Bab 9,

Romance Series 8313

Hujan semakin lebat diluar. Guruh dan kilat sabung-menyabung antara satu sama lain. Tuala yang membalut kepala dibuka membiarkan rambut cantik yang melepasi bahu itu kering dengan sendirinya. Badan dihempas ke atas katil.

"Ya Allah nikmatnya kalau tidur hujan hujan macam ni." Annisa berkata sendiri. Matanya pula sudah terpejam.

Setelah 10 minit dia berkeadaan begitu. Tiba-tiba Annisa bangun mengejut. Buku? Buku! Buku tadi mana? Annisa menyelongkar beg tangannya yang luas itu. Dikeluarkan semua barang.

Laa mana pegi pulak buku tu? Kepala Annisa ligat berfikir. Tadi semasa aku masuk rumah buku tu still dekat tangan. Mama dengan baba panggil duduk dekat ruang tamu sekejap. Selepas mama dan baba naik ke atas untuk ke bilik tidur, aku masih lagi di ruang tamu sambil menonton televisyen. Ya Allah lepas tu aku terlelap! Bangun dari tidur dalam keadaan mamai terus aku naik ke bilik. Tak silap lagi, buku itu masih ada di ruang tamu.

Langkah diatur perlahan. Nasib mama dan baba dah tidur, tidaklah mengganggu sangat kan kalau mereka dah tidur. Dalam keadaan ruang tamu yang gelap-gelita, Annisa meraba-rabakan tangannya ke sofa untuk mencari bukunya yang tertinggal di sini. Tiba-tiba kringgg!

"Eh mak kau jatuh tergolek!" Annisa melatah. Telefon pintarnya dikeluarkan dari poket seluar. Tiada nama yang tertera. "Ish jebon mana pulak yang tak reti nak tidur malam-malam macam ni? Kus semangat aku tahu tak. Sudah lah aku pun boleh tahan penakut." Panggilan dijawab. "Haa hello?"

"Hello." Suara seorang lelaki garau di hujung talian. "Boleh bercakap dengan Nur Annisa?" Sambungnya lagi.

"Ya, saya Annisa. Awak siapa? Ada apa telefon saya malam-malam macam ni? Awak tahu tak sekarang dah pukul berapa? Tak boleh nak tunggu esok ke hah? Tak tahu adap ke telefon anak dara orang malam-malam macam ni? Mak dengan ayah tak ajar eh?" Tanpa mengetahui siapa di hujung talian, Annisa main sembur saja kemarahannya. Sudahlah aku cari buku aku tak jumpa lagi. Stres betul!

Hafiz Idham yang menadah telinga dengan bebelan Annisa sudah mengetap giginya tanda menahan marah. Eh-eh minah ni, kau main nama mak bapak terus eh!

"Ehem! Idham sini."

Idham? Hafiz Idham? Annisa menjauhkan telefon untuk melihat nombor panggilan. Yang aku sembur tadi tu Hafiz Idham Dato Hamdan ke? Alamak! Annisaaaa apa kau dah buatttt? Buat apa dia call malam-malam macam ni?

"Aw..aw..awak nak apa telefon sa..saya?" Annisa sudah tergagap. Tulah kau tadi kemain sembur orang, kan dah gagap!

Hafiz Idham sudah mengerutkan dahinya. Tahu takut perempuan ni rupanya.

"Hm ni aku nak bagitahu kau yang cincin pernikahan nanti mummy yang beli. Kau suka ke tak, kena terima. Faham?" Hafiz Idham sudah mengeluarkan kata-kata arahannya.

"Err haa yayaa saya terima. Itu je ke.... tut tut tut" Aik lepas kata terima tu terus letak? Dasar sombong. Dah sombong takpa lah, ni poyo pulak tu.

Buku yang dijumpai di celah sofa diambil sambil kaki melangkah naik ke tangga untuk ke bilik. Setelah pintu bilik ditutup rapat, Annisa merebahkan tubuhnya untuk meniarap. Buku di tangan tidak sabar dibukanya. Sebelah mendapat posisi yang selesa untuk membaca, kemudian buku itu perlahan-lahan dibuka. Perkataan yang ditulis dibaca Annisa perlahan.

" - My love, Hafiz Idham - " My love?? Bukan ke ini diari Idham? Kenapa mesti ada 'My love'? Menurut cerita yang dibuka oleh Datin Normah beberapa bulan yang lalu, katanya Hafiz Idham memang pernah berkahwin tetapi perkahwinan yang dibina hanya mampu bertahan selama 3 minggu. Siapa yang tak frust? Tetapi yang menimbulkan tanda tanya Annisa ketika ini adalah kalau ini bukan diari Idham? Jadi ini diari siapa? Annisa musykil. Muka surat seterusnya dibuka.

———————————
2 Tahun yang lalu ~

2 February 2015,

Alhamdulillah pernikahan yang berdasarkan restu ibu bapa, cinta dan kasih sayang In sya Allah akan berkekalan. Syukur ya Allah kerana kau hadirkan seorang lelaki sebagai pemimpin hidup ku dan kau berkatilah perkahwinan ini. Jari manis diperhati lama. Kepada suami ku, Anis janji yang Anis akan menjaga dan menyediakan segala keperluanmu dan kehendakmu. Menjadi isteri yang taat selagi tak bertentangan dengan agama dan Anis janji akan terus setia berada di sisi Abang walau apa pun yang terjadi.

"Yuhanis?" Yuhanis yang sedang duduk di tepi kolam renang masih termenung. Setelah lamunan nya terganggu dek bayang-bayang seseorang, Yuhanis mendongakkan kepalanya.

"Anis? Buat apa sorang-sorang dekat luar ni?" Hafiz Idham sudah mengambil tempat disisi isterinya yang tercinta.

"Saja je Anis nak ambil angin malam. Abang tak tidur lagi?" Soal Yuhanis sekadar berbasa-basi. Hafiz Idham pula sudah tergelak kecil.

"Saja nak ambil angin malam ke takut nak masuk bilik? Yelah seminggu lepas kita nikah ni abang asyik outstation je. Tapi bagus jugak abang outstation sebab orang kat sini pun tengah ABC. Hahahahaha." Hafiz Idham sudah ketawa jahat. Suka betul dia dapat melihat wajah Yuhanis yang sudah berona merah.

Nasib abang lah pilih tarikh pernikahan yang salah. Eh bukan salah, tapi kurang tepat. Mana tidaknya, tarikh itu betul-betul jatuh pada hari bulan yang dijangkakan dia akan uzur. Jadi jangan nak salahkan Anis! Jadi setelah seminggu berlalu, malam ini boleh dikatakan malam pertama mereka sebagai suami isteri.

"Apa ni? Tak baik tau menyakat orang macam ni. Taknak masuk bilik terus baru tahu. Masuk angin keluar asap lah orang dekat dalam bilik tu nanti." Yuhanis sudah mengeluarkan kata-kata ugutannya.

"Aik ugut kita pulak? Haha yelah abang gurau je sayang. Terseksa abang kalau hari-hari macam ni."

"Hahaha tahu takut."

"Mestilah." Jari Hafiz Idham sudah naik ke wajah Yuhanis untuk menarik hidung isterinya.

"Sakit lah abang." Yuhanis sudah memegang hidungnya yang kelihatan sedikit kemerahan.

"Ops okay sorry-sorry. Alololo meh sini nak ubatkan."

Dengar saja Hafiz Idham berkata sedemikian, Yuhanis sudah merapatkan lagi kedudukannya dengan Hafiz Idham. Tangan kiri Hafiz Idham yang sedikit sasa diangkat dan didaratkan dibahunya. Kemudian tangan kanannya pulak dilingkarkan ke pinggang suami tercinta. Kepala disandarkan ke bahu Hafiz Idham. Ini lah kedudukan mereka setiap kali Yuhanis ingin bermanja dengannya. Setelah itu, Hafiz Idham mendongakkan dagu Yuhanis untuk meniup dan sesekali mencium hidung kecil Yuhanis. Kononnya ubat lah tu. Hahaha

"Sayang... " Hafiz Idham bersuara perlahan. Pelukan dibahu kiri Yuhanis dieratkan. Manakala tangan kanannya sudah bermain-main dengan jari halus isterinya.

"Hmm... " Yuhanis masih leka bermain jari dengan jari Hafiz Idham.

"Abang nak minta maaf kalau selepas ni abang akan selalu takde dekat rumah. I'm sorry my dear. But I promise you yang abang akan berhenti kerja dan start kerja dengan daddy as soon as possible." Hafiz Idham bersuara sedih. Berat hatinya mahu tinggalkan Yuhanis setiap kali dia perlu menjalankan tugasnya sebagai pemandu kapal terbang.

Yuhanis sudah mendongakkan kepalanya. Alahai suamiku yang seorang ini. Sanggup berhenti kerja kerana seorang isteri yang dicintainya. Tangan Yuhanis naik menyentuh wajah Hafiz Idham dan anak mata mula mencari sepasang anak mata Hafiz Idham.

"Kenapa abang cakap macam tu? Apa guna Anis jadi seorang isteri kalau Anis tak dapat memahami kerja seorang suami? Itu kan cita-cita abang dari dulu nak jadi seorang pilot, and now abang dah jadi seorang pilot pun. Anis redha dengan apa sekalipun kerjaya abang dan Anis akan tetap sokong dan tunggu abang balik ke pangkuan Anis. Dan abang tahu tak apa yang buat Anis bersyukur sangat dengan kerjaya abang sebagai seorang pilot pada ketika dan saat ini?" Mata Yuhanis tepat memandang sepasang mata cantik milik Hafiz Idham.

"What is it sayang?" Hafiz Idham sudah membelai lembut pipi Yuhanis.

"Kita bertemu, berkenalan, bercinta dan akhirnya mendirikan rumah tangga kerananya. Indahnya perasaan itu hanya tuhan saja yang tahu. Anis cintakan Hafiz Idham bukan kerana kerjaya dan hartanya tetapi kerana hati seorang Hafiz Idham yang cantik, bersih dan sikapnya yang selalu membuatkan Anis nak jatuh cinta dengan abang more, more and more. Dan sekarang Hafiz Idham adalah syurga bagi seorang Yuhanis dan dia adalah suami Anis dunia dan akhirat." Yuhanis sudah tersenyum manis, air mata juga sudah bertakung di kelopak matanya yang berwarna coklat.

"Terima kasih sebab memahami kerjaya abang. Abang pun bersyukur dipertemukan dengan sayang. Dan abang janji, abang akan berhenti kerja sebab daddy pun dah mula tanya dekat abang bila nak kerja dengan dia pulak." Hafiz Idham juga sudah tersenyum manis kepada si isteri.

"Alhamdulillah bagus lah kalau macam tu abang. Anis tahu abang kerja sekarang ni pun sebab nak berdikari, cari duit sendiri and cari pengalaman sebelum start kerja dengan daddy. But daddy abang pun makin lama makin tua. Mesti daddy perlukan bantuan abang di pejabat nanti. So Anis rasa tindakan abang sekarang ini betul kalau abang nak berhenti kerja. Anis akan tetap sokong abang."

"Janji?" Hafiz Idham sudah menaikkan jari kelingkingnya.

"Janji? Abang nak Anis janji apa?" Dahinya berkerut memandang Hafiz Idham yang masih dalam keadaan yang sama.

"Janji yang Anis isteri abang akan selalu sokong abang walau apa pun yang terjadi. Janji tak akan tinggalkan abang. Janji akan selalu berada di sisi abang ketika abang susah dan senang. Janji untuk terus bersama abang sampai kita tua kerepot. Pakai tongkat sama-sama and sampai takde rambut, takde gigi sama-sama. Dan abang jugak berjanji yang abang takkan tinggalkan Anis. Tak akan duakan Anis walaupun dekat negara omputeh tu banyak perempuan yang cantik-cantik. Janji abang setia hanya pada Anis seorang. Abang akan jaga dan lindungi Anis selagi abang bernafas dan yang paling penting, abang janji akan bahagiakan Anis. Abang sayangkan Yuhanis." Hafiz Idham melabuhkan kucupan di dahi Yuhanis dengan penuh rasa syahdu.

Suara Hafiz Idham kedengaran bergetar di telinga Yuhanis. Terharunya dia dengan perjanjian yang diberi dan dia tahu bahawa Hafiz Idham adalah seorang yang akan mengotakan janjinya. Betapa dia bersyukur dijodohkan dengan lelaki yang bernama Hafiz Idham.

"Anis janji." Yuhanis sudah tersenyum manis dan dia dapat melihat sinar kejujuran dan keikhlasan dari sepasang mata tersebut. Akhirnya air mata kedua setelah bergelar isteri kepada Hafiz Idham mengalir juga. Kali pertama air matanya mengalir ketika ijab dan kabul seminggu yang lalu setelah bergelar seorang isteri. Lama mereka berkeadaan begitu dengan perasaan yang terharu.

Sebelah jari Hafiz Idham pula sudah menyapu air matanya. Namun jari Yuhanis masih tidak dilepaskan oleh Hafiz Idham. Wajah Yuhanis sudah berkerut memandang Hafiz Idham. Tetapi lelaki itu masih memandang tepat ke arahnya.

"Ni kenapa pulak ni? Tadi kan dah janji." Soal Yuhanis dengan suara sedikit serak seperti budak-budak. Hafiz sudah ketawa lucu melihat Yuhanis yang bingung dengan tindakannya.

Dengan keadaan mereka yang rapat tiba-tiba membuatkan dada Yuhanis berubah rentak seperti tengah berlari seratus meter bila Hafiz Idham tiba-tiba saja melepaskan jari dan menangkapnya pantas lalu memeluknya.

"Abang buat apa ni?" Terkejut Yuhanis dengan tindakan drastik Hafiz Idham. Akhirnya Yuhanis bersuara cemas kerana takut ditangkap sedang berpelukan di tepi kolam. Sudah lah dia berada di rumah orang tuanya Hafiz Idham.

"Hahaha abang buat apa? Peluk aje takkan tak boleh?" Hafiz Idham mengeratkan lagi pelukan di pinggang Yuhanis.

"Jangan lah macam ni. Bukan Anis tak bagi tapi kalau orang dalam rumah nampak macam mana? Tak malu ke dekat pembantu rumah, mummy, daddy?" Yuhanis sudah bersuara cemas. Nasib baik adik Hafiz Idham sudah naik ke bilik untuk tidur. Manakala Haziq ilham sedang menuntut pengajian di luar negara.

"Nak malu apanya? Kita kan dah nikah. Lagi pun abang cuma peluk je. Lainlah kalau abang kiss sayang tapi kalau nak kiss boleh?" Hafiz Idham ingin mencuba nasib.

"Jangan nak mengada-ada. Dah jom masuk. Dah lewat ni. Nanti apa pulak kata mummy daddy." Yuhanis sudah menolak lembut dada Hafiz Idham untuk merungkai pelukan mereka. Namun Hafiz Idham mengeraskan tubuhnya. Yuhanis sudah mengalah. Kalau tak sampai ke esok mereka akan berpelukan di sini. Bukannya dia tak tahu tahap kedegilan Hafiz Idham. Nasib sayang. "Yelah-yelah Anis bagi kiss. Tapi ada syarat! Kena masuk dalam. Takkan nak kiss dekat luar ni malu lah."

"Okay jom!" Hafiz Idham segera berdiri dan menghulurkan tangan untuk menarik Yuhanis dari duduk.

Ini lah orang lelaki. Kalau bab yang satu ini laju saja dia ya kan. Mereka berjalan beriringan menuju ke dalam rumah.

"Sayang.... "

"Hmm.... "

"Abang cintakan sayang." Hafiz Idham erat menggenggam jari Yuhanis lalu bibirnya dilabuhkan ke dahi isteri tercinta.

"Anis pun cintakan abang." Jawab Yuhanis lalu memeluk erat lengan sasa Hafiz Idham dan berlalu ke dalam rumah mewah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience