Bab 6,

Romance Series 8313

Hafiz Idham melangkah memasuki ke coffeeshop yang terletak di tengah-tengah bandar. Mencari kelibat seseorang yang ingin ditemuinya hari ini. Sudah lah lambat 20 minit, kang merajuk pulak mamat sekor tu. Ni semua pasal mummynya yang menahan dia di ruang tamu tadi.

"Am?" Seorang lelaki menegur dari belakang. Sepintas itu Hafiz Idham menoleh.

"Reizman? Hahaha how are you Bro? Sorry bro lewat sikit." Mereka berjabat tangan sambil berpelukan.

"Haha sokay bro and aku baik-baik je. Macam ni jelah. Dah duduk-duduk. Tak payah nak peluk aku lama sangat, nanti orang viral kata kita ni kunyit. Hahaha!"

"Eee tak hingin aku!" Ujar Hafiz Idham yang membuat muka nak termuntah.

"Kau amacam bro? Aku tengok dah makin terurus dah sekarang ni. Badan pun dah fit, dah nampak semangat sikit lah bro. Ada apa apa ke? Kalau tak rambut tu mesti dah cecah telinga. Kusut masai sampai nak masuk lubang telinga dah pun. Misai panjang, lepas tu kau biar jambang meliar sana sini. Then.... "

"Dah dah dah. Kau nak ajak aku lepak ke kau nak complain semua pasal diri aku ni? Ni kalau biar ni mesti ayat kau dah keluar macam bertih jagung kat tepi jalan tu." Hafiz Idham menyisip sedikit secawan kopi panas yang baru tiba sebentar tadi. Reizman tergelak.

"Aku bukan apa, aku risau kau tahu tak. Lepas arwah pergi tinggalkan kau, kau macam dah tak terurus aku tengok. Macam orang yang dah hilang semangat nak hidup. Lebih tepat lagi orang akan panggil kau mayat hidup! Bernyawa aje tahu, jaga dirinya tak pun." Reizman sudah memberi kata pedas.

"Memang aku dah hilang semangat nak hidup Reiz. Kau tak tahu apa yang aku lalui apatah lagi merasai apa yang aku lalui. Hari-hari hidup aku rasa kosong tanpa arwah. Aku tak faham kenapa semua orang dalam rumah tak faham aku pasal hal ni." Suara Hafiz Idham yang sedikit kecewa dan bernada sedih.

"Aku tahu yang aku tak lalui apa yang kau lalui tapi kau juga jangan lupa yang kami pun merasai kehilangan arwah. Semua orang boleh terima takdir dan teruskan hidup. Sedangkan kau? Kau tak boleh macam ni selamanya Am. Arwah dah lama tinggalkan kau. Jadi walau macam mana sekalipun kau tetap kena teruskan hidup." Ujar Reizman.

"Aku tahu. Aku tahu Reiz. Tapi bukan banyak pun yang aku mintak. Aku cuma mintak mummy dengan daddy bagi masa dekat aku je." Hafiz Idham mengeluh lagi dengan sikap mummy dan daddynya yang suka mendesak.

"Sudahlah tu Am. Tutup buku lama. Bukak buku baru. Aku dengar tak lama lagi kau nak nikah. Betul ke?" Reizman mengalihkan topik perbualan mereka kerana tidak mahu mereka terus berborak tentang orang yang telah lama pergi.

"Ahah. But aku tak setuju dengan pernikahan ni." Biarlah apa Reizman mahu fikir tentang diri aku atau semua orang nak marah dekat aku pun. Yang penting aku tak suka.

"Tak setuju? Why? Bukan ke ni bagus untuk kau memulakan hidup baru?" Kening Reizman bertaut rapat. Orang lain kalau nak nikah bukan main seronok lagi, tapi kawan aku ni? Kalau dah hati batu tu, hati batu jugak lah nampaknya.

"Entahlah Reiz. Ada sesuatu dekat perempuan tu yang aku tak suka. Eh bukan sesuatu but everything. Semua aku tak suka!"

"Kau kahwin pun belum then dah cakap tak suka. Kau kahwin lah dulu then baru kau tahu luar dan dalam dia." Reizman memberi semangat.

"Yelah-yelah. Tengok macam nanti. Kau apa cerita dekat London? Sampai tak tahu nak balik Malaysia?

---------------

Hari semakin menjelang ke lewat petang tapi batang hidung Hafiz Idham tak jugak nampak dari tadi. Mana mamat ni? Tadi kemain kau cakap nak datang. Sudahlah mummy tanya macam-macam soalan pasal kau. Aku yang tukang jawab ni pun naik rimas. Hang boleh? 'Am okay? Am layan Annisa macam mana lepas tunang? Dia marah-marah lagi tak?' Nak aje aku jawab yang anak dia tu hati batu. Sebatu-batunyaaa! Geram aku!

"Mummy dah cuba call mamat tu ke er sorry Abang Am?" Datin Normah memandang aku sekejap. Aduhh tersasul pulak.

"Dah tapi dia tak angkat. Kejap mummy call lagi sekali." Ujar Datin Normah seraya menekan-nekan telefon pintarnya.

"Hello? Wa'alaikumsalam mummy." Hafiz Idham di hujung talian.

"Am tak datang ke? Mummy dengan Annisa ada ni dekat mall tunggu Am." Datin Normah.

"Am dah dekat ni mummy. Tengah on the way naik escalator. Okay mummy Am dah nampak mummy. There you are!" Hafiz Idham tersenyum sambil melambai sedikit ke arah mummynya.

Annisa hanya memerhati Hafiz Idham melangkah segak ke arah mereka. Handsomenya tapi sayang hati batu.

"Sorry late mummy. Lepak dengan Reiz sampai lupa nak ke sini jumpa mummy." Datin Normah sudah menggelengkan kepalanya. "So semua dah beli ke mummy?" Melihat saja anggukkan Datin Normah terus Hafiz Idham bersuara girang. "Great! Come, let's go home." Barang-barang yang dibeli tadi sudah bertukar tangan ke tangan Hafiz Idham. Boleh tahan banyak Kalau mummy shopping. Nak buat macam mana, sudah lumrah hidup seorang wanita kalau membeli belah. Kopak lah duit para lelaki dan bapa-bapa di luar sana. Haihh nasib-nasib!

"Kejap Am." Datin Normah.

Apa pulak kalini mummy? Tak senang betul hati aku ketika ini. Takut mummy dok buat lagumana punya onar mampuih aku!

"Kenapa mummy?" Hafiz Idham menoleh.

"Cincin tak beli lagi. Am pegi dengan Annisa okay? Mummy kena ikut daddy pegi dinner malam ni dekat rumah Datuk Rafi dan Datin Saodah." Temberang Datin Normah. Padahal malam ini dia hanya akan dinner berdua dengan Dato Hamdan. Saodah aku pinjam jap nama kau. Jangan tersedak pulak.

See! Aku dah agak dah. Kata hati Hafiz Idham bersuara.

Mak aii nama pun. Jangan ingat nama kampung tak boleh jadi Datin hokay! Annisa perasan di sebelah Datin Normah, Hafiz Idham sudah mengeluh lemah. Nak mengelat lah tu!

"Am penat lah mummy. Esok-esok boleh tak?" Hafiz Idham membuat muka letih di hadapan mummynya.

Penat lah kononnya kan! Desis hati Annisa sambil buat muka menyampah.

"Nope! Esok-esok tu bila pulak Am? Am bukannya selalu lekat dekat rumah tu. Dah dah, harini jugak. No excuse!" Nak mengelak saja anaknya yang satu ini.

"Hm okay." Lemah saja Hafiz Idham menjawab.

•Do comment
•I'll read it and reply
•In Sya Allah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience