Bab 11,

Romance Series 8313

Selepas menyegarkan badan yang melekit, Annisa mengenakan pakaian rumah yang cukup santai. Muka yang sedia bersih dan licin itu diperhati seketika. Alhamdullilah indahnya ciptaan Tuhan. Shawl arab berwarna kelabu cerah diambil untuk dipadankan dengan Tshirt berwarna putih. Setelah siap menyimpang shawl ke kiri dan ke kanan, Annisa telah siap sedia untuk turun ke bawah kerana beberapa minit lagi tetamu akan tiba.

Deruman kereta besar di hadapan rumah menggamit perhatian Haji Taib dan Hajah Aminah untuk menyambut tetamu yang tiba. Manakala Annisa menyusul kemudian di belakang orang tuanya.

"Assalamualaikum. Alhamdulillah sampai juga akhirnya. Ingatkan tak jadi datang tadi." Haji Taib memulakan perbualan. Tangan sudah berjabat dengan Dato Hamdan manakala si isteri pula sudah melagakan pipi.

"Apa pula tak sampainya. Kan semalam kami dah telefon nak datang." Sambut Dato Hamdan mesra sambil menepuk-belum bahu Haji Taib. Mereka kemudian ketawa bersama-sama. Annisa pula sudah maju ke hadapan untuk bersalaman dengan Datin Normah.

"Haha yelah tu. Normah datang berdua aje ke dengan Hamdan? Idham tak ikut sekali?" Hajah Aminah pula bertanyakan soalan kepada mereka suami isteri.

"Ada dalam kereta, kejap lagi dia turun lah tu. Segan agaknya." Datin Normah sekadar berbasa-basi. Kalau lah Haji Taib dan Hajah Aminah tahu apa yang terjadi sebelum mereka tiba di sini.

'Oh ingatkan tak datang mamat sorang tu. Baru ingat nak senang-senang sikit.' Kata hati Annisa berkata sambil kepala tertoleh ke arah kereta besar yang dipakirkan di hadapan rumah.

"Kalau macam tu tak apa lah. Mari kita masuk dulu. Boleh makan tengahari ramai-ramai. Bukannya apa, berselera sikit. Selalunya kami bertiga aje." Hajah Aminah tersenyum mesra sambil menggamit tetamunya untuk masuk ke dalam rumah.

Mereka semua sudah bergerak untuk memasuki rumah teres 2 tingkat tersebut. Sampai di hadapan pintu utama, Hajah Aminah bersuara.

"Nisa tunggu Idham. Ajak dia masuk dalam sekali." Hajah Aminah mengarah kepada Annisa. Wajah Annisa sudah sedikit berkerut.

"Kenapa pula Nisa kena tunggu Idham mama? Idham kan boleh masuk sendiri. Pandai-pandai lah dia nanti." Jawab Annisa malas.

'Tak semena-mena aku pula yang kena tunggu dia lepas itu kena ajak masuk sekali. Kalau lah mama tahu perangai bakal menantu mama dan baba tu macam mana.' Suara hati Annisa berkata lagi.

"Alah kamu tunggu lah si Idham tu. Mesti dia segan. Lagi pun dia kan tetamu kita, bakal menantu baba juga." Kali ini Haji Taib pula yang bersuara dan menyokong kata-kata isterinya.

"Tapi baba... "

"Dah tak ada tapi-tapi. Kami nak masuk dulu, tetamu dah ada dalam rumah ni tak elok ditinggalkan lama-lama." Haji Taib sudah melangkah masuk ke dalam rumah dan diikuti oleh Hajah Aminah.

"Mama, baba.... " Suara Annisa meleret di hujungnya memanggil orang tuanya. "Ish tak habis-habis bakal menantu baba, yang aku ni? Tahu lah aku yang memulakan langkah pertama tapi takkan lah nak masuk rumah pun kena jemput? Karpet merah taknak mintak aku bentangkan ke? Ingat dia tu artis ke jemput bagai." Mata sudah dijulingkan ke atas. Langkah malas disusun Annisa ke kereta mewah berwarna hitam yang masih berbahang rasanya ketika didekati. Maksudnya kereta itu masih dalam keadaan enjin yang terpasang.

'Ni nak turun ke taknak? Aku tendang tayar kereta kau kang baru tergedik-gedik nak keluar.' Annisa sudah berpeluk tubuh di sebelah pintu kereta itu.

Hafiz Idham yang berada di dalam kereta sudah berkira-kira mahu turun ataupun tidak. Kalau tak turun, aku dah sampai depan rumah dah pun. Mummy dan daddy pun dah masuk. Kalau turun, kena hadap muka perempuan tu pulak. Takkan lah aku sanggup nak tadah telinga dengan mummy dan daddy lagi hanya disebabkan perempuan tu? Aduh turun jelah.

Enjin kereta dimatikan, dan pintu kereta yang mewah lagi berkilat itu dibuka dari dalam. Keluar lah sebatang tubuh tegap itu.

"Ingatkan dah taknak keluar tadi. Nasib tak rentung aku kat luar ni. Dahlah panas." Wajah di palingkan dan Annisa mengomel perlahan. Tangan dinaikkan untuk mengipas wajah yang sudah sedikit memerah. Sia-sia lah aku mandi tadi. Huh!

Hafiz Idham berdiri segak di hadapan Annisa. Dalam diam dia menilik pemakaian Annisa. Berbaju Tshirt lengan panjang, seluar tracksuit, shawl yang dililit biasa. Simple! Seketika kemudian dia melihat Annisa mengipas-ngipaskan wajahnya yang sudah sedikit kemerahan tanda matahari semakin terik.

"Panas lagi neraka." Hafiz Idham bersiul perlahan, tangan dimasukkan ke dalam poket lalu melangkah melewati Annisa yang berdiri di hadapannya.

Singkat tapi padat. Penuh makna ayat yang keluar dari mulut Hafiz Idham. Erk! Suka hati kau aje. Aku tahulah neraka tu panas. Panas lagi hati aku sekarang ni bila dengar kau kata macam tu. Ni semua sebab kau. Kalau bukan disebabkan kau, aku tak perlu, tak ingin pun tunggu and jemput kau untuk masuk sekali. Tetamu lah konon!

"Ucaplah terima kasih ke apa ke, orang dah jemput sampai kereta kot. Muka je handsome, tapi kerek." Mulut Annisa berkata perlahan. Seperlahan langkahnya yang berada di belakang Hafiz Idham untuk sama-sama masuk ke perkarangan rumah.

"Sorry?" Hafiz Idham berpaling untuk menghadap Annisa. Annisa turut berhenti mengejut. Kening Annisa bertaut rapat.

"What sorry? Tak faham." Annisa mengjongketkan bahunya. Wajah blur dipamerkan kepada Hafiz Idham.

"Well kau ingat aku tak dengar ke perempuan? Kau kutuk aku kan?" Hafiz Idham berkata sinis dan menayangkan wajah bengisnya. Kaca mata hitam dilurutkan.

Bingo! Memang aku kutuk kau pun tadi.

"Mana ada saya kutuk. Saya berzikir lah tadi."

Hafiz Idham mengecilkan anak matanya dan menikam sepasang mata milik Annisa. Langkah diatur perlahan ke arah Annisa yang berada di belakangnya. Annisa menjauh. Gerun sekali dia melihat wajah bengis itu. Namun lengan Annisa sempat di pegang kuat oleh Hafiz Idham. Annisa cuba untuk melepaskan genggaman Hafiz Idham namun tidak berjaya. Nasib berlapik kalau tak memang aku terajang mamat ni.

"You better watch out your mouth. Jangan ingat aku ni pekak." Mata Hafiz Idham terus-terusan menikam mata milik Annisa.

"Kita bukan muhrim. Tolong jauhkan tangan dan diri awak. Lagi pun kita berada di hadapan rumah mama dan baba saya, so please show some respect." Annisa berkata perlahan dengan nada yang ditahan.

Hafiz melepaskan genggaman tangannya dan berdiri jauh lalu meninggalkan Annisa di belakangnya. Kasut dibuka dan salam diberi.

----------------

"Begini lah Abang Taib, mereka ni tunang lama lama pun tak elok. Ada lebih bagusnya kalau kita mempercepatkan pernikahan ini." Dato Hamdan bermula bicara. Haji Taib dan Hajah Aminah yang duduk di sofa bertentangan hanya mengangguk-anggukkan kepala. Manakala wajah Hafiz Idham pula sudah bertukar ke wajah yang masam mencuka.

'Apa hal nak cepatkan pernikahan pulak ni? Tak ada bincang, tak ada apa tiba-tiba nak cepatkan. Bincang dengan aku pun tak.' Desis hati Hafiz Idham.

'Macam mana nak bawa berbincang kalau kau tu kepala angin Am? Kau ingat dengan berbincang sebelum datang ke sini, mummy dan daddy nak dengar cakap kau yang degil tu?' Suara hati Hafiz Idham berkata-kata.

"Betul juga tu, eloklah kita percepatkan benda yang baik dan wajib dahulu." Kali ini Datin Normah menyokong kata-kata suaminya. Hafiz Idham tidak boleh terus dibiarkan, makin lama makin menjadi-jadi perangai yang ditunjukkan. Dan mereka juga takut sekiranya Hafiz Idham sesat jalan.

"Aku ni bukannya tak setuju dengan cadangan kamu ni Hamdan, tapi kami kena tanya tuan punya badannya dahulu. Kerana dia lah satu-satunya anak kami. Jadi apa yang menjadi pilihan Annisa, itu lah juga pilihan kami." Haji Taib menjawab dengan muka yang tenang.

"Kami faham dengan keadaan kakak dan abang. Kalau begitu, boleh panggilkan Annisa tak kak? Kami mahu bertanya." Mata Datin Normah sudah terarah ke dapur. Mengharapkan Annisa akan muncul.

"Baiklah." Jawab Hajah Aminah perlahan lalu memanggil anaknya.

Seketika kemudian Annisa muncul dari ruang dapur dan ke ruang tamu. Annisa mengambil tempat bersebelahan dengan Hajah Aminah.

"Kenapa ma? Nisa tengah jerang air kat dapur tu." Annisa bertanya pelik kepada mamanya.

"Ni Datin Normah dan suami nak mempercepatkan majlis. Kamu okey ke tidak? Mama dan baba tak mahu paksa Nisa. Kami ikutkan sahaja kehendak dan kemahuan anak kami yang seorang ini." Kata Hajah Aminah sambil tersenyum nipis. Tangannya pula sudah menggenggam tangan Annisa.

Annisa terkelu dengan pertanyaan Hajah Aminah dan permintaan dari Datin Normah dan suami juga membuatkan dia terkejut. Apa sebabnya? Annisa menoleh memandang wajah Hafiz Idham yang tanpa segaris senyuman itu. Mengharapkan jawapan yang pastinya.

"Err Nisa tak pasti lah mummy, daddy. Nisa ikutkan saja. Idham pula macam mana?" Annisa bertanya kurang pasti.

'Mestilah dia nak lambatkan lagi pernikahan ni kan, macam lah aku tak tahu.'

"Nisa jangan risau pasal Idham. Dia ikutkan saja dan dia tak kisah dengan keputusan mummy dan daddy." Dato Hamdan pula yang bersuara membuatkan Hafiz Idham melopong.

'Ye ke tak kisah? Aku tengok muka dia pun dah tahu sangat.' Desis hati Annisa lagi.

"Jadi macam mana sayang?" Hajah Aminah kembali bertanya.

"Macam ini lah mama, baba, mummy dan daddy. Nisa bukan tak mahu cepatkan pernikahan kami tapi memandangkan final exam semakin dekat jadi Nisa harap pernikahan ini dapat diteruskan mengikut tarikh pernikahan yang asal." Annisa berkata tenang. Hatinya sudah sebulat suara bahawa apa pun yang terjadi, dia tidak akan mengabaikan pembelajarannya buat masa ini. Hafiz Idham pula tenang sahaja di hujung sana. Dia juga kelihatan seperti melepaskan nafas lega. Serba salah jadinya Annisa untuk memandang wajah Dato Hamdan dan Datin Normah.

"Kalau begitu tak apa lah Nisa. Habis sahaja peperiksaan, mummy nak teruskan pernikahan ni." Datin Normah berkata semangat. Annisa sekadar mengangguk.

"Sudah lah tu berbincangnya, kami dah lapar ni ya tak Hamdan?" Haji Taib ketawa mesra memandang Dato Hamdan.

"Normah, Hamdan dan Idham jemput lah makan tengahari sekali kalau tak keberatan." Hajah Aminah mempelawa.

"Ahah yelah kak, boleh juga tu." Sambut Datin Normah.

"Mari. Masakan orang biasa-biasa saja ni Hamdan. Tak ada yang spesialnya." Haji Taib berseloroh. Mereka mengambil tempat duduk masing-masing.

"Apa kamu cakap macam tu Taib. Kita manusia ni sama je. Makan hasil tanah yang sama, berdiri di atas tanah, diperbuat daripada tanah dan akan kembali kepada tanah. Jadi janganlah di antara kita manusia ada yang bersikap langit." Dato Hamdan berkata tenang.

"Betul tu. Jadi tak ada bezanya kaya atau miskin, Hitam atau putih, dan hodoh atau cantik. Allah memandang kita sebagai manusia adalah sama-rata. Yang membezakan kita adalah amalan dan hatinya." Sambut Haji Taib.

"Jemput makan. Idham kalau nak tambah jangan malu-malu ye nak. Minta saja dekat Annisa." Kata Hajah Aminah. Hafiz Idham hanya tersenyum nipis dan mengangguk.

'Ish ape mama ni? Minta aku pula. Ingat Nisa ni orang gaji ke.' Annisa mengambil tempat bersebelahan dengan Hajah Aminah.

Penyatuan di antara kedua-dua belah pihak berjalan dengan lancar. Bagaimana pula dengan penyatuan di antara dua hati? Masih dingin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience