Bab 12,

Romance Series 8319

Selepas kedatangan keluarga Hafiz Idham tempoh hari, dua hari selepas itu mereka bertandang lagi ke rumah. Tapi kedatangan keluarga itu tidak kelihatan kelibat Hafiz Idham. Sibuk di ofis barangkali.

Tujuan kedatangan seperti biasa. Berbincang tentang hal perkahwinan. Sebelum Annisa dan Hafiz Idham berkenalan juga, hubungan di antara keluarga itu memang terjalin kerana Datin Normah dan Dato Hamdan merupakan teman semasa mereka melanjutkan pelajaran. Sampai sekarang mereka mengamalkan sikap ziarah-menziarahi. Annisa juga sebenarnya mengenali Datin Normah dan Dato Hamdan. Tetapi tidak pula mengenali semua anak-anaknya. Sampai lah akhirnya dia dan Hafiz Idham akan di satukan.

"Wei menung apa tu?" Teman baik Annisa menegurnya. Dalila namanya.

"Hang ni memang tak boleh duduk sat, satgi mesti termenung. Hang pikiaq apa? Hang tau dak kita ni tak lama lagi nak final exam. Haa lepaih tu praktikal. Boleh pulak hang termenung noh. Kalau aku lah... " Dalila yang berasal dari Penang itu berleter kepadanya.

"Kalau kau apa Dali?" Kini wajah Annisa sudah memandang wajah Dalila yang mengambil tempat di sebelahnya. Roti di tangan dibuka Dalila.

"Kalau aku lah kan memang tak dak masa nak pikiaq pasai benda lain lah. Hang ni pun, tu pun tak dapat lagi ka." Dalilah menggelengkan kepalanya. Tangannya kembali ligat menyuap roti ke dalam mulut.

"Aku tengah pikir pasal study lah ni. Aku termenung untuk nak cari ilham nak reka next baju kita untuk praktikal nanti. Kau apa tahu Dali? Makan bercakap, bercakap makan. Tu je kau tahu. Aku sumbat kertas lukisan ni kang, nak?" Annisa sudah meronyokkan kertas hasil lukisan yang tidak menjadi itu lalu ditunjukkan kepada Dalila.

"Okay fine." Dalila sudah menayang sengih seperti kerang busuk.

"Hang nak duduk sini lama lagi ka? Aku ada hal sikit ni dengan Asyraff. Kami nak keluar pi makan dekat-dekat sini ja. Hang nak ikut tak ni?" Dalila bertanya. Kali ini suaranya tidak lagi bergurau seperti tadi. Sekelilingnya di pandang. Ramai juga pelajar yang duduk melepak di kawasan ini termasuk lah mereka. Mana tidaknya, kawasan pokok besar yang redup, pemandangan hijau yang cantik, dihiasi tasik dan suasana yang menyamankan pada waktu pagi ini. Jadual kuliah mereka yang pada waktu petang itu menyebabkan mereka datang melepak bawah pokok besar ini pada waktu pagi.

Annisa menggelengkan kepalanya demi menjawab pertanyaan Dalila. Dia lebih suka duduk di sini mendengar lagu.

"Betul ni hang tak mau ikut kami?" Dalila meminta kepastian.

"Ye betul lah. Kenapa?" Annisa bertanya pelik. Seraya itu Dalila menadahkan tangannya. Annisa hanya memerhati.

"Alhamdulillah terima kasih ya Allah, akhirnya tiada orang ketiga."

"Ya Allah perempuan ni. Teruk betul lah. Selalunya aku ikut bersebab. Sebab tak nak kau dan Asyraff tu buat benda bukan-bukan. Tahu saja lah budak-budak zaman sekarang ni macam mana kan." Annisa menyindir Dalila lalu sembunyikan ketawa.

"Woi hang ni! Ingat aku ni teruk sangat ka? Aku tau lah mana halal mana haram, mana boleh buat dan mana tak boleh buat. Hang ni cakap macam aku tak dak agama. Sedih aku."

"Alolo Dali sayang, meh sini meh. Kakak Annisa nak hug and kiss sikit. Alaa akak gurau je. Akak tahu Dali anak yang baik kan?" Annisa cuba mencapai tubuh Dalila untuk dipeluk.

"Haha dah lah hang. Dasar lo perempuan gilak." Dalila menjauhkan dirinya. Ketawanya terburai.

"Haha bukan gue. Yang gilak itu lo. Banyak sangat tengok cerita sinetron jadi macam ni lah. Ikut sangat cakap Indonesia kau tu." Annisa sudah terburai ketawanya. Dalila juga sama.

"Suka hati aku lah." Seketika kemudian Dalila menilik jam kesanyangannya. "Wei dah pukul 9 dah ni. Aku gerak dulu lah. Satgi bising pulak mamat sekor yang tak cukup jambul tu." Dalila segera mengemas beg dan failnya.

"Alright babe. See you later. Take care, apa apa call aku." Mereka berpelukan dan berlaga pipi.

"Okay babe. Bye." Dalila berlalu.

Annisa memandang jauh pemandangan di hadapannya. Bagaimanakah hidupnya selepas berkahwin nanti? Tiada yang tahu.

Tiba-tiba dia teringatkan tentang diari Yuhanis tempoh hari. Memandang dia tengah kelapangan jadi Annisa mengambil keputusan untuk menyambung episod lepas di antara Yuhanis dan Hafiz Idham.

——————————
8 February 2015,

Yuhanis mengeluarkan beg pakaian dia dan Hafiz Idham. Kerana selepas isyak mereka akan bertolak ke Australia untuk berbulan madu. Setelah usia perkahwinan mereka hampir 1 bulan baru mereka berpeluang untuk berbulan madu. Kesibukan yang dialami oleh Hafiz Idham yang sering terbang ke sana sini menyebabkan mereka tiada masa untuk bersama, alhamdulillah kali ini Hafiz Idham mengambil cuti selama 2 minggu untuk mereka meluangkan masa bersama-sama.

Baju di ambil dan di keluarkan dari dalam almari lalu diletakkan di atas katil untuk senang bagi Yuhanis membuat kerja melipat baju. Tiba-tiba satu tangan sasa melingkari pinggangnya dari arah belakang. Bahu Yuhanis diciumnya. Yuhanis tersenyum.

"Awal abang balik? Tadi kata nak keluar lepak dengan Reizman dulu sebelum kita bertolak?" Yuhanis masih dengan tugas mengemas, dan menyusun bajunya ke dalam beg besar itu.

"Rindu dekat sayang, tu yang abang rushing nak balik." Kata Hafiz Idham perlahan di telinga isterinya dan mengeratkan lagi pelukan. Rambut panjang Yuhanis yang cantik itu dihidu. Wangi.

"Laa yang rushing nak balik kenapa? Kesian dekat Reizman sebab tak jadi lepak dengan abang. Sudahlah abang ambil cuti 2 minggu."

"Alaa takpe lah. Nanti balik dari honeymoon boleh jumpa juga. Sekarang ni abang nak isteri abang je. Taknak orang lain." Ciuman Hafiz Idham semakin merebak ke tempat. Dari bahu, seterusnya ke batang leher Yuhanis. Kemudian naik pula ke telinga kanan Yuhanis. Yuhanis ketawa kecil dan mengelak kegelian. Naik pula ke pipi comel milik Yuhanis.

"Sayang." Panggil Hafiz Idham perlahan supaya wajah Yuhanis akan tertoleh ke arah kanan wajahnya.

"Hmm?" Yuhanis tidak dapat meneruskan kata-kata bila hidungnya dan hidung milik Hafiz Idham berlaga. Hafiz Idham memulakan langkah untuk terus maju. Bibir kecil Yuhanis diragut perlahan. Lama mereka dalam keadaan begitu. Sehingga Yuhanis ingin menarik balik bibirnya pun susah kerana Hafiz Idham bertindak menggigit bawah bibirnya. 1 minit, 2 minit, 3 minit dan akhirnya 5 minit baru ciuman mereka terlerai.

"Abang.. " Nafas diatur oleh Yuhanis.

"Hmm.. " Hafiz Idham mengumam. Dadanya sedikit berombak.

"Dah lah tu. Nanti sampai bila pun tak habis mengemas baju kita ni." Yuhanis berpura-pura tegas.

"Alaa kejap lagi lah kemas. Sekarang ni layan lah abang dulu." Hafiz Idham merengek manja. Pelukan diperkemaskan.

"Nope. Cepat lepaskan tangan di pinggang ni. Suka sangat berjalan merata tangan dia eh. Babab kang." Annisa menampar manja tangan sasa milik Hafiz Idham di perutnya.

"Haha yelah-yelah. But please, just a second sayang. I really really miss you." Hafiz Idham masih dalam keadaan yang sama. Yuhanis berpaling tubuh untuk menghadap wajah Hafiz Idham.

"Alaa manjanya. Suami siapa lah ni. Jangan manja-manja selalu sangat macam ni tau. Kalau Anis tak ada nanti kan susah. Kesian mummy dan daddy nak jaga Baby besar dalam rumah ni. Sudah lah degil, keras kepala. Tapi hati dia baik, dan penyayang orangnya. Untung kan Anis?" Tangan Yuhanis sudah dilingkar ke leher Hafiz Idham. Hafiz Idham memandang pelik wajah milik Yuhanis namun dimaniskan wajahnya.

"Mestilah untung. Tengok lah siapa suaminya? Ahmad Hafiz Idham Ahmad Hamdan. Jejaka terkacak di Malaya kot. Sayang kira bernasib baik tau sebab abang pilih sayang sebagai pendamping hidup abang. Kalau tak berderet lagi yang nak kan abang. Tapi abang je tolak." Hafiz Idham buat muka berlagak.

"Berlagaknya suami Anis ni. Macam lah dia tu handsome sangat. Buat lah perangai kekwat dia tu, orang taknak sampai bila-bila baru tahu."

"Alaa biarlah kalau orang lain tak nak pun. Sayang kan dah ada. Cukup lah satu sayang." Jawab Hafiz Idham. Yuhanis menggelengkan kepalanya.

"Itu kalau Anis masih ada tak apa lah nak menghadap perangai seribu satu abang ni. Kalau Anis dah tak ada nanti macam mana? Tak semua orang dalam dunia ni boleh bersabar dengan sikap kita. Abang kena ingat tu." Yuhanis mengingatkan kata-kata arwah ibunya kepada Hafiz Idham.

"Biarlah kalau orang tak nak bersabar dengan sikap abang pun. Abang tak peduli semua tu. Janji sayang ada disamping abang dan sabar melayan kerenah abang. And one more thing, abang tak suka lah dengar sayang cakap 'Kalau Anis dah tak ada nanti.' Abang tak nak dengar dah sayang cakap macam tu. Seolah-olah sayang nak pergi jauh tinggalkan abang." Hafiz Idham berkata serius. Yuhanis pula sudah ketawa kecil melihat mimik muka tidak senang milik Hafiz Idham.

"Ye okay baiklah. Anis tak sebut dah pasal tu nanti. Okay sekarang ni Anis nak kemas baju. Abang pilih cepat abang nak bawa baju yang mana, nanti Anis lipat kan." Yuhanis menolak lembut dada Hafiz Idham dan kembali fokus ke arah katil milik mereka beradu.

"Sayang bawa je lah mana-mana pun baju abang. Abang akan pakai juga semua kat sana nanti." Hafiz Idham berlalu ke arah ampaian untuk mengambil tuala mandinya.

"Okay baiklah. Abang nak mandi ke?" Soal Yuhanis yang melihat Hafiz Idham sedang melilit tuala di pinggang dan membuka baju Tshirt berkolarnya.

"Ya sayang. Kenapa? Nak ikut mandi sekali?" Hafiz Idham mengenyitkan sebelah mata cantiknya dan mengukir senyuman nakal. Wajah Yuhanis pula sudah kelihatan sedikit merah kerana diusik.

"Ish tak lah. Anis dah mandi dah tadi. By the way Anis nak turun kejap ni buat dinner dengan mummy. Kejap lagi abang turun eh." Yuhanis cepat-cepat mengemas pakaiannya.

"Alright sayang." Hafiz Idham mengangguk lalu langkah diatur ke bilik air.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience