satu Am, yang pegi cakap macam tu kenapa? Bukannya kau... arghhhh aku taknak ingat kisah silam aku!

"Okay okay chill bro." Tersalah masuk topik la pulak. Desis Haziq ilham.

Kedatangan mereka sekeluarga disambut baik oleh tuan rumah iaitu Haji Taib dan Hajah Aminah. Dato Hamdan dan Haji Taib sudah berpelukan, begitu jugak Datin Normah dan Hajah Aminah.

"Sampai pun. Jom masuk, cuaca makin panas dekat luar ni." Haji Taib menggamit tetamunya untuk masuk ke dalam rumah teres dua tingkat yang sederhana.

Hafiz Idham, Haziq ilham dan Hani Irisa yang sedari tadi diam, memulakan langkah masuk ke perkarangan rumah Haji Taib.

"Jemput lah duduk Hamdan dan Normah. Maaf lah rumah ni kecik sikit nak dibandingkan dengan rumah besar kamu tu." Kata Haji Taib.

"Ish apa kamu cakap macam tu Taib. Aku dengan kamu ni dah kenal lama. Tak payah lah kamu nak rendah diri sangat." Sambut Dato Hamdan.

"Ahah Abang Taib, asalkan selesa cukup lah." Tokok Datin Normah. "Akak nak buat air ke? Jom saya ikut ke dapur. Boleh tolong apa yang patut." Soal Datin Normah kepada rakan karibnya iaitu Hajah Aminah.

Hajah Aminah merupakan kenalan kepada Datin Normah ketika mereka sama sama melanjutkan pelajaran. Begitu jugak dengan Dato Hamdan dan Haji Taib. Disebabkan Hajah Aminah usianya sedikit tua berbanding Datin Normah, jadi panggilan kakak sudah lama sebati dengannya sejak mereka berkenalan.

"Ahah boleh jugak tu. Jom kita ke dapur. Abang Haji duduk lah sembang-sembang. Nanti saya bawak kan air." Katanya sambil ingin berlalu.

"Em makcik, minta maaf lah. Am nak ikut ke dapur sekali sebab nak pinjam bilik air." Hafiz Idham sudah menghampiri mummynya dan Hajah Aminah.

Satu yang Hajah Aminah perhatikan tentang anak-anak temannya ini. Sudah besar dan semakin dewasa. Yang lelaki kacak ikut ayah dan yang perempuan cantik ikut mak. Terserlah kekacakan Hafiz Idham yang mengenakan kemeja kotak-kotak yang dilipat hingga siku, seluar jeans biru laut dan kaca mata hitam yang tersangkut di baju. Cukup santai! Ditambah pula dengan kulitnya yang putih kemerahan sedikit. Mungkin sebab rumah aku ni panas kut dan takdak penghawa dingin. Senyum Hajah Aminah.

"Boleh Am. Apa pulak nak minta maaf ni? Anggap macam rumah sendiri je." Hajah Aminah tersenyum lagi.

Hafiz Idham hanya tersenyum menunduk. Lalu bergerak menuju ke bilik air. Dato Hamdan dan Haji Taib masih rancak bersembang manakala Haziq ilham sudah berlalu ke luar rumah untuk menjawab panggilan.

•Do comment.
•And I'll fix it.
•In Sya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience