Bab 10,

Romance Series 8313

Pagi Ahad yang mendamaikan. Sedang elok Annisa lena diulit mimpi, tiba-tiba dia terasa mukanya berbahang seperti terkena panahan cahaya matahari.

'Ish siapa pulak lah yang kacau aku tengah tidur ni? Tak tahu ke yang tidur itu indah bila cuaca awal pagi tadi hujan lebat? Sembahyang subuh pun dah di hujung-hujung waktu. Nasib tak terlepas langsung.' Gumamnya sendirian. Cepat saja tangannya menarik selimut untuk menyelubungi tubuh.

"Ya Allah Nisa oi, bangun-bangun! Dah pukul berapa dah ni. Dah bangun!" Bising Hajah Aminah sambil menarik selimut yang menyelubungi tubuh anak daranya itu. Anaknya yang seorang ini bukan boleh diharap, hari Ahad begini ingat nak dapat ke tiket percuma tidur sampai ke tengahari?

"Alaa ma apeni? Harini kan hari Ahad. Nisa penat lah." Gumam Annisa lagi dengan mata terpejam. Selimut juga cuba dicapainya tetapi Hajah Aminah lebih tangkas menariknya.

"Kalau ye pun harini hari Ahad, Nisa tak boleh bangun awal ke? Dah bangun cepat." Hajah Aminah berleter lagi.

"10 minit ma, 10 minit. Please, lepas ni Nisa janji Nisa bangun." Kalini Annisa mengambil bantal pula untuk menutup mukanya.

"Ya Allah budak bertuah ni. Nur Annisa Binti Taib mama kata bangun, Nisa bangun cepat. Jangan nak buat perangai. Kejap lagi Idham dengan mummy dia nak datang sini." Hajah Aminah sudah mengcekakkan pinggangnya.

Annisa bagaikan terkena renjatan eletrik. Idham? Hafiz Idham tunang aku nak datang? Apa mimpi pulak dia nak datang? Ke dia tahu yang aku terambil buku dia? Ya Allah apa kau dah buat Nisa, ambil barang orang tanpa meminta izin itu berdosa kau tahu tak. Eh kejap, apa pulak sampai berdosa ni? Aku ter-ambil okay, TER! So aku tak sengaja. Tapi tak sengaja apanya kalau kau dah baca isi buku tu.

"Yang termenung tu kenapa? Dah bangun pegi mandi." Hajah Aminah sudah mengarah anak perempuannya yang satu itu.

"Err baik ma." Annisa sudah berdiri di tepi katil setelah mengeliatkan badannya. Tuala diambil di ampaian yang terletak di sebelah almari. Sebelum kakinya membuka pintu kamar mandi sempat dia bertanya satu lagi soalan kepada Hajah Aminah. "Err Idham dengan mummy dia datang sini nak buat apa mama?"

"Manelah mama tahu. Nak datang melawat agaknya." Jawab Hajah Aminah.

"Oh em okay." Setelah itu, Annisa sudah siap sedia ingin menutup pintu kamar mandinya.

'Tak akan lah nak datang melawat saja-saja kot? Yelah mana tidaknya, mamat hati batu tu pun ikut sama nak datang melawat. Ingat senang ke dia nak ikut sama kalau hal itu melibatkan aku? Huh jangan haraplah. Hm ni mesti ada apa-apa.'

"Nisa, lepas mandi nanti turun tolong mama dekat dapur. Boleh lah kita hidangkan makanan tengahari sekali. Boleh makan ramai-ramai." Kata Hajah Aminah seraya itu menutup rapat daun pintu bilik Annisa.

'Aduh, nak makan tengahari lah bagai. Kenapa tak balik je? Kalau Datin Normah seorang sahaja tak apa lah, ni sudahlah ada Hafiz Idham sekali. Satu hal pulak dia nak kena menghadap muka aku, aku nak menghadap muka dia. Haih redha jelah' Desis hati Annisa.

--------------

"Am cepat lah sayang, mummy dah bagitahu kawan mummy yang Am pun akan ikut sekali." Datin Normah masih memujuk anak sulungnya yang masih berlingkar di atas katil besar itu. Selimut kemana, bantal kemana, dan tuan pun kemana. Pening dia dengan keadaan katil yang tidak terurus itu.

"Alaa yang mummy pandai-pandai cakap Am ikut sekali kenapa? Mummy pegi sorang je eh, please." Hafiz Idham masih memejam mata dengan keadaan tubuhnya yang meniarap dan tidak berbaju. Seluar yang dikenakan pula hanya seluar pendek sekerat lutut.

Datin Normah sudah mengeluh perlahan, degil yang amat anak sulungnya seorang ini kalau nak dibandingkan dengan anak yang kedua dan yang bongsu.

"Kita bukannya pergi sana nak duduk lama-lama. Just duduk bincang-bincang sikit pasal majlis itu aje. Then kalau lepas tu Am nak balik sambung tido balik pun mummy tak kisah." Datin Normah masih memujuk Hafiz Idham.

"Alaa nak bincang tu bincang aje lah. Kenapa pula perlu ada Am dekat situ? Semak tahu tak semak!" Tanpa diduga suara Hafiz Idham sudah meninggi kepada Datin Normah. Datin Normah sedikit tersentak dengan suara anaknya.

"Ahmad Hafiz Idham Ahmad Hamdan! Watch your mouth when you're talking to your mom!" Dengan tiba-tibanya suara Dato Hamdan memecah kesunyian bilik itu.

Hafiz Idham sudah bangun mengeluh di atas katil miliknya. Wajah dan rambutnya yang tidak terurus itu diraup dengan kasar dan penuh rasa kesal.

"Macam ini ke Am hormat mummy Am? Dengan cara bercakap macam tu?" Sambung Dato Hamdan lagi.

"Abang sudah lah tu." Datin Normah ingin meredakan keadaan yang sedikit tegang.

"Okay first, I am sorry. But please Am taknak pegi. Buat apa Am nak pegi sana? Semua ni bukan kehendak Am dan Am tetap tak akan pegi." Hafiz Idham masih dengan keputusannya. Pandangan tajam Dato Hamdan tidak dihiraukan Hafiz Idham.

"You will and you have to. Kalau tak jangan anggap mummy and daddy ni orang tua Am." Dato Hamdan berkata tenang. Seraya itu Dato Hamdan menarik tangan si isteri untuk beredar dari situ.

Hafiz Idham sudah tercengang? Sampai begitu sekali kah? Sekali lagi rambut yang tidak terurus itu diraup kasar.

--------------

Nasi sudah ditanak, lauk sudah dimasak dan hanya menunggu tetamunya saja untuk datang bertandang di rumah. Meja makan yang sederhana besar itu dibersihkan oleh Annisa.

"Nak hidang lauk sekarang ke mama?" Soal Annisa yang masih menyusun atur pelapik pinggan agar kelihatan kemas.

"Tak payah lagi kot. Nanti lauk sejuk, tak sedap tetamu nak makan. Tunggu tetamu datang, lepas tu baru Nisa hidangkan semua lauk-lauk yang dimasak tadi." Jawab Hajah Aminah yang berlalu ke ruang tamu sederhana untuk mengemas apa yang patut.

"Okay mama. Err ma, baba mane? Nisa tak nampak pun."

"Baba kamu pergi kedai runcit sekejap beli surat khabar. Tahu-tahu sajalah baba kamu tu, tak boleh hidup kalau surat khabar takde dekat tangan sehari. Tapi berita hari-hari tengok. Membazir betul." Hajah Aminah berleter.

"Apa yang membazirnya ma? Bagus ape ambil tahu tentang apa yang terjadi di negara kita ni. Ada sesetengah masyarakat, apa yang terjadi dekat negara sekarang pun tak tahu. Sebab apa? Sebab melayan benda-benda yang tak berfaedah." Annisa sudah bangkit ke dapur untuk mencuci tangan.

"Itu mama tahu lah yang baba kamu tu prihatin dengan negara kalau tidak tak adanya dia masuk tentera dulu ni. Tapi yang membazirnya bila dia guna duit nak beli surat khabar hari-hari. TV pun dia tengok hari-hari. Tak ke membazir tu? Secara tak langsung, baba kamu dah membazir duit dan eletrik sekaligus. Itu tak termasuk dengan drama-drama petang siang malam kamu lagi sampai mama pun tak sempat nak tengok cerita masak-memasak mama. Cukup bulan bil elektrik melambung. Haa elok lah tu."

'Astagfirullahalazim mama aku ni. Bawa-bawa lah mengucap sekejap. Di cakapnya tak berhenti. Macam mana tak kena darah tinggi? Yang baba ni pun satu. Sepatah aku sokong baba, berbakul-bakul mama bagi kat aku balik. Rasa menyesal pulak aku sokong tadi.'

"Apa bising-bising ni?" Soal Haji Taib di hadapan pintu utama dengan surat khabarnya yang diapit di celah ketiak.

'Terima kasih ya Allah. Baba pulang tepat pada masanya. Baik aku chaw naik atas dulu untuk mandi kali kedua. Sudah buat kerja rumah ni rasa badan melekit-lekit.'

"Tak ada apa abang Haji oi, dah habis mengutuk dah pun." Jawab Hajah Aminah dan berlalu ke dapur.

"Aik orang biasa macam saya pun tak lari kena kutuk ke? Ingat artis je, lagi-lagi si Sajat. Kenapa lah orang-orang masih mengata dekat dia? Kita tak tahu apa yang pernah dilalui oleh dia. Itu belum masuk masa dia remaja lagi. Semasa di sekolah pula, mencabar sentiasa. Ibu jangan bimbang, bekalkan tenaga. Ibu jangan bimbang, bekalkan tenaga! Bekalkan! Tenaga! Haih lah anak muda, tak takut dosa ke?" Haji Taib sudah mengelengkan kepalanya dan ke ruang tamu untuk membaca surat khabar Ahadnya.

Hahaha ngek betul kepala orang tua Annisa ini.

"Amboi bang Haji, lagu iklan kanak-kanak pun di masukkannya. Sudahlah saya nak kemas mana yang patut dekat dapur tu. Abang nak air tak?" Hajah Aminah bertanya.

"Tak apa lah, abang kenyang lagi ni. Tadi sempat makan kuih dekat kedai Pak Saat sekejap sebelum balik." Jawab Haji Taib di ruang tamu.

"Haa yelah. Nanti kalau abang nak apa-apa, panggil saya dekat dapur." Hajah Aminah sudah berlalu ke dapur. Haji Taib pula di ruang tamu untuk membaca surat khabar. Manakala Annisa pula naik ke tingkat atas untuk bersiap. Hanya menunggu tetamunya saja untuk bertandang ke rumah.

—————————————
So far macam mana dengan cerita ni? Okay? Ke merapu ja banyak? Sesiapa boleh comment dan In sya Allah era akan publish lagi chapter yang akan datang :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience