Bab 3,

Romance Series 8319

Tetamu sudah bertandang ke rumah dan aku? Masih di dalam bilik. Arghhhh kejap lagi mesti kena bebel dengan mama dan baba. Selendang dikenakan di atas kepala. Setelah selesai membelek diri di hadapan cermin, Annisa mula menatap keluar dari bilik dan menuruni anak tangga.

Nama diberi Nur Annisa Binti Taib. Simple dan sesimple dirinya. Annisa sukakan benda yang ringkas dan cepat. Berumur 24 tahun dan bakal menamatkan pengajian dalam beberapa bulan saja lagi. Seorang yang bercita-cita tinggi dalam dunia fesyen dan In sya Allah bakal menjadi seorang pereka fesyen jubah muslimah. Akhirnya cita-citanya tercapai. Annisa tersenyum sambil mengenangkan masa depan. Alhamdulillah.

Ketika di anak tangga yang terakhir, Annisa terpijak blaus labuh nya sendiri. Dia tidak sempat mengimbangi badannya sendiri. Alahai, nasib lah kau badan. Jatuh tersembam macam nangka busuk lah jawabnya. Desis hati Annisa. Matanya sudah terpejam.

Sebelum jatuh ke tanah, Annisa dapat rasakan seakan-akan dirinya melayang yang belum sempat mencium tanah dan tangannya pulak sempat berpaut pada sesuatu. Terima kasih ya Allah! Engkau lah pelindungku.

Sekejap sahaja dia berkeadaan begitu apabila dia dapat merasakan ada satu tangan lain di pinggangnya. Oh my god! Tangan siapa ni? Jangan cakap aku mimpi tengahari buta yang Shah Rukh Khan datang menyelamatkan puterinya sudah.

Hafiz Idham erat memeluk pinggang seorang perempuan. Terkejut, terkaku, terkedu, terkencing? Dah sudah dah tadi. Ya Allah bidadari apakah yang kau turunkan dari tangga ini ya Allah? Subhanallah indah sungguh ciptaan mu.

Mereka saling bertatapan antara satu sama lain. Dalam diam, hati masing-masing memuji ciptaan tuhan. Cantiknya mata dia, puji Annisa. Ni kalau tengok hari-hari pun takpa.

"Anis." Sebut Hafiz Idham perlahan dan hanya boleh didengari oleh Annisa kerana berada dekat dengannya.

Anis? Aik baru pertama kali bertentang mata dah tahu nama? Mamat ni guna jampi seranah apa sampai nama pun tahu. Hebat betul. Hati Annisa berbunga sekejap kerana pertama kali seorang lelaki memanggilnya dengan nama sebegitu dengan perasaan yang sukar ditafsirkan. Sebelum ni rakan-rakan mahupun rakan lelaki hanya memanggilnya dengan panggilan Nisa sahaja.

"Ehem!" Hani Irisa berdeham yang kebetulan lalu ketika ingin ke dapur menjenguk mummynya. "Oh peluk anak dara orang ya? Kejap nak bagitahu mummy." Sakat Hani lagi. Hatinya sudah tergelak bila melihat Hafiz Idham bagai dalam cacing kepanasan.

Serentak itu lamunan mereka terhenti dan masing masing menumpukan perhatian pada suara yang berdeham tadi. Wajah Annisa sudah berona merah apabila ditangkap berpelukan di hadapan tangga seperti ini. Wahai tangan kenapa lah kau gatal sangat nak berpaut dekat leher dia tu? Annisa sudah menarik tangannya dari terus berpaut pada lelaki asing itu.

"Mana ada Abang Am peluk anak dara orang? Abang Am tolong selamatkan aje sebab akak ni nak terjatuh tadi. Kan?" Wajah sudah difokuskan ke wajah Annisa di sebelahnya.

Ahah! Aku tahulah kau ni baik, budi bahasa, gentleman nak selamatkan aku tapi yang tangan kau masih melekat dekat pinggang anak dara orang ni tak malu ke? Dua dua belah tangan pulak tu! Oi cik abang! Tak malu ke dekat orang? Malu lah sikit dekat adik kau ni huh! Rengus Annisa tetapi cuba dimaniskan wajahnya.

"Hani rasa Abang Am dah boleh lepas kak Nisa dah kot. Lama sangat tu berpeluk, nanti nampak dekat mummy dengan aunty baru tahu." Hani memberi amaran kepada Abangnya sambil memandang kiri kanan. Nasib baik tak ada orang.

Astagfirullahalazim Am. Macam mana lah aku boleh lupa yang aku tengah peluk perempuan ni. Aku rasa kau dan nyanyuk ni.

"Ahah terima kasih adik. Nasib baik ada adik kat sini. Kalau tak, taktahu lah berapa lama lagi nak berpeluk macam ni." Hafiz Idham sudah mula melonggarkan pelukannya di pinggang Annisa.

Ahah dik. Terima kasih sebab selamatkan Akak tadi. Sesak nafas berdiri dekat-dekat macam ni! Sudahlah wangi semerbak, ni Kalau aku tak kawal ni, aku peluk-peluk jugak abang kau ni kang. Hehehe!

"Sorry, are you okay Miss?" Tanya Hafiz Idham.

"Ya i'm good. Thanks." Jawab Annisa tenang tanpa sebaris senyuman dan menjarakkan diri mereka lalu berlalu ke dapur. I will not allow this to happen again. Menyesakkan dada untuk bernafas!

'You're welcome angel.' Namun kata-katanya tersekat di anak tekaknya.

"Dah dah. Pegi sana duduk depan. Dapur ni untuk orang perempuan aje." Hani menghalau abang ke ruang tamu untuk menyertai kaum lelaki berborak.

Lalu Hafiz Idham ke kanan menuju ke ruang tamu manakala Annisa ke kiri untuk bergerak ke dapur.

----------

"Kalau macam tu Nisa sanggup menggantikan tempat arwah untuk merawat luka anak aunty." Jawab Annisa sambil menggenggam tangan Datin Normah.

Mendengar saja cerita yang di buka oleh Datin Normah ketika di dapur, Annisa bertekad untuk merubah lelaki tersebut walaupun pada mulanya tiada rasa cinta antara dia dan Hafiz Idham.

Patutlah aku tengok macam tak terurus. Maksud aku dari segi penjagaan muka. Muka yang kacak itu lebih terserlah jika dinipiskan jambang yang meliar di muka. Rambut pun panjang. Cuma pakaiannya saja yang rapi, tu pun nasib baik baju seluar semua branded. Kalau koyak sana sini, selekeh jugak jadinya walaupun anak Dato dan Datin. Haih apa lah nak jadi dengan kau ni Hafiz Idham. Selagi aku ada, aku akan kembalikan keyakinan dalam diri dia.

"Betul ke ni Nisa? Nisa yakin ke dengan keputusan Nisa?" Soal Datin Normah dengan rasa bersalah.

"Fikir masak-masak Nisa. Mama taknak kamu buat keputusan terburu-buru sayang." Kali ni Hajah Aminah pula bertanyakan serius kepada anaknya.

Annisa berfikir sejenak. Kalau bukan dia, siapa lagi yang sudi? Rasa sayang, kasih dan cinta? Itu boleh dipupuk selepas nikah. Pertama kali bertentang mata aku dan jatuh suka dekat dia, dia pulak? Ya Allah runsing perasaannya tika ini. Yang dia tahu, dia cuma mahu menikahi lelaki itu dengan tujuan yang tersendiri.

"Nisa yakin ma, aunty." Tekad Annisa sambil memandang kedua-dua wajah Hajah Aminah dan Datin Normah.

"Alhamdulillah. Syukur ya Allah." Syukur Datin Normah tak terhingga kepada anak temannya ini yang sudi menikahi anak lelaki sulungnya.

"Kalau itu kata Nisa, mama dan aunty turutkan dan kami akan berusaha ke arah itu." Tutur Hajah Aminah lembut.

Annisa hanya tersenyum nipis. Betul ke apa kau buat ni Nisa? Tak macam perigi cari timba sangat ke? Kisah pulak aku, yang penting niat aku betul. Pedulikan semua itu.

Menjadikah perancangan yang dibina di sebelah pihak sahaja?

•Do comment.
•And I'll fix it.
•In Sya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience