Bab 7,

Romance Series 8319

Annisa berjalan senyap di samping Hafiz Idham. Kemana Hafiz Idham pergi Annisa ikut, setiap kedai yang dimasuki oleh lelaki itu juga Annisa turuti. Dah macam lembu cucuk hidung Annisa jadinya. Mereka berlegar-legar di dalam pusat membeli-belah tersebut tanpa tujuan yang tepat.

Sampai bila nak diam macam ni? Dia senyap, aku pun senyap. Sudahlah kaki tu panjang nak mampus. Jalan menonong saja ke depan, habis aku ni pulak yang kena berlari anak sedikit untuk menandingi langkah kaki panjang dia tu. Huh!

"Awak... " Annisa memberanikan diri untuk memulakan perbualan. Sebenarnya Annisa ni penakut, berlagak cakap dalam hati je lebih. Tengok sajalah, nak tengok mata dia pun gerun semacam. Keadaan yang sama seperti Annisa di sekolah rendah masa mula-mula nak masuk darjah satu. Nak mintak izin pergi tandas pun takut.

"Hmm... " Garang saja bunyinya.

"Mummy kan suruh kita beli cincin. Yang kita berjalan macam tak ada arah tujuan ni kenapa? Eh bukan kita tapi awak. Awak yang berjalan macam tak ada arah tujuan. Masuk kedai itu, keluar kedai ini. Lepas tu masuk lagi kedai yang lain awak buat benda yang sama. Saya dah penat lah nak ikut kaki awak yang panjang tu." Tanpa sengaja aku membebel panjang di telinganya.

"Sorry? Kau siapa nak cakap dengan aku macam tu? Suka hati aku lah nak masuk kedai mana-mana pun. Tadi kau dengan mummy, tapi sekarang kau dengan aku, So that's mean kau kena dengar cakap aku. Faham?" Tegas sekali Hafiz Idham mengarah.

Haa rasakan kau Annisa. Kau membebel sangat kan dah mendapat . Eeee geramnya aku! Aku terbebel okay. TER! Maksudnya aku tak sengaja membebel dekat kau! Mana taknya, aku dah penat tahu tak? Sudah lah tadi aku teman mummy kau tawaf satu mall ni. Ni anak dia pulak buat dekat aku. Hang boleh? Dah dekat 2 jam tapi Hafiz Idham masih buat tak tahu saja.

"Ya saya faham tapi sebelum tu boleh tak kita duduk sekejap dekat mana-mana? Saya dah sakit kaki lah awak." Lembut saja soal Annisa.

"No! Dah jom. Aku nak masuk kedai depan tu pulak." Saja Hafiz Idham ingin melengah-lengahkan masa. Annisa terlopong mendengar kata-kata Hafiz Idham.

What the..... ?! Aku dah penat lah setan! Ya Allah bantulah hamba-MU ini ya Allah. Tiba-tiba satu mentol terpancul di minda Annisa. Oh kau taknak bagi aku duduk kan? Siap kau.

"Awak... " kata Annisa sambil buat muka seperti menahan sesuatu.

"Nak apa pulak ni?" Hishh macam macam lah perempuan ni.

"Saya nak pergi dekat situ kejap. Kejap je." Annisa menunjukkan sesuatu pada papan tanda di hadapan mereka. Hafiz Idham nampak saja papan tanda yang berbaju skirt berwarna pink tersebut Hafiz Idham terus mengeluh dan menoleh ke sisi. Ni lagi satu, perempuan dengan cermin memang tidak dapat dipisahkan ke? Mana-mana cermin! Tu pergi tandas sebab nak tengok cermin lah tu! Nak tengok shawl dia tu terletak elok ke tidak.

"2 minutes!" Kata Hafiz Idham.

"Amboi garangnya. Okay awak tunggu kejap. Tunggu tau awak. Tunggu tau." Tunggu lah hang sorang kat sini. Aku nak rehatkan kaki aku. Kejap pun jadilah, lenguh kaki sangat ni dari tadi berjalan tak habis-habis.

Ish perempuan ni aku penampar kang terus masuk jamban!

"Ish cepatlah." Akhirnya Hafiz Idham mengalah.

Annisa tersenyum menang. Comel je bila dia buat muka macam tu. Geram pulak aku macam nak cubit-cubit je pipi dia. Suis gatal dia datang dah. HAHAHA!

Sementara menunggu Annisa ke tandas, Hafiz Idham menyandarkan tubuhnya pada dinding. Telefon pintarnya dikeluarkan dan ditekan-tekan tanpa arah. 1 minit, 2 minit, 4 minit setengah, 7 minit, 10 minit! Ish bosan lah. Lama betul perempuan ni. Hafiz Idham menilik jam di pergelangan tangan.

"Am?" Tegur satu suara.

Hafiz Idham mendongak wajah. Tak sangka yang mereka bakal berjumpa lagi. Di sini? Tak mustahil. Geleng Hafiz Idham.

"What a small world lah bro. Hahaha buat apa sorang-sorang dekat sini?" Tanya lelaki tersebut.

"Aku? Kau tak nampak ke aku tengah masak ni?"

Reizman tergelak lagi. Hahaha sudah tahu di dalam shopping mall tapi tanya lagi.

"Patutlah nak cepat tadi, rupanya buat part time memasak dekat mall hahaha. Serious bro kau buat apa sorang-sorang dekat sini? Kata nak jumpa mummy kau? Ni muka mummy kau pun aku tak nampak." Kepala Reizman tertoleh sana sini. Wajah Datin Normah tidak pulak dia nampak sebentar tadi. Ke aku kena kelentong?

Belum sempat Hafiz Idham membuka mulut untuk menceritakan kenapa dia ada di sini seorang diri terbantut apabila Annisa sedang berjalan ke arah mereka berdua.

"Dah jom?" Kata Annisa yang sudah berdiri di samping Hafiz Idham.

"Hoho wait wait. Ni siapa pulak ni Am? Aku tak kenal pun. Haha aku kena kencing dengan kau ke apa ni? Tadi cakap keluar dengan mummy kau, mummy apanya kalau awek cun macam ni? Come on bro takkan macam ni kot." Reizman berkata panjang lebar.

Ni malaun mana pulak ni? Pakaian pun branded semua. Mesti anak Dato jugak ni. Boleh tahan handsome jugak tapi entahlah hati ni still cakap yang Hafiz Idham a.k.a tunang aku jauh lebih segak. Aisehman! HAHAHA! Mungkin aura memikat dia kot. Tapi satu yang aku tak faham. Kenapa orang atasan mesti berkawan dengan kaum kerabat mereka je? Contoh depan mata, dah boleh nampak dah pun. Yang perempuan pulak, nak berkawan dengan orang yang ada rupa sahaja. Orang yang tak ada rupa di ketepikan. Tak layak kah? Atau memalukan ketika mahu berjalan atau keluar sekali? Tak faham lah aku dengan spesis manusia zaman sekarang ni. Desis Annisa.

"Mummy kependanya kau ni? Ni lah perempuan tu." Antara dengar dan tidak saja suara Hafiz Idham.

Amboi! Kemain depan kawan kau kerek nak mampus! Ni lah namanya manusia kalau depan kawan je mesti nak bajet bagus. Desis Annisa.

Perempuan? Perempuan mana eh? Reizman berfikir sejenak. Perempuan yang bakal Hafiz Idham nikahi kah?? Ya Allah beruntung nya kau Am dapat perempuan yang ayu, cantik macam ni. Zaman sekarang nak pilih calon isteri pun bukan main susah lagi. Yang ada pun makeup tebal berinci-inci buat apa. Patutlah kau membujang lagi Reizman oi!

"Yayaa, perempuan ni tunang kau kan? By the way, Reizman." Reizman menghulurkan tangannya tetapi tidak disambut oleh Annisa. Annisa hanya mengangguk tanda hormat dia akan lelaki di hadapannya ini. "Nama awak pula?"

"Annisa. Nur Annisa." Annisa tersenyum sedikit.

"So kau nak pergi mana lepas ni?" Soal Hafiz Idham.

"Aku nak kena gerak dah ni. Kebetulan aku lalu sini tu yang aku nampak kau." Jelas Reizman kepada Hafiz Idham.

"Lah ye ke. Okay-okay drive safe bro." Mereka berjabat tangan sebentar sebelum Reizman meminta diri untuk beredar.

Annisa dan Hafiz Idham hanya melihat Reizman berlalu. Dan sekali lagi Annisa hanya menjadi pemerhati. Siapa lelaki tu? Kawan rapat Am ke? Muka Annisa seakan berfikir sesuatu.

"Tu kawan baik aku yang sama-sama belajar dekat London. Dah jom balik. Aku tak ada mood." Ayat yang keluar dari mulut Hafiz Idham tidak pernah lembut belaka. Garang saja bunyinya. Dan dia terlebih dahulu memulakan langkah.

"Kau buat apa lagi tercegat kat situ? Aku nak balik. Cepatlah, lembab betul."

Ish dia ni! Sabar boleh tak? Ikut kepala angin dia aje tahu. Pusing punya lama dalam shopping mall ni tapi cincin tak beli-beli jugak! Huh..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience