Bab 13,

Romance Series 8319

Hafiz Idham menjinjing beg besar di kedua-dua belah tangan menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah ruang tamu di mana semua ahli keluarganya berkumpul. Memandangkan Haziq ilham sedang cuti semester, jadi dia mengambil keputusan untuk pulang seketika. Dan kelihatan semua ahli keluar sudah siap sedia menunggu untuk menghantar pemergian mereka berdua.

Jadual penerbangan mereka dijangkakan pada pukul 10.45 minit malam manakala sekarang jarum jam sudah berganjak ke 9.30 minit malam. Jadi mereka mempunyai masa kira-kira 1 jam untuk tiba ke lapangan terbang.

"Semua dah ready ke? Anis mana?" Datin Normah bertanya kepada Hafiz Idham yang sedang mengambil tempat sisi Hani Irisa. Dan sekarang Hani Irisa diapit oleh kedua-dua abangnya. Di kiri Hafiz Idham manakala di kanannya Haziq ilham.

"Ada dekat atas tu, cari jam tangan." Jawab Hafiz Idham. Kali ini Dato Hamdan pula bertanya soalan kepada anak sulung keluarga itu.

"Am dengan Anis pergi sana berapa lama?"

"Tak lama pun daddy. Dalam 10 hari macam tu. Sebab Am pun ambil cuti 2 minggu je ni then lepas tu Am kena sambung kerja balik."

"Okay lah tu 10 hari. Nanti Am dah sampai sana Haz akan menyusul jumpa Am dan Anis dekat sana." Sambung Dato Hamdan.

"Betul tu. Cuti semester Haz pun dah nak habis ni. In sya Allah lagi 2 atau 3 hari Haz akan terbang ke sana." Jawab Haziq ilham yang sedari tadi diam sahaja.

"Kami tak mengganggu kau ke nanti? Yelah Haz ke sana untuk sambung belajar, manakala kami ke sana untuk bercuti." Hafiz Idham meminta kepastian daripada Haziq ilham.

"Ahah betul tu. Tak mengganggu Haz ke nanti?" Kali ini Yuhanis pula bertanya soalan yang sama. Dia yang baru tiba di ruang tamu itu dan kini mengambil tempat bersebelahan Datin Normah.

"Tak adanya mengganggu Haz pun. Lagi pun boleh lah kita luangkan masa bersama-sama dekat sana nanti. Tak ada lah orang ketiga tu nak ganggu kita lagi. Ye tak Am?" Haziq ilham memandang Hafiz Idham sambil menahan senyum. Hafiz Idham pula sudah senyum sikit.

"Orang ketiga? Mummy tak faham lah apa yang Haz cuba sampaikan." Dahi Datin Normah berkerut memandang kedua-dua anak lelakinya.

Keadaan ruang tamu di situ senyap seketika sambil otak masing-masing ligat mencerna apanya Haziq ilham katakan sebentar tadi. Tiba-tiba Yuhanis membuka suara.

"Maksud Haz, orang ketiga itu Hani ke?" Teka Yuhanis ragu-ragu. Yelah, Hani Irisa sahaja anak perempuan dalam keluarga itu.

"What? Ish jahat betul lah Abang Haz ni. Hani bukan orang ketiga lah. Tahu lah yang dulu Abang Haz tak suka Hani ikut pegi mana-mana kehulur-hilir dengan Abang dan Abang Am. Tapi sekarang Hani dah tak kisah sebab.. " Hani Irisa bangun mengangkat punggungnya lalu bergerak mendekati Yuhanis. Tempat duduk kosong di sebelah Yuhanis diduduknya. "Sebab sekarang Hani dah ada geng baru. So lepas ni bye-bye Abang Am." Hani Irisa melambaikan tangan seraya itu Hani Irisa memeluk mesra bahu kakak ipar kesayangannya. Mereka yang lain hanya ketawa melihat telatah mereka adik-beradik.

"Kau lah ni Haz. Tengok Hani dah angkut Kak Anis sekali tak nak geng dengan aku." Hafiz Idham menampar lengan Haziq ilham yang masih tertawa melihat sikap Hafiz Idham bagaikan budak-budak.

"Why me? Haha I don't do nothing bro. Memang betul lah kan dulu tu nak ikut je kita pergi mana-mana. Lepas tu minta macam-macam. Habis lah duit ni kalau dia asyik pau kita je." Haziq ilham mempertahankan dirinya.

"Apa salahnya kalau Hani ikut, Hani kan seorang je perempuan dalam keluarga ni. Haz dengan Am ni beralah sedikit pun tak boleh ke." Dato Hamdan pula mempertahankan anak perempuannya.

"Alaa takpe, sekarang Hani kan dah ada Kak Anis. Nanti kita geng dua je dengan mummy. Tak nak kawan dengan Abang-abang semua ni jahat." Yuhanis menyokong kata-kata Dato Hamdan seraya itu membawa Hani Irisa ke dalam pelukannya.

"Yeay. Kita geng eh Kak Anis. Sayyyaanggg Kak Anis." Hani Irisa memeluk Yuhanis erat. Hafiz Idham pula sudah mengerutkan dahinya.

"Sayang jangan bagi muka sangat dekat budak ni. Baru berumur 20 tahun dah pandai minta macam-macam." Hafiz Idham memberi nasihat kepada isterinya.

"Alaa biarlah. Budak-budak memang macam ni kan." Yuhanis masih mempertahankan Hani Irisa.

"Tahu lah sayang. Bukannya kita tak boleh manjakan dia, tetapi jangan kita ikutkan sangat telunjuk dia tu." Tokok Hafiz Idham.

"Betul Anis. Daddy sokong apa yang Am cakap tadi tu. Walaupun dia anak bongsu, tak bermakna dia boleh dapatkan apa yang dia nak." Sokong Dato Hamdan. Wajah Hani Irisa pula sudah sedikit monyok. Tanda merajuk.

"Alah takpe, kalau Hani nak apa-apa mintak je dekat mummy ye sayang." Ujar Datin Normah sambil membelai perlahan kepala anak perempuan disebelah ya. Hani Irisa pula sudah menyorak kegembiraan.

"Ini yang sayang mummy lebih ni. I love you." Dengan itu Hani Irisa melabuhkan kucupan di pipi kiri Datin Normah.

"Sudah lah tu. Pukul berapa dah ni, nanti lewat pula sampai. Jom kita gerak sekarang." Dato Hamdan menilik jam dinding besar rumah mewah itu.

"Ahah, jom. Pukul 10 malam dah ni." Jawab Datin Normah. Mereka semua kemudian bergerak ke arah pintu besar utama untuk memakai kasut.

Hafiz Idham dan Haziq ilham pula sedang sibuk menjinjing beg besar untuk dimasukkan ke dalam kereta. Dan setelah beg semua sudah selamat dimasukkan, hafiz Idham berlalu ke arah pintu rumah sekali lagi untuk mengambil kunci keretanya iaitu BMW sebelum Hani Irisa bertindak untuk mengunci pintu. Haziq ilham pulak memandang hafiz Idham yang sedang berjalan ke arah mereka dengan pandangan yang pelik.

"Kau ambil kunci kereta kenapa? Kau naik asing ke?" Soal Haziq ilham yang sedang berdiri di tepi pintu kereta vellfire milik keluarga. Dato Hamdan yang memandang ke arah kedua-dua anak lelakinya pula menyoal.

"Am naik asing ke? Tak nak naik sekali dengan kami ke? Muat lagi ni rasanya." Soal Dato Hamdan pula.

"Takpe daddy, Am naik asing je dengan Anis." Jawap Hafiz Idham.

"Lah kenapa pula? Am dengan Anis nak singgah mana-mana ke?" Sambung Dato Hamdan lagi.

"Lebih kurang macam tu lah. Takpe daddy dengan mummy gerak je dulu. Kita orang tak lama pun, nanti Am follow dekat belakang." Tambah hafiz Idham lagi.

Datin Normah yang sudah mengambil tempat di tempat duduk belakang memegang dadanya. 'Kenapa hati aku rasa tak sedap je ni?' Lalu dia mencari wajah hafiz Idham dan Yuhanis.

"Anis nak beli apa sayang? Dekat sana kan boleh beli juga." Hati tuanya tetap berat melepaskan anak dan menantunya untuk naik kerata yang berasingan.

'Anis nak beli pad je mummy.' Desis hati wanitanya. Nanti kalau dekat sana, baru lah aku nak terhegeh-hegeh mencari kalau dah datang bulan. Yuhanis yang sedari tadi diam mula menjawab.

"Takpe mummy, Anis ingat nak beli siap-siap dekat sini. Senang sikit tak susah nak cari. Sebab kalau kat sana nanti kita tak tahu kan tempat orang. Menyusahkan Abang Am pula nanti." Serba salah Yuhanis untuk menjawab soalan ibu mertuanya kerana takut menggores hati. Datin Normah pula mengeluh kecil.

"Hm takpe lah. Am bawak kereta elok-elok ye. Kita jumpa di airport nanti." Dato Hamdan akhirnya memberikan kata putus. Yuhanis pula mengangguk lega.

"Baik mummy baik daddy. Tak lama pun, Anis just nak beli barang keperluan dia je." Hafiz Idham tersenyum kecil memandang ke arah Yuhanis. Yuhanis menjegil kan matanya sedikit. 'Behave sikit eh, depan mummy dengan daddy pun sempat nak main mata.' Tanda memberi amaran. Hafiz Idham pula ketawa.

"Jangan dating lama-lama sangat. Nanti nak pergi sana pun dating juga. Kami tunggu di sana." Ujar hani Irisa sambil melambaikan tangannya.

"Ye baik baby! Haz, kau bawak kereta elok-elok." Hafiz Idham memberi pesan sebelum Haziq ilham bergerak untuk naik ke tempat pemandu.

"Kau tu bawak kereta elok-elok. Jangan senyum je memanjang. Tahulah ada isteri dekat sebelah. Nak pegi bulan madu pula tu. Huh." Seraya itu Haziq ilham menumbuk mesra bahu abangnya. Tubuh hafiz Idham pula terdorong sedikit ke belakang lalu ketawa kecil.

"Haha cepat study bro. Habis je kau boleh dah bawak balik seorang datang rumah ni. Macam aku dulu. Ada juga kawan Kak Anis kau ni nanti." Ujar hafiz Idham sambil memandang ke sisi isterinya yang sedang menggenggam elok jari-jemarinya.

"Kau ingat aku gatal macam kau ke umur baru nak masuk 25 dah kahwin? Lagi pun aku ni muda lagi lah. Tengok lah dulu macam mana. Buat masa ini aku okay je sorang-sorang. And aku tak naklah jadi macam kau sekarang ni. Apa-apa je mintak tolong isteri and nak melekat je dengan isteri. Macam lah dia seorang je yang ada isteri. Nasib isteri kau lah dapat suami gatal nak berkepit je memanjang." Haziq ilham menghangatkan suasana mengusik abangnya.

"Alah kau pun dah nak masuk 24, tak lama lagi jadi macam aku lah. Suruh bawak balik calon pun bising lah kau ni Haz. Kahwin cepat-cepat lah best. Pergi mana-mana pun berteman je. Kan sayang?" Hafiz Idham mempertahankan dirinya sendiri. Wajah Yuhanis dipandang untuk kepastian. Haziq ilham mula menggelengkan kepalanya.

Lain jawapan yang diharapkan oleh Hafiz Idham, lain pula jawapan yang diberi oleh Yuhanis. Malah Yuhanis bertindak untuk menyokong kata-kata Haziq ilham. Haziq ilham masih muda, jadi apa yang perlu dikejarkan pada masa sekarang kalau bukan ilmu? Soal jodoh itu berserah saja kepada sang pencipta, jika awal maknanya awal lah jodoh adik iparnya yang kacak ini sama seperti abangnya cuma wajahnya ada sedikit kelainan.

Manakala jodoh yang ditentukan oleh dia dan hafiz Idham pula, jodoh yang cepat. Tamat sahaja pembelajaran mereka di negara barat, mereka masing-masing tidak menyangka bahawa jodoh mereka begitu cepat dan ketika berusia 25 tahun, mereka sudah menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri.

"Kan Haz. Nasib kak Anis lah dapat suami macam ni. Kalau tak gatal merenyam, memang bukan dia. Nak kemana-mana pun susah. Apatah lagi lepas dah kahwin ni. Asyik nak melekat je, sampai kak Anis pun rimas." Yuhanis menambah perisa.

"Eh ehh budak ni. Orang ajak dia join nak suruh dia sokong kita. Ni lain pulak, pergi disokongnya si adik. Kutuk kita pulak tu!"

'Datang sini aku nak sekeh kepala kau.' Desis Hafiz Idham lalu mengangkat tangan kirinya untuk menjentik dahi isterinya. Yuhanis mula bersiap sedia untuk mengalihkan pegangan tangannya untuk menahan perbuatan hafiz Idham. Dan sebelum sempat hafiz Idham mencapai kepala milik Yuhanis...

"Berapa lama pula ni kami nak tunggu? Sudah-sudahlah tu boraknya Haz, Am dan Anis. Nanti lewat pula kita nak sampai." Ujar Dato Hamdan.

'Alamak terlupalah pulak mem dan tuan besar ada dalam kereta. Hehe' Haziq ilham tayang sengih sambil menggaru belakang kepalanya.

"Err takpe lah Am, aku gerak dulu. Nanti kita jumpa dekat sana." Haziq ilham menyalami tangan hafiz Idham tanda dia harus bergerak.

"Okay bro. Hati-hati." Hafiz Idham dan Yuhanis memandang sahaja kereta milik keluarganya beredar dari perkarangan rumah.

"Dah jom sayang. Abang nak sambung sekeh kepala budak tu dalam kereta." Sambil menggenggam jari-jemari Yuhanis dan di bawa ke arah kereta BMW miliknya.

"Hehe jom abang!" Seraya itu Yuhanis memeluk mesra lengan hafiz Idham ke kereta.

----------------

Hujan rintik-rintik mula membasahi bumi beberapa minit hafiz Idham dan Yuhanis beredar dari perkarangan rumah. Kelajuan kereta di bawa seperti biasa ketika melunsuri jalan raya di tengah-tengah kota. Makin lama hujan semakin lebat.

"Abang nanti berhenti kejap eh dekat 7eleven. Anis nak beli pad sikit untuk nak bawa pergi sana." Ujar yuhanis dan hafiz Idham hanya mengangguk tanda faham. Yuhanis sudah meliarkan matanya untuk mencari kedai berdekatan untuk mereka singgah.

Sampai sahaja di kedai 7eleven, Yuhanis sudah bersiap sedia membuka tali pinggang keledar untuk turun dari kereta. Tetapi hafiz Idham menahan.

"Takpe sayang, biar abang yang pergi. Lagi pun hujan ni, kat dalam kereta abang takde payung." Kata hafiz Idham lalu gilirannya pula membuka tali pinggang keledar di bahagian dada bidang miliknya.

"Alah takpe lah, biar Anis yang pergi. Nanti abang tak tahu nak beli yang mana satu." Kali ini Yuhanis pula yang menahan hafiz Idham dari membuka pintu kereta.

'Biarlah Anis yang pergi abang. Setakat nak beli barang keperluan je. And barang itu pun Anis sendiri yang akan pakai.' Desis hatinya.

"Betul ke ni? Tapi sayangkan takde payung, macam mana nak pergi?" Bukan apa, hafiz Idham cuma tidak mahu isterinya terkena penyakit selsema dan sebagainya. Jadi biarlah dia yang pergi, lagi pun dia seorang lelaki dan metabolisma badannya lebih kuat berbanding perempuan.

"Abang tanya macam mana nak pergi? Anis kan ada kaki dua-dua belah ni, jadi Anis lari lah sikit-sikit nanti." Tambah Yuhanis sambil menunjukkan kedua-dua kakinya kepada suami tercinta.

"Abang tahu lah sayang ada kaki. Abang pun ada juga. Tapi sayang ini kan hujan ni." Berat hati hafiz Idham untuk membiarkan. Malah kereta mereka pula berhenti di seberang jalan. Jadi maknanya, Yuhanis perlu melintas jalan untuk sampai ke 7 eleven tersebut.

"Takpa abang. Anis boleh je pergi. Lari-lari anak nanti sampai lah tu. Lagi pun Anis tak nak susahkan abang." Yuhanis sudah buat muka comel menghadap hafiz Idham. Tetapi hafiz Idham tetap tidak berpuas hati.

"Tapi sayang..."

"Takde tapi-tapi abang. Biar Anis yang pergi okay. Lagi pun Anis juga yang nak pakai nanti. Abang duduk je sini diam-diam eh tunggu Anis sampai." Yuhanis menaikkan jari ke bibir nipis merah milik hafiz Idham dan memotong kata-katanya.

"Yelah-yelah. Tapi dengan satu syarat."

"Syarat apa?"

"Kiss abang dulu."

Ini yang dia lemah ni. Nak minta kiss lah pulak. Minta benda lain takpe lah aku nak tunaikan.

"Ish abang ni orang nak pergi beli pad je pun. Bukannya nak pergi naik ke langit pun." Mulut kecil Yuhanis sudah mengomel tanda protes syarat suaminya. Mengada-ngada je lebih orang tua ni! Haih.

"Cepatlah sayang. Kalau macam tu biar abang je yang beli dan pilihkan untuk sayang. Sayang tinggal pakai je pampers tu nanti." Hafiz Idham sudah ketawa lepas. Alaa ketawa pun handsome laki aku ni. No Yuhanis! Jangan terpedaya and kau kena pergi beli sendiri. Nanti dia beli yang bukan-bukan dekat kau. Bukan tak tahu perangai mengusik hafiz Idham yang satu ini.

"Nope! Tadi abang suruh cepat kan? Okay sayang nak turun dulu." Yuhanis mencapai beg tangannya untuk membuka pintu tapi sebelum sempat hafiz Idham sudah menarik kembali.

"Alah suruh kiss suami sendiri pun kedekut lah sayang ni." Dahi hafiz Idham sudah berkerut memandang Yuhanis tanda merajuk. Yuhanis pula hanya mampu melepaskan keluhan kecil di bibir. Macam budak-budak je perangai!

"Bukan Anis tak nak. Tapi Anis kan nak beli barang dekat seberang jalan sana je. Nanti Anis datang lah sini balik dekat abang. Lepastu abang nak kiss ke nak apa ke Anis turutkan je eh. Okay tak my handsome boy?" Yuhanis melekapkan kedua-dua belah tangannya di pipi hafiz Idham dan Yuhanis bijak mengatur kata untuk memujuk hati sang suami. Hafiz Idham memandang Yuhanis dengan mata cantiknya yang masih layu.

"Betul ni? Anything for me?" Hafiz Idham meminta kepastian.

"Yup! Anything for you handsome." Jawab Yuhanis yang tersenyum memandang ke arah mata cantik milik hafiz Idham sambil membelai lembut kedua-dua pipi milik hafiz Idham.

Bagi lah sejuta manusia sekali pun. Yang hanya akan dipilih adalah sepasang mata milik hafiz Idham. Mata cantik yang mampu menggetarkan setiap jiwa dan hatinya setiap kali bertentang mata.

"Yelah-yelah. Kalau macam tu, sayang pergi cepat ye. Abang tunggu je sayang dalam kereta." Hafiz Idham mencapai kedua-dua belah tangan Yuhanis dan berkata perlahan. Lalu dengan tindakan spontan hafiz Idham, dia menarik belakang leher isterinya yang dibaluti wide shawl itu dan melabuhkan kucupan penuh bermakna di bibir kecil itu. Bermakna yang dia akan setia menanti Yuhanis, malah bukan sahaja selepas ini tetapi selamanya. Lama bibir mereka bersatu. Kedudukan pula semakin erat memandangkan hafiz Idham mula melingkarkan tangannya dipinggang isterinya supaya menarik Yuhanis lebih dekat dengan dirinya. Sehingga masing-masing tidak sedar bahawa masa terus berjalan dan mereka sedang berada di dalam kereta.

Setiap kucupan dan bibir mereka bagaikan berbicara sendiri.

'Abang akan tunggu sayang.'

'Anis akan kembali pada abang. Anis milik abang. Wait for me and I'll be back for just a minutes.'

Selepas itu Yuhanis menolak perlahan dada bidang milik hafiz Idham. Hafiz Idham tidak membantah malah tersenyum puas kerana hasratnya untuk mencium bibir itu untuk sekian kalinya berjaya.

"Pergi lah. Abang tunggu sini." Hafiz Idham menggosok kepala milik Yuhanis seperti kanak-kanak kecil.

"Okay abang, kejap eh."

Seraya itu Yuhanis mula membuka pintu keretanya dan melangkah keluar. Kiri dan kanan dipandang dan dia berlari-lari anak untuk ke seberang kedai. Masuk sahaja, barang yang ingin dibelinya diambil dan dia berkira-kira untuk mengambil 2 botol tin nescafe untuk dibeli dan diberikan kepada hafiz Idham untuk mereka bersama-sama menunggu untuk menaiki kapal terbang. Kerana dia tahu, suaminya sangat gemarkan minuman yang berkafin iaitu kopi dan nescafe jadi dia memilih untuk membeli dan membawanya ke kaunter pembayaran.

Selesai sahaja, dia menggangkat beg plastik dan berjalan senang ke arah jalan raya untuk menuju ke seberang keretanya. Hujan semakin lebat manakala pandangan mata pula semakin kabur, Yuhanis mengambil keputusan untuk berlari-lari anak untuk cepat sampai ke kereta tanpa dia sedar ada sebuah kereta Toyota camrie yang sedang menghala ke arah dengan begitu laju. Mungkin hendak sampai ke destinasi dengan cepat sehingga lampu merah di hadapan sana dilanggarnya.

Hafiz Idham yang tersenyum melihat Yuhanis semakin hampir dengannya jadi kalut apabila dia melihat kereta Toyota camrie tersebut. Cepat-cepat dia keluar dari kereta yang mula membasahi pakaiannya sedikit demi sedikit kerana hujan. Yuhanis tersenyum memandang ke arahnya. 'Anis dah datang ni abang. Sekejap je kan Anis pergi beli barang.' Desis hati kecil Yuhanis sambil menggangkat tinggi beg plastik putih di tangan kanannya.

Hafiz Idham meramas rambutnya dan menggeleng. "No sayang! Please stay there!" Laung hafiz Idham kuat tetapi perkataan masih tidak kedengaran jelas di pendengaran Yuhanis disebabkan mereka sekarang berada di tepi jalan. Yuhanis mengambil keputusan untuk cepat-cepat berlari anak ke arah hafiz Idham. 'Anis tak dengarlah apa abang cakap, sekejap ya Anis dah dekat dah ni.' Desis Yuhanis lagi. Matanya pula digosok sedikit akibat penglihatan yang kurang jelas.

"No sayang! Please dont come near me cause... " belum sempat hafiz Idham menjerit habis kepada Yuhanis, kepalanya terasa berpusing.

"Sayanggggg!!!!!!" Tubuh Yuhanis dan dia telah dipisahkan oleh Toyota camrie tersebut dan darah pekat merah banyak mengalir dari tubuh Yuhanis yang berada di pertengahan jalan. Hafiz Idham memangku Yuhanis di ribanya. Orang ramai mula berkumpul di sekeliling dan ada yang membantu mangsa di dalam kereta tersebut. Hujan pula semakin lebat.

"Abang, Anis dah datang ni dekat abang." Suara Yuhanis sangat perlahan dan hafiz Idham harus mendekatkan telinganya ke wajah Yuhanis.

"Ya sayang, sayang dah ada dekat dengan abang ni. Sayang jangan risau ya nanti abang bawa sayang pergi hospital." Ucap hafiz Idham perlahan. Air mata lelakinya turun buat kali kedua membasahi bumi selepas hampir 2 minggu majlis akad nikah mereka berdua. Yuhanis hanya tersenyum manis di dalam peritnya. Masih sempatkan nyawanya diselamatkan?

"Nanti Anis nak pergi lagi sekali, abang jangan nangis ya." Tangan kirinya yang berlumuran darah naik membelai wajah hafiz Idham. Hafiz Idham menggeleng.

"No! Sayang tak boleh tinggalkan abang lagi. Kali ini abang dah tak sanggup tunggu." Air matanya turun semakin lebat selebat hujan.

"Jangan tunggu sayang, sebab Anis..."

"Syhhh. Sayang akan sihat, kita pergi hospital ye sayang." Yuhanis pula tersenyum lagi. Sudah tiba masanya dia pergi. Dapat dirasakan, nyawa sudah semakin dekat.

"Promise me abang. Promise me yang abang akan selalu ingat dekat Anis sebagai isteri abang. Ingat janji-janji kita dekat tepi kolam rumah mummy. Sayangkan Anis bila Anis dah tak ada nanti, jangan lupa jenguk Anis setiap minggu, simpan kenangan kita walaupun tak banyak dan percayalah abang, yang Anis akan selalu sayang dan tunggu abang di syurga untuk bersama-sama dengan Anis di sana nanti. Yuhanis sayangkan seorang lelaki bernama hafiz Idham. I love you abang dan maafkan Anis." Perlahan suara yuhanis yang penuh syahdu di pendengaran hafiz Idham. Orang sekeliling hanya mampu mengalirkan air mata dan rasa simpati terhadap pasangan suami isteri ini.

"Abang janji sayang. Abang janji! Hafiz Idham juga sayang dan cintakan seorang Yuhanis. Tidurlah sayang kalau sayang letih. Abang akan tepati janji-janji abang untuk jenguk sayang setiap minggu nanti. Abang maafkan sayang." Kucupan syahdu dari dahi, turun pula ke kedua-dua belah pipi milik Yuhanis yang berlumuran darah. Yuhanis pula kelihatan lebih tenang.

"Ingat Allah sayang. Mengucap. Ashhaduallailahaillah, waashhaduannamuhammadurrasulullah." Bisik hafiz Idham. Perlahan sahaja dan Yuhanis semakin melelapkan matanya untuk terus tidur disisi-sis suami tercinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience